St. John's Institution

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
St. John's Institution

Lencana St. John's Instution (M)

Alamat  Malaysia Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Telefon 320782846
Faksimili 320311443
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan, Sekolah Kluster
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat
Moto Fide Et Labore
Slogan -
Kod Sekolah WEB0223
Pengetua En. Ravi Chandran a/l Krishnan
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Pn. Dzaizatul Shikin binti Madrahim
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Musannef bin Yatim
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Faridah Bee binti MM Abdul Rahman
Penolong Kanan Tingkatan 6 Pn. Selvambigai A/P Arumugam
Tahun ditubuhkan 1904

Sekolah Menengah Kebangsaan St. John merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John memiliki 1096 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1164 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009

St. John's Institution (bahasa Inggeris: St. John's Institution) ialah sebuah sekolah menengah perdana untuk pelajar lelaki (tingkatan enam adalah campur) dan salah sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini dikenali meluas sebagai SJI dan para pelajarnya dikenali sebagai Johannians.

SJI terkenal dengan pencapaian di dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti-aktiviti lain bagi peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu sekolah bukan asrama terbaik di Malaysia. Nama sekolah ini diambil sempena nama St. John the Evangelist. Jean-Baptiste de la Salle adalah pengasas De La Salle Christian Brothers Order yang juga dikenali sebagai Patrons Saint of Teachers.

SJI dahulunya mengandungi dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang diuruskan bersama sehinggalah kemasukan para pelajar yang naik secara mendadak, menyebabkan pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan pada tahun 1960. Sekolah rendahnya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan St. John (1) dan Sekolah Kebangsaan St. John (2) manakala sekolah menengah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St. John.

Sekolah menengah ini dipanggil Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, tetapi diumumkan pada April 2016 bahawa nama itu akan dikembalikan kepada St. John's Institution, keputusan yang disambut baik oleh alumni dan disokong oleh Johannian lain, iaitu Sultan Nazrin Shah of Perak.[1][2]

SJI adalah antara 30 sekolah pertama dinamakan sebagai 'Sekolah Kluster Kecermelangan' yang cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.[3]

Pengurusan sekolah menengah masih lagi lebih dipegang secara autonomi oleh The La Sallian Brothers dan The Board of Governors berbanding dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun tapak sekolah dimiliki oleh Gereja Roman Katolik (termasuk St. John's Cathedral, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan sekolah menengah), kebanyakan dana bantuan sekolah adalah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Di mana dana bantuan sekolah mencukupi untuk lebih maju dalam bidang berkaitan (akademik, sukan dan aktiviti kurikulum) yang dipilih. Sekolah ini lebih maju kepada bidang Matematik dan Pancaragam (SJI Naval Cadet Band).

Tapak dan seni bina[sunting | sunting sumber]

SJI terletak di Bukit Nanas; pusat bandaraya Kuala Lumpur dan dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan sejajar dengan Hutan Simpan Bukit Nanas. Sekolah rendahnya pula berkongsi tempat/bukit iaitu di seberang jalan berhadapan dengan bangunan sekolah menengah. Juga berkongsi bukit di situ ialah sekolah pelajar perempuan; Convent Bukit Nanas (sebuah sekolah Infant Jesus Sister's), bangunan AIA, kemudahan Catholic Archdiocese of Kuala Lumpur, Tadika Fatima dan juga St. John's Catholic Cathedral. Tadika dan Pusat Khidmat Komuniti berkongsi kemudahan dan bangunan dan juga memegang status bangunan tertua di Kuala Lumpur dan ia adalah bekas bangunan gereja Katolik.

Bangunan Sekolah Menengah St. John terdiri daripada batu-bata berwarna merah dan putih dengan pengaruh senibina Greece-Sepanyol dan ia telah diiktiraf sebagai Bangunan Warisan Kuala Lumpur sejak tahun 1986 lagi, manakala pada 21 Mei 2010, SMK St. John telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Warisan Negara.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini secara tradisinya diketuai oleh Brother dari The La Sallian Order, dengan Brother Director (seperti pengetua) dan Brother Supervisor (seperti penolong pengetua). Jawatan Brother Supervisor telah digantikan dengan dua orang penolong kanan yang bukan dari The La Sallian Order sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia.

Senarai Brother Director yang terdahulu;[sunting | sunting sumber]

Nama Director Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Ulasan
Bro. Julian Francis 1904
Bro. James Gilbert 1904 1910 Melihat pembinaan Blok Utama
Bro. Adrian Edmund 1911 1913
Bro. Marcian Cullen 1914 1915
Bro. Claude Marie Guibert 1916 1922 Memperkenalkan Hari Sukan pada 1921
Bro. Barnitus Kennedy 1922 1923
Bro. Stephen Edward Buckley 1923 1924 Membina Brothers' Quarters yang kini masih ada
Bro. Defendant Louis 1925 1930 Menaikkan tugu Jean Baptist de la Salle
Bro. Cornelius Nulty 1930 1946 Brother Director paling lama berkhidmat, membina dewan sekolah pada tahun 1936
Bro. Amor Matthias 1946 1948
Bro. Dositheus Joseph Brophy 1948 1954
Bro. Datuk Tiberius Lawrence Spitzig 1955 1961 Menggubah lagu sekolah terkenal SJI dan memperkenalkan banyak pembaharuan sepanjang dua penggal tempoh perkhidmatan.
Bro. Celestine Jennings 1958 Dilantik sebagai Director semasa Rev. Bro Datuk Tiberius Lawrence Spitzig bercuti ke Kanada
Bro. Ignatius Barry 1962 Keadaan kesihatan yang merosot memaksanya kembali ke Ireland pada September tahun itu
Bro. Joseph McNally 1963 1967 Seorang ahli seni, pengarca dan pengukir tersohor yang telah mereka cipta lambang sekolah yang digunakan hingga kini dan memperkenalkan banyak lagi ukiran dan mural pada sekolah. Blok Seni (Blok tingkatan lima) telah dibina pada tahun 1965 di bawah pentadbirannya. Sebahagian hasil kerjanya masih ada sehingga ke hari ini. Beliau mengasaskan Kolej Seni La Salle (LASALLE College of Arts) di Singapura pada tahun 1984.
Bro. Basilian Wong 1967 1968 Menjelaskan hutang besar yang ditanggung oleh jawatankuasa pembangunan di bawah Bro. Joseph McNally
Bro. Joseph Yeoh 1969 1978 Bekas pelajar St. John. Warganegara Malaysia pertama yang mentadbir sekolah. Rev. Bro. Joseph Yeoh mengecat semula sekolah mengikut skema warna semasa. Memperkenalkan Hari Penghargaan pada tahun 1972.
Bro. Datuk Tiberius Lawrence Spitzig 1979 1983 Menggubah lagu sekolah terkenal SJI dan memperkenalkan banyak pembaharuan sepanjang dua penggal tempoh perkhidmatan.
Bro. Cassian Pappu 1983 1988 Berkhidmat di La Salle Klang sebelum memegang jawatan sebagai Brother Director di St. John. Membina blok tingkatan enam yang dinamakan Bangunan Tan Sri Dominic Vendargon.
Bro. Michael Wong 1989 2002 Brother Director yang terakhir.

Sejak Julai 2002, selepas bersaranya Brother Micheal Wong, St. John telah ditadbir oleh Encik Peter Yii Sing Chiu, pengetua bukan mubaligh pertama sekolah, menamatkan 98 tahun pentadbiran Brothers.

Mantan Pengetua termasuklah:[sunting | sunting sumber]

Nama Pengetua Mula Berkhidmat Tamat Berkhidmat Ulasan
Peter Yii Sing Chiu 2002 2009 Pengetua pertama bukan mubaligh
Leong Kum Loy 2010 2010
Lim Hean Hwa 2010 2014 Johannian kedua untuk mengetuai St. John selepas pengetuanya sendiri, Rev. Bro. Joseph Yeoh.

Beliau seorang pelajar dari 1961 - 1973

Dr. M. Puvanendran 2014 2016 Pengetua pertama bukan Kristian.
En. Manmohan Singh A/L Kartar Singh 2016 2022 Beliau bersara secara rasmi pada 13 Mei 2022. Majlis persaraan itu tersedia untuk ditonton di Saluran YouTube Perpustakaan St.John's Institution rasmi.
Ravi Chandran A/L Krishnan [5] 2022 2024 Pengetua Katolik pertama sejak 2002.
Sivakumar a/l Thannimalay 2024 Kini

Nota1: Brother yang telah berkhidmat sebagai guru besar sekolah rendah semenjak ia berpisah dengan sekolah menengah termasuklah Brother Patrick Arokiasamy, Brother Alban Tang dan Brother Matthew Liew.

Nota2: Pada 1 Disember 2009, Encik Peter Yii Sing Chiu telah digantikan oleh Encik Leong Kum Loy. Di bawah pentadbiran Encik Leong Kum Loy, St. John telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan oleh kerajaan Malaysia.

Nota3: Pentadbiran sekolah ini telah diteruskan kesinambungannya sehingga sekarang oleh Encik Ravi Chandran a/l Krishnan, pengetua keenam SJI yang telah mula berkhidmat bermula daripada pertengahan bulan Jun 2022. Beliau dibantu oleh tiga penolong kanan seperti berikut;

  • Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum: Puan Dzaizatul Shikin binti Madrahim
  • Penolong Kanan Hal Ehwal Murid: Encik Musannef bin Yatim
  • Penolong Kanan Aktiviti Ko-Kurikulum: Puan Faridah Bee binti MM Abdul Rahman

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah sekolah yang diperolehi[sunting | sunting sumber]

  • 1954: Golden Jubilee school magazine
  • 1964: Diamond Jubilee Souvenir book
  • 1979: 75th Anniversary Commemorative book
  • 2004: 100 Years Centenary coffee table book

Pelajar[sunting | sunting sumber]

Komposisi para pelajarnya adalah senantiasa pelbagai bangsa dan agama, dan bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan biasa yang digunakan di sepanjang penubuhan sekolah.

SJI adalah sekolah untuk lelaki, dengan pengecualian kepada pelajar tingkatan enam di mana ia adalah pendidikan bercampur. Pelajar perempuan (lebih dikenali sebagai Eagirls) hanya diterima masuk dalam tingkatan enam rendah dan tingkatan enam atas sebagai tambahan kepada pelajar lelaki. Ini adalah kebiasaan bagi sekolah-sekolah menengah lelaki di Malaysia.

Sekolah ini juga mempunyai kelebihan dan kelainan dengan menjadi antara salah sebuah sekolah di Malaysia yang menerima kemasukan pelajar yang kurang upaya penglihatan. Telah menjadi sebahagian dari kurikulum mereka, pelajar yang kurang upaya penglihatan harus menghadiri sesi kelas biasa seperti para pelajar lain. Sekolah ini mempunyai Bilik Sumber untuk pelajar yang kurang upaya penglihatan di mana ia dihadiri oleh tenaga pengajar yang terlatih dan juga sebuah kelab yang mengandungi sejumlah besar pelajar yang dengan sukarela meluangkan masa mereka untuk membantu rakan/pelajar yang kurang upaya penglihatan.

Sukan[sunting | sunting sumber]

St. John's mempunya beberapa aktiviti dan kelab kesukanan yang terbuka kepada semua pelajar, antaranya termasuklah sukan ragbi, memanah, bola sepak, hoki, badminton, sepak takraw, gymnastik, lawan pedang, dan lain-lain.

St. John's mempunyai 5 buah rumah sukan dimana nama bagi kelima-lima rumah sukan di St. John's diambil dari Brother Director yang terdahulu;

Badan beruniform[sunting | sunting sumber]

Kadet Korp St. John[sunting | sunting sumber]

Kadet Korp St. John ditubuhkan pada tahun 1915, salah satu kadet korp tertua di Malaya. Ia adalah kadet korp tertua di sekolah ini yang dibentuk oleh Lt. Eric Chart. Ia berada di bawah perintah Tentera British Somerset Light Infantry semasa zaman penjajah.

Pancaragam Kadet Tentera Laut St. John[sunting | sunting sumber]

Pancaragam Kadet Tentera Laut St. John ditubuhkan pada tahun 1916. Pancaragam Kadet juga merupakan salah satu daripada segelintir kumpulan pancaragam di Malaysia yang memasukkan bagpipe dalam ensembelnya.

Pada tahun 2005, Alumni Pancaragam Kadet St John telah didaftarkan sebagai badan alumni yang mewakili bekas ahli pancaragam. Kini ahli-ahli meneruskan semangat mereka melalui pembentukan Pancaragam Alumni, terutamanya Paip dan Gendang, membuat persembahan di majlis persendirian. Dalam sejarah, pancaragam itu memenangi gelaran pertama mereka sebagai tempat pertama dalam "Pertandingan Pancaragam Kadet Peringkat Negeri KL 2009". Pada tahun itu juga, kumpulan itu telah diberikan gabungan dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SMK St. John to be known again as St. John's Institution, Sultan Nazrin announces". Malay Mail. 23 April 2016.
  2. ^ Siti Nursuraya Ali (23 April 2016). "St John's Institution to get its name back: Sultan Nazrin". New Straits Times.
  3. ^ Azhad Nilam (8 June 2008). "Sekolah Kluster 2007". ePutra. Kuala Lumpur, Malaysia. Dicapai pada 19 February 2011.
  4. ^ "SMK St John's is National Heritage site". New Straits Times (Malaysia). Kuala Lumpur, Malaysia. 21 May 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2019. Dicapai pada 28 January 2011.
  5. ^ "St John's Institution principal K. Ravi Chandran's sudden transfer raises questions, parents' group wants him back". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-15. Dicapai pada 2024-05-09.