Gunung Yong Belar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Yong Belar
ڬونوڠ يوڠ بلر
Gunung Yong Belar is located in Bumi
Gunung Yong Belar
Gunung Yong Belar (Bumi)
Titik tertinggi
Ketinggian2,181 m (7,156 ka)
Tonjolan1,991 meter (6,532 ka)
Geografi
LokasiJajahan Kecil Lojing, Kelantan
Daerah Kinta, Perak
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Yong Belar merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dan Kelantan Darul Naim, Malaysia. Mempunyai ketinggian 2,181 meter (7,156 kaki), Yong Belar adalah gunung tertinggi di Kelantan, kedua tertinggi di Banjaran Titiwangsa dan ketiga tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan salah satu gunung dalam senarai tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) dari aras laut, atau dikenali sebagai G7 dalam kalangan pendaki-pendaki tempatan.

Gunung ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.[1]

Pendaki boleh bermalam di Kem Tudung Periuk sebelum mendaki ke puncak gunung ini.

Permohonan permit[sunting | sunting sumber]

Gunung Yong Belar sering menjadi tumpuan kepada aktiviti pendakian di kalangan pendaki dan ia terletak dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Pahang. Bagi menjalankan sebarang aktiviti dalam Hutan Simpanan Kekal, setiap pengunjung perlu mendapatkan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal terlebih dahulu dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.

Permohonan permit boleh dibuat secara online di url http://forestry.pahang.gov.my/ekorimba[pautan mati kekal]. Sila muat turun Manual Pengguna terlebih dahulu dan membaca Panduan Menggunakan Sistem sebelum membuat permohonan online. Perkhidmatan bayaran secara online adalah tidak disediakan. Bayaran permit hendaklah disediakan dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan diserahkan kepada PHD Cameron Highlands sebelum pendakian dan pada hari dan waktu berkerja.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Green Malaysia: Rainforest Encounters
    Premilla Mohanlall
    MTC, Malaysian Timber Council, 2002 - Photography - 197 pages
  2. ^ "Permohonan Mendaki Gunung Jabatan Perhutanan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-04. Dicapai pada 2017-08-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]