Hubungan Malaysia–Venezuela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Venezuela
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Venezuela

Malaysia

Venezuela

Hubungan Malaysia–Venezuela merujuk kepada hubungan luar negeri antara Malaysia dengan Venezuela. Malaysia mempunyai sebuah kedutaan di Caracas since 1990,[1] sementara Venezuela memiliki sebuah kedutaan di Kuala Lumpur.[2] Hubungan diplomatik ditubuhkan pada 18 Disember 1986.[1] Kedua-dua negara ialah anggota penuh Kumpulan 77.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Presiden Hugo Chávez pernah melawat Malaysia pada 1999,[3] dan sekali lagi pada Ogos 2006 untuk berbincang tentang pelaburan terhadap sektor minyak sawit dan mempelbagaikan industri tenaga Venezuela.[4] Malaysia berjanji dalam menyokong permintaan Venezuela bagi sebuah kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB.[5][6] Dalam lawatan itu, satu perjanjian menghalang percukaian berganda ditandatangani.[7]

Hubungan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Chávez menyediakan usul pada Disember 2006 bahawa Venezuela berhajat ingin membina sebuah loji penapisan minyak di Malaysia,[8] dan Golden Hope, syarikat minyak sawit milik negara Malaysia bersetuju dengan syarikat minyak negara Venezuela untuk memperuntukkan 40,000 hektar bagi tujuan pokok minyak sawit di Venezuela,[9] sementara syarikat Malaysia Petronas berhajat untuk memulakan eksplorasi petroleum di Venezuela.[10] Malaysia juga bersetuju untuk menolong Venezuela dalam perancangan bandar.[11]

Sebuah majlis perniagaan Malaysia-Venezuela ditubuhkan pada Julai 2008,[12] dengan tujuan agar para syarikat Venezuela dapat belajar daripada usaha pengurangan kemiskinan di Malaysia.[13] Nilai perdagangan bilateral ialah US$6.6 juta pada 1990, apabila kedua-dua negara menandatangani perjanjian perdagangan bilateral,[14] dan menjadi US$30.6 juta pada 1998 ketika Venezuela menetapkan perlindungan perundangan dalam pelaburan asing,[15] US$19.8 juta pada 2004,[4] US$39.6 juta pada 2005,[9] dan US$61.68 juta pada 2007, dengan hanya $250,000 melibatkan eksport dari Venezuela.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Official Website of Embassy of Malaysia, Caracas". Kementerian Luar Negeri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2009. Dicapai pada 13 July 2009.
  2. ^ "Home". Embassy of the Bolivarian Republic of Venezuela in Kuala Lumpur, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 April 2017. Dicapai pada 28 Februari 2018.
  3. ^ "Venezuelan president gets red-carpet welcome in Malaysia". NewsLibrary.com. Associated Press. 19 October 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2012. Dicapai pada 13 July 2009.
  4. ^ a b "Chavez making second visit here Sunday". Daily Express. 26 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2011. Dicapai pada 13 July 2009.
  5. ^ "Chavez in Malaysia: palm oil, biofuels, geopolitics and ideology". Mongabay. 29 August 2006. Dicapai pada 13 July 2009.
  6. ^ "Venezuela gains support of Malaysia in UN bid". The Gazette. Reuters. 28 August 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2012. Dicapai pada 13 July 2009.
  7. ^ "Malaysia, Venezuela ink pact on avoidance of double taxation". Xinhua News Agency. People's Daily. 29 August 2006. Dicapai pada 13 July 2009.
  8. ^ "Venezuela, Malaysia May Team on Refinery". The Washington Post. Associated Press. 18 December 2006. Dicapai pada 13 July 2009.
  9. ^ a b "Malaysia gateway to Asean". The Star. 19 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 June 2011. Dicapai pada 13 July 2009.
  10. ^ Zubaidah Abu Bakar (21 December 2006). "Petronas set to play role in Venezuela oil sector". New Straits Times. HighBeam Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2012. Dicapai pada 13 July 2009.
  11. ^ "Venezuela, Malaysia to cooperate in city-planning construction". Xinhua News Agency. People's Daily. 18 December 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 May 2011. Dicapai pada 13 July 2009.
  12. ^ "Official Establishment of "Malaysia - Venezuela Business Council" (MVBC)". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2017. Dicapai pada 10 July 2015.
  13. ^ "Venezuela keen to learn from Malaysia's experience in poverty eradication: FM". Xinhua News Agency. People's Daily. 18 December 2008. Dicapai pada 13 July 2009.
  14. ^ "Malaysia, Venezuela sign trade pact". New Straits Times. 28 November 1991. Dicapai pada 13 July 2009.
  15. ^ "Venezuela offers legal protection for investments". New Straits Times. 21 October 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2012. Dicapai pada 13 July 2009.