St. John's Institution

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Institusi St. John)
St. John's Institution

Lencana St. John's Instution (M)

Alamat  Malaysia Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat
Moto Fide Et Labore
Kod Sekolah WEB0223
Pengetua En. Ravi Chandran a/l Krishnan
Tahun ditubuhkan 1904

Sekolah Menengah Kebangsaan St. John merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John memiliki 1096 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1164 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

St. John's Institution (bahasa Inggeris: St. John's Institution) ialah sebuah sekolah menengah perdana untuk pelajar lelaki (tingkatan enam adalah campur) dan salah sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini dikenali meluas sebagai SJI dan para pelajarnya dikenali sebagai Johannians.

SJI terkenal dengan pencapaian di dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti-aktiviti lain bagi peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu sekolah bukan asrama terbaik di Malaysia. Nama sekolah ini diambil sempena nama St. John the Evangelist. Jean-Baptiste de la Salle adalah pengasas De La Salle Christian Brothers Order yang juga dikenali sebagai Patrons Saint of Teachers.

SJI dahulunya mengandungi dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang diuruskan bersama sehinggalah kemasukan para pelajar yang naik secara mendadak, menyebabkan pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan pada tahun 1960. Sekolah rendahnya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan St. John (1) dan Sekolah Kebangsaan St. John (2) manakala sekolah menengah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St. John.

Sekolah menengah ini dipanggil Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, tetapi diumumkan pada April 2016 bahawa nama itu akan dikembalikan kepada St. John's Institution, keputusan yang disambut baik oleh alumni dan disokong oleh Johannian lain, iaitu Sultan Nazrin Shah of Perak.[1][2]

SJI adalah antara 30 sekolah pertama dinamakan sebagai 'Sekolah Kluster Kecermelangan' yang cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.[3]

Pengurusan sekolah menengah masih lagi lebih dipegang secara autonomi oleh The La Sallian Brothers dan The Board of Governors berbanding dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun tapak sekolah dimiliki oleh Gereja Roman Katolik (termasuk St. John's Cathedral, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan sekolah menengah), kebanyakan dana bantuan sekolah adalah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Di mana dana bantuan sekolah mencukupi untuk lebih maju dalam bidang berkaitan (akademik, sukan dan aktiviti kurikulum) yang dipilih. Sekolah ini lebih maju kepada bidang Matematik dan Pancaragam (SJI Naval Cadet Band).

Tapak dan seni bina[sunting | sunting sumber]

SJI terletak di Bukit Nanas; pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan sejajar dengan Hutan Simpan Bukit Nanas. Sekolah rendahnya pula berkongsi tempat/bukit iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan sekolah menengah. Juga berkongsi bukit di situ ialah sekolah pelajar perempuan; Convent Bukit Nanas (sebuah sekolah Infant Jesus Sister's), bangunan AIA, kemudahan Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur, Tadika Fatima dan juga St. John's Catholic Cathedral. Tadika dan Pusat Khidmat Komuniti berkongsi kemudahan dan bangunan dan juga memegang status bangunan tertua di Kuala Lumpur dan ia adalah bekas bangunan gereja Katolik.

Bangunan Sekolah Menengah St. John terdiri daripada batu-bata berwarna merah dan putih dengan pengaruh senibina Greece-Sepanyol dan ia telah diiktiraf sebagai Bangunan Warisan Kuala Lumpur sejak tahun 1986 lagi, manakala pada 21 Mei 2010, SMK St. John telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini secara tradisinya diketuai oleh Brother dari The La Sallian Order, dengan Brother Director (seperti pengetua) dan Brother Supervisor (seperti penolong pengetua). Jawatan Brother Supervisor telah digantikan dengan dua orang penolong kanan yang bukan dari The La Sallian Order sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai Brother Directors yang terdahulu[sunting | sunting sumber]

Nama Director Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Ulasan
Bro. Julian Francis 1904
Bro. James Gilbert 1904 1910 Melihat pembinaan Blok Utama
Bro. Adrian Edmund 1911 1913
Bro. Marcian Cullen 1914 1915
Bro. Claude Marie Guibert 1916 1922 Memperkenalkan Hari Sukan pada 1921
Bro. Barnitus Kennedy 1922 1923
Bro. Stephen Edward Buckley 1923 1924 Membina Brothers' Quarters yang kini masih ada
Bro. Defendant Louis 1925 1930 Menaikkan tugu Jean Baptist de la Salle
Bro. Cornelius Nulty 1930 1946 Brother Director paling lama berkhidmat, membina dewan sekolah pada tahun 1936
Bro. Amor Matthias 1946 1948
Bro. Dositheus Joseph Brophy 1948 1954
Bro. Datuk Tiberius Lawrence Spitzig 1955 1961 Menggubah lagu sekolah terkenal SJI dan memperkenalkan banyak pembaharuan sepanjang dua penggal tempoh perkhidmatan.
Bro. Celestine Jennings 1958 Dilantik sebagai Director semasa Rev. Bro Datuk Tiberius Lawrence Spitzig bercuti ke Kanada
Bro. Ignatius Barry 1962 Keadaan kesihatan yang merosot memaksanya kembali ke Ireland pada September tahun itu
Bro. Joseph McNally 1963 1967 Seorang ahli seni, pengarca dan pengukir tersohor yang telah mereka cipta lambang sekolah yang digunakan hingga kini dan memperkenalkan banyak lagi ukiran dan mural pada sekolah. Blok Seni (Blok tingkatan lima) telah dibina pada tahun 1965 di bawah pentadbirannya. Sebahagian hasil kerjanya masih ada sehingga ke hari ini. Beliau mengasaskan Kolej Seni La Salle (LASALLE College of Arts) di Singapura pada tahun 1984.
Bro. Basilian Wong 1967 1968 Menjelaskan hutang besar yang ditanggung oleh jawatankuasa pembangunan di bawah Bro. Joseph McNally
Bro. Joseph Yeoh 1969 1978 Bekas pelajar St. John. Warganegara Malaysia pertama yang mentadbir sekolah. Rev. Bro. Joseph Yeoh mengecat semula sekolah mengikut skema warna semasa. Memperkenalkan Hari Penghargaan pada tahun 1972.
Bro. Datuk Tiberius Lawrence Spitzig 1979 1983 Menggubah lagu sekolah terkenal SJI dan memperkenalkan banyak pembaharuan sepanjang dua penggal tempoh perkhidmatan.
Bro. Cassian Pappu 1983 1988 Berkhidmat di La Salle Klang sebelum memegang jawatan sebagai Brother Director di St. John. Membina blok tingkatan enam yang dinamakan Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon.
Bro. Michael Wong 1989 2002 Brother Director yang terakhir.

Sejak Julai 2002, selepas bersaranya Brother Micheal Wong, St. John telah ditadbir oleh Encik Peter Yii Sing Chiu, pengetua bukan mubaligh pertama sekolah, menamatkan 98 tahun pentadbiran Brothers.

Mantan Pengetua[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Ulasan
Peter Yii Sing Chiu 2002 2009 Pengetua pertama bukan mubaligh
Leong Kum Loy 2010 2010
Lim Hean Hwa 2010 2014 Johannian kedua untuk mengetuai St. John selepas pengetuanya sendiri, Rev. Bro. Joseph Yeoh.

Beliau seorang pelajar dari 1961 - 1973

Dr. M. Puvanendran 2014 2016 Pengetua pertama bukan Kristian.
En. Manmohan Singh A/L Kartar Singh 2016 2022 Beliau bersara secara rasmi pada 13 Mei 2022. Majlis persaraan itu tersedia untuk ditonton di Saluran YouTube Perpustakaan St.John's Institution rasmi.
Ravi Chandran A/L Krishnan [5] 2022 2024 Pengetua Katolik pertama sejak 2002.
Sivakumar a/l Thannimalay 2024 Kini

Nota1: Brother yang telah berkhidmat sebagai guru besar sekolah rendah semenjak ia berpisah dengan sekolah menengah termasuklah Brother Patrick Arokiasamy, Brother Alban Tang dan Brother Matthew Liew.

Nota2: Pada 1 Disember 2009, Encik Peter Yii Sing Chiu telah digantikan oleh Encik Leong Kum Loy. Di bawah pentadbiran Encik Leong Kum Loy, St. John telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan oleh kerajaan Malaysia.

Nota3: Pentadbiran sekolah ini telah diteruskan kesinambungannya sehingga sekarang oleh Encik Ravi Chandran a/l Krishnan, pengetua keenam SJI yang telah mula berkhidmat bermula daripada pertengahan bulan Jun 2022. Beliau dibantu oleh tiga penolong kanan seperti berikut;

  • Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum: Puan Dzaizatul Shikin binti Madrahim
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Musannef bin Yatim
  • Penolong Kanan Aktiviti Ko-Kurikulum: Puan Faridah Bee binti MM Abdul Rahman
  • Penolong Kanan Tingkatan Enam: Puan. Selvambigai A/P Arumugam

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Peristiwa
1904
  • At the request of the Education Department and the then Bishop of Malacca, Mgr. Fee, the La Sallian Brothers opened a school in Kuala Lumpur. According to records, it started with an initial enrolment of 18 boys.
  • Three days before classes were to commence on 18 January, three Brothers arrived to take charge of the school – Brother Julian Francis from Hong Kong, Brother Andrew Corsini from Burma and Brother Cyril Alexander from Penang.
  • The school building was a two-storey wooden structure, 80 feet long and 20 feet wide, with a brick pillar and a verandah facing the north.
  • Later in the year, Brother James Gilbert arrived from Singapore to take the place of Brother Julian Francis as Brother Director of SJI.
1905
  • On 2 January, a Standard 7 was set up and entrusted to Brother Cyril Alexander.
  • With this new set-up, expansion was needed. So Father Renard lent to the school the house of the Chinese Catechist which was capable of holding one class and also an attap shed near the site.
1906
  • In June 1906, Brother Imier of Jesus, Provincial Visitor of the United States paid a visit to SJI. He later became Superior General in 1913.
  • More classes were opened and accommodated in temporary structures.
  • Finally the government provided a piece of land given to the mission for religious and educational purposes.
  • On 3 November, the foundation stone for the new building was laid by Sir Henry Conway Belfield, Resident Councilor for Selangor.
1907
  • At the end of the year, the new building was advanced enough to be used for the Cambridge Examination for all the candidates of Kuala Lumpur.
1908
  • On 10 August, the new building was declared open by the High Commissioner and Governor, Sir John Anderson.
1914
  • The Brothers' Building was enlarged by the addition of two new wings which were to house the chapel and offices and the Juniorate and Novitiate.
  • Brother Marcian Cullen was appointed Director of the newly formed Juniorate.
1921
  • Brother Stephen Edward Buckley demolished the Brothers' Building and replaced it with the present one, to which additions were made later.
1926
  • Brother Louis installed a statue of Jean Baptist De La Salle on the front facade of the Main Block.
1930
  • Brother Cornelius Nulty served as Brother Director from 1930 to 1946 and under his energetic management, many projects were brought to a successful conclusion.
  • Brother Cornelius enlarged the playground, a project that was started by Brother Louis. He then turned his attention to the building of the hall which was finally completed in 1936 with the provision for two more storeys in the future.
  • Brother Cornelius next built a new wing on the east side of the Brothers' Building, which became the Boarding Department (later De La Salle Institute, now St. John's International School)
1942-1945
  • During World War II, SJI was closed but crowds of refugees flocked to Brother Cornelius for help and stayed in the school for security. When the war ended and peace returned, these refugees organised a scholarship fund to express gratitude to Brother Cornelius and to perpetuate his memory.
1948
  • Brother D. Joseph Brophy established La Salle Sentul, La Salle Brickfields, La Salle Peel Road and La Salle Klang, which were intended as feeder schools for St John's.
  • In SJI, he renovated the school hall as well as built a new cafeteria, space staff room and offices. A modern library was furnished and equipped and an extensive P.A. system was installed.
1953
  • On 15 April, the first issue of the Term Review was on sale. The Term Review was the predecessor to the current editorial board of The Garudamas, the school magazine.
1954
  • In the Golden Jubilee year, Brother D. Joseph achieved his final objective – the completion of the field extension.
1955
  • Brother Tiberius Lawrence Spitzig starts his first term as Brother Director of SJI.
  • The Dramatic Society staged its second play, 'Twelfth Night', and the newly formed school orchestra made its first public appearance at the play's public performance in the hall. Brother Celestine (later, Brother Director) was responsible for the success of the play.
1956
  • Brother Lawrence renovated the school and added 14 classrooms at a cost of M$90,000
1957
  • General Sir Francis Festing, Commander-in-Chief of the Far East visited SJI.
1958
  • In accordance with a new government directive, a Board of Governors for the school was set up and the first meeting was held on 24 September. In the primary section, the Board of Managers held its first meeting on 13 March.
1959
  • His Excellency Mgr John Gordon, Chargé d'Affaires of the Apostolic Delegation of Thailand and Malaya visited SJI on 27 January.
  • Construction of the St John's Primary School began on the site of the Old Boys' Club. The building could accommodate 24 classes and would cost M$220,000
1960
  • On 16 September, St John's Primary School was officially opened by Brother Fintan Blake.
  • The new chapel on the middle floor of SJI was officially opened and used on 19 October.
1962
  • Mr. Ng Eng Hiam, donated the new library in the Brothers' Quarters and founded the St. John's Institution Librarians.
1963
  • The present school badge (designed by Brother Joseph McNally) was used, replacing the old badge by Brother Cornelius Nulty.
1965
  • The Form 5 Block (or Arts Block) was officiated by the Archbishop of Kuala Lumpur, Mgr. Dominic Vendargon on 22 August.
1967
  • The primary school hall, Dewan Tun Dr. Ismail was completed. A special ceremony was held to commemorate and dedicate the new hall on 15 February.
1969
  • Brother Joseph Yeoh, a former Johannian returned to become the Brother Director. He was the first Malaysian to head the school. It was during his leadership that SJI achieved its glory years in academics and sports excellence.
1971
  • The Main Block was given its current red and white colour scheme. The school was previously painted completely white in the 1960s.
1976
  • Awards Day was introduced by Brother Joseph Yeoh to appreciate the service and achievements made by the students of SJI.
1979
  • Brother Lawrence Spitzig returned as director of the school and presided over the school's Diamond Jubilee celebrations. Bro. Lawrence re-introduced the annual English and Bahasa Malaysia public speaking competition to the school. Public speaking became part of the English and Bahasa Malaysia curriculum and was compulsory for all students, resulting in SJI having many enabled and proficient public speakers amongst the students.
1984
  • To kick off the 80th Anniversary of the founding of the school, Carnival Day and several projects were introduced to raise funds for the construction of a four-storey building adjacent to the science block to accommodate the lower and upper sixth form classes. This is the beginning of a series of fund raising projects initiated to upgrade the school and its facilities. Over the years, St John's has been blessed with generous contributions from its generations of former students and benefactors.
1988
  • Blok Tingkatan 6 baharu telah dibina dan dinamakan Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon.
1991
  • Perpustakaan ketiga dan terkini telah didermakan secara rasmi dan dibuka pada 13 Januari 1991 oleh Encik Ng Thiam Weng, anak kepada Encik Ng Eng Hiam.
1994
  • Kompleks sukan yang terdiri daripada dewan badminton, tiga gelanggang skuasy, dan ruang legar itu telah dirasmikan oleh Brother David Liao pada 18 Januari.
2002
  • Brother Michael Wong, Brother Director SJI yang terakhir bersara, menandakan berakhirnya pentadbiran oleh Brother dalam SJI selama 98 tahun.
  • Encik Peter Yii Sing Chiu, pengetua awam pertama dilantik untuk mengetuai SJI.
  • Sebagai seorang Methodist, Encik Peter Yii Sing Chiu dianggap sebagai pengarah awam bukan Katolik, bukan Brother pertama di St. John.
2004
  • St. John menyambut ulang tahunnya yang ke-100.
2009
  • St. John menerima pengetua awam kedua, Encik Leong Kum Loy.
2010
  • St. John diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Malaysia
  • St. John menerima pengetua awam ketiganya, Encik Lim Hean Hwa. Beliau adalah bekas pelajar St. John di bawah Brother Joseph Yeoh pada tahun 1970-an.
2011
  • Jam menara yangdipulihkan di Blok Utama, didedikasikan untuk mendiang Brother Lawrence Spitzig, telah diumumkan dan dirasmikan oleh bekas pengetua, Encik Leong Kum Loy, sempena hari lahir St. John yang ke-107 pada 18 Januari. Projek ini merupakan inisiatif oleh Megat Mizan Nicholas Denney, Pengerusi Lembaga Gabenor St. John. [6][7]
2014
  • St. John receives pengetua awam pertama bukan Kristian, Dr. M. Puvanendran. Beliau merupakan Penolong Kanan dari 2005 - 2010.
2016
  • St. John's Institution, salah sebuah sekolah menengah tertua di Kuala Lumpur, telah mendapat semula haknya untuk dikenali dengan nama lamanya dan bukan lagi sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St John.[8]
2022
  • St. John menerima pengetua Katolik pertama sejak 2002, Encik. Ravi Chandran a/l Krishnan.

Sejarah sekolah yang diperolehi[sunting | sunting sumber]

  • 1954: Golden Jubilee school magazine
  • 1964: Diamond Jubilee Souvenir book
  • 1979: 75th Anniversary Commemorative book
  • 2004: 100 Years Centenary coffee table book

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Komposisi para pelajarnya adalah senantiasa pelbagai bangsa dan agama, dan bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah.

SJI adalah sekolah untuk lelaki, dengan pengecualian kepada pelajar tingkatan enam di mana ia adalah pendidikan bercampur. Pelajar perempuan (lebih dikenali sebagai Eagirls) hanya diterima masuk dalam tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas sebagai tambahan kepada pelajar lelaki. Ini adalah kebiasaan bagi sekolah-sekolah menengah lelaki di Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai kelebihan dan kelainan dengan menjadi antara salah sebuah sekolah di Malaysia yang menerima kemasukan pelajar yang kurang upaya penglihatan. Telah menjadi sebahagian dari kurikulum mereka, pelajar yang kurang upaya penglihatan harus menghadiri sesi kelas biasa seperti para pelajar lain. Sekolah ini mempunyai Bilik Sumber untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan di mana ia dihadiri oleh tenaga pengajar yang terlatih dan juga sebuah kelab yang mengandungi sejumlah besar pelajar yang dengan sukarela meluangkan masa mereka untuk membantu rakan/pelajar yang kurang upaya penglihatan.

Aktiviti Ko-Kurikulum[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

St. John's mempunya beberapa aktiviti dan kelab kesukanan yang terbuka kepada semua pelajar, antaranya termasuklah sukan ragbi, memanah, bola sepak, hoki, badminton, sepak takraw, gymnastik, lawan pedang, dan lain-lain.

St. John's mempunyai 5 buah rumah sukan dimana nama bagi kelima-lima rumah sukan di St. John's diambil dari Brother Director yang terdahulu;

Badan beruniform[sunting | sunting sumber]

Kadet Korp St. John[sunting | sunting sumber]

Kadet Korp St. John ditubuhkan pada tahun 1915, salah satu kadet korp tertua di Malaya. Ia adalah kadet korp tertua di sekolah ini yang dibentuk oleh Lt. Eric Chart. Ia berada di bawah perintah Tentera British Somerset Light Infantry semasa zaman penjajah.

Pancaragam Kadet Tentera Laut St. John[sunting | sunting sumber]

Pancaragam Kadet Tentera Laut St. John ditubuhkan pada tahun 1916. Pancaragam Kadet juga merupakan salah satu daripada segelintir kumpulan pancaragam di Malaysia yang memasukkan bagpipe dalam ensembelnya.

Pada tahun 2005, Alumni Pancaragam Kadet St John telah didaftarkan sebagai badan alumni yang mewakili bekas ahli pancaragam. Kini ahli-ahli meneruskan semangat mereka melalui pembentukan Pancaragam Alumni, terutamanya Paip dan Gendang, membuat persembahan di majlis persendirian. Dalam sejarah, pancaragam itu memenangi gelaran pertama mereka sebagai tempat pertama dalam "Pertandingan Pancaragam Kadet Peringkat Negeri KL 2009". Pada tahun itu juga, kumpulan itu telah diberikan gabungan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SMK St. John to be known again as St. John's Institution, Sultan Nazrin announces". Malay Mail. 23 April 2016.
  2. ^ Siti Nursuraya Ali (23 April 2016). "St John's Institution to get its name back: Sultan Nazrin". New Straits Times.
  3. ^ Azhad Nilam (8 June 2008). "Sekolah Kluster 2007". ePutra. Kuala Lumpur, Malaysia. Dicapai pada 19 February 2011.
  4. ^ "SMK St John's is National Heritage site". New Straits Times (Malaysia). Kuala Lumpur, Malaysia. 21 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2019. Dicapai pada 28 January 2011.
  5. ^ "St John's Institution principal K. Ravi Chandran's sudden transfer raises questions, parents' group wants him back". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-15. Dicapai pada 2024-05-09.
  6. ^ Naveen Mathew Menon (26 January 2011). "St John's Institution unveils new clock". New Straits Times. Kuala Lumpur, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 January 2011. Dicapai pada 28 January 2011.
  7. ^ Rayan Ka Goling (18 January 2011). "'Old' clock ticks again at St John's". The Malay Mail. Kuala Lumpur, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2011. Dicapai pada 22 January 2011.
  8. ^ Free Malaysia Today (2016) https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/04/23/st-johns-institution-gets-back-its-name/