Gunung Mostyn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Mostyn
Titik tertinggi
Ketinggian495 m (1,624 ka)
Geografi
LokasiSabah, Malaysia

Gunung Mostyn merupakan sebuah gunung yang terdapat dalam daerah Kunak di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Mostyn mempunyai ketinggian setinggi 495 meter.

Gunung Mostyn merupakan gunung berapi mati yang dipercayai meletus kira-kira 30,000 tahun dahulu. Hasil letupannya telah memuntahkan lahar ke segenap penjuru meliputi keseluruhan kawasan Daerah Kunak dan sekitarnya. Kesan dan fenomena aktiviti magma yang mengalir di bawah bumi Daerah Kunak dapat dilihat pada terowong kartz di Mostyn, kolam air panas di Sungang, Kolam Air Masin di puncak bukit di Tingkayu, kolam Lumpur di Binuang dan tinggalan batuan gunung berapi di pantai Sarina.[1]

Lahar dari Gunung Mostyn yang mengalir ke barat daya telah menutupi laluan sebatang sungai, iaitu Sungai Tingkayu. Air sungai melimpah membanjiri kawasan pamah di sekitarnya. Maka terbentuklah sebuah tasik dengan anggaran keluasan 100 kilometer persegi. Di tepi tasik flora tumbuh subur. Ia menjadi padang ragut bagi haiwan-haiwan herbivor yang menarik pula haiwan-haiwan karnivor datang mencari mangsa. Pelbagai spesis ikan air tawar membiak dengan banyaknya.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pelancongan & Rekreasi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-14. Dicapai pada 2017-08-14.
  2. ^ KUNAK BUMI LELUHUR - Episod 1: Dari Ethiopia ke Tingkayu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]