Gun (permainan video 2005)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gun
Fail:Gun Coverart.jpg
PembangunNeversoft
Beenox (PC)
Rebellion Developments (PSP)
PenerbitActivision
Pengeluar
  • Paul Gadbois
  • Dee Brown (PC)
Pengatur cara
  • Sebastien Poirier
  • Sylvain Morel (PC)
PenulisRandall Jahnson
KomposerChristopher Lennertz
PlatformMicrosoft Windows
PlayStation 2
Xbox
GameCube
Xbox 360
PlayStation Portable
PelepasanWindows, PS2, Xbox GameCube Xbox 360PlayStation Portable
  • AU: 10 Oktober 2006
  • EU: 3 November 2006
  • AU: 15 November 2006
GenrePermainan video aksi-pengembaraan
ModPemain tunggal, Permainan video multipemain

Gun ialah permainan video aksi-pengembaraan[5] bertema Wild West yang dibangunkan oleh Neversoft dan diterbitkan oleh Activision[6] bagi platform PlayStation 2, Xbox, GameCube, Microsoft Windows, dan Xbox 360 pada tahun 2005. Versi untuk platform mudah alih, PlayStation Portable, diterbitkan setahun kemudian di bawah tajuk Gun: Showdown. Versi menampilkan misi sampingan baharu, moda multipemain dan pelbagai tambahan lain yang tidak terdapat dalam platform-platform lain.

Permainan ini menceritakan seorang pemuda bernama dari suku Apache bernama Cole dalam pengembaraanya menentang datuk bandar Empire City, Mejar Magruder yang gelap mata hendak mencari Quivira, sebuah tempat yang disyak oleh Sepanyol sebagai wilayah yang penuh dengan emas dan permata.

Pada bulan penerbitan yang pertamanya, ia terjual sebanyak 225,000 salinan di empat sistem platform permainan video. Permainan ini telah menjual lebih daripada 1.4 juta unit di Amerika Syarikat pada Oktober 2008. Ia diterima dengan baik oleh pengkritik permainan dan memenangi beberapa anugerah, termasuk Permainan Aksi Xbox 360 Tahunan GameSpy.

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Latar[sunting | sunting sumber]

Gun bertempat di Amerika Syarikat pada masa Wild West, terserlah pada wilayah Arizona, Colorado, Kansas dan New Mexico di tahun 1880. Peta wilayah merangkumi kawasan pekan dan perkampungan dari pegunungan sehingga ke Dodge City, Kansas. Cerita ditulis oleh Randall Jahnson, menampilkan beberapa pelakon terkenal pada masanya yaitu Ron Perlman, Lance Henriksen, Kris Kristofferson, Brad Dourif, Tom Skerritt dan watak protagonis dilakonkan oleh Thomas Jane.

Watak[sunting | sunting sumber]

Ia menampilkan banyak nama yang terinspirasi daripada tokoh di zaman Wild West yaitu: Clay Allison, Jose Chavez y Chavez, Hoodoo Brown, Dave Rudabaugh, John Joshua "J.J" Webb, Luke Short, Major Tom Magruder (nama yang dilencongkan dari John B. Magruder), Soapy Jennings (dilencongkan dari Soapy Smith).[7]

  • Colton "Cole" White (Thomas Jane) – protagonis berdarah Apache dan sepanjang permainan pemain akan memainkannya. Sejak kecil ia membesar bersama jiran kulit putihnya dibawah asuhan ayah angkatnya, Ned White. Penembak yang tangguh dan pemberani.
  • Soapy Jennings (Dave Wittenberg) – teman akrab Cole yang merupakan orang kulit putih. Soapy mempunyai dua kehandalan utama, mencuri peti kesalamatan pejabat dan curang semasa bermain poker. Saat mengembara dari Piper Lake menuju Badlands, ia memberitahu Cole asal daripada nama cembungnya: dahulu dia pernah menyelinap ke dalam bilik seorang perempuan dan terpaksa bersembunyi di tandas agar tidak diketahui suaminya. Selepas kembali ke rumahnya ia membilas tubuhnya dengan sabun selama tiga hari tiga malam.
  • Mejar Tom Magruder (Lance Henriksen) – antagonis utama dalam cerita. Magruder ialah bos tidak rasmi di Barat, ditugaskan oleh pentadbir US untuk memaksa Apache agar mau menyerahkan tanah mereka sebagai laluan landasan kereta api. Magruder merupakan bekas tentera Confederate semasa perang saudara dan memimpin bekas bawahannya, termasuk Clay Allison untuk mencari emas dalam legenda Sepanyol yaitu Quivira. Saat perang telah berakhir, tetapi keinginan Magruder untuk menemukan harta karun itu semakin kuat. Pada akhirnya Magruder tertimbun gelongsor di lombong emasnya sendiri.
  • Ned White (Kris Kristofferson) – ayah angkat Cole, dia membohongi Cole bahawa dia merupakan ayah kandungnya. Sebelum maut, Ned mengatakan yang sebenarnya kepada Cole agar ia berkhidmat untuk sukunya, Apache dan hiduplah dengan lebih jujur. Ia bekerja sebagai pemburu dan menjual daging sederum kulit haiwan di hulu Sungai Missouri.
  • "Reverend" Josiah Reed (Brad Dourif) – pendeta haus darah dan salah satu kelasi Magruder. Cole membunuhnya kerana ia membunuh Jenny.
  • Mejar Hoodoo Brown (Ron Perlman) – salah satu kelasi Magruder. Dia ingin membunuh Cole tapi dalam pertarungan berdarah menentang, ia terbunuh di tangan Cole.
  • Clay Allison (Tom Skerritt) – bekas Koperal tentara Confederate, teman akrab kepada Ned White dan Mejar Magruder. Meskipun berpakat dengan Apache, Allison tidak serta dalam menyerang Magruder kerana masih menghargainya sebagai atasan dan teman lama.
  • Fights-At-Dawn (Eric Schweig) – ketua puak Blackfoot dan terkenal sebagai petarung yang ganas dalam pertempuran. Dia merasa khawatir dengan keadaan sukunya setelah ia tiada terutama kerana populasi orang kulit putih yang ramai. Fights-At-Dawn menceritakan Cole yang masih bayi pernah diserang oleh macan gunung.
  • Many Wounds (Eric Schweig) – Seorang penduduk Apache yang memberikan Cole kecil agar diasuh oleh Ned saat kedua orang tuanya terbunuh oleh tentera AS. Many Wounds bertarung bersama Cole dalam perlawanan terakhir menentang Magruder.
  • Jenny (Kath Soucie) – seorang sundal yang mengumpulkan wang untuk pergi ke Empire City. Dia dibunuh oleh Reed.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Van Leuveren, Luke (October 21, 2005). "Updated Australian Release List - 31/10/05". PALGN. Diarkibkan daripada yang asal pada March 7, 2012. Dicapai pada October 22, 2016.
  2. ^ a b "Activision draws Gun". GameSpot (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-05-24.
  3. ^ a b c "Gun". Eurogamer.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 28, 2015. Dicapai pada 2023-05-24.
  4. ^ "Microsoft Announces Xbox 360 Day One Launch Lineup — Strongest Launch in the History of Video Game Consoles". Microsoft. November 14, 2005. Dicapai pada November, 14 2005. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  5. ^ Staff (8 August 2005). "Gun Developer Interview" (Video). Gamespot Asia. CBS Interactive Inc. Dicapai pada 4 June 2012.
  6. ^ Greg Kasavin (8 November 2005). "Gun Video Review". Gamespot Asia. CBS Interactive Inc. Diarkibkan daripada yang asal (Video) pada January 11, 2013. Dicapai pada 4 June 2012.
  7. ^ "Gun Setting". Associate Publisher. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-19.