Indah merupakan album studio kedua oleh Atilia Haron yang dikeluarkan pada 15 Jun 2010. Album ini bertemakan jaz, ritma dan blues, dan bossa nova.[1] Album ini juga memuatkan empat lagu berbahasa Inggeris iaitu "Change", "Old Love" (menampilkan Noh Salleh), "Angel", dan "Silly Litte Thing".[2] Menariknya, lagu "Gelombang" yang pernah dinyanyikan oleh ibunya, Salamiah Hassan telah dirakamkan semula dengan sedikit perubahan dari segi susunan bunyi.