Pergi ke kandungan

Handlová

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Handlová
Bandar
Gereja St Catherine of Alexandria
Negara  Slovakia
Wilayah Trenčín
Daerah Prievidza

Handlová merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Prievidza, wilayah Trenčín, Slovakia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekan ini telah ditubuhkan pada 1376 dan didiami oleh peneroka Jerman yang kemudiannya dikenali sebagai orang Jerman Carpathia. Peneroka pertama yang dikenali di Handlová ialah Peter Kricker dari Kremnica, yang datang ke sini bersama 200 orang lain untuk menubuhkan penempatan di tapak bernama Krásny les (Hutan Cantik). Pada mulanya peneroka hidup hanya dari hasil tanaman dan pertanian pastoral. Hanya selepas itu, pada abad ke-18, perlombongan arang batu bermula. Pelombong tempatan pada mulanya bekerja terutamanya untuk membekalkan keperluan Istana Bojnice yang berdekatan.

Pada 15 Mei 2024, Perdana Menteri Slovakia Robert Fico ditembak di hadapan Dewan Budaya selepas mesyuarat pemerintah, dalam percubaan membunuh. Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Handlová, sebelum kemudiannya dihantar ke Hospital Mengajar F.D. Roosevelt di Banská Bystrica, tempat di mana beliau menjalani pembedahan yang berjaya.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Rencana ini diterjemahkan daripada Wikipedia bahasa Slovak

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ditembak lima das, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang "bertarung nyawa"". Astro Awani. 16 Mei 2024. Dicapai pada 16 Mei 2024.