Ismail Md. Salleh
Profesor Datuk Dr. (1947-2009) ialah ahli akademik dan ahli ekonomi Malaysia berketurunan Melayu. Beliau juga ialah bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa, Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech serta pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya termasuk anugerah Guinness Book of Records sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Ijazah Doktor Falsafah[1].
Profesor Datuk Dr. Ismail Md. Salleh | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Lantikan Yang di-Pertuan Agong Mewakili Orang Kurang Upaya | |
Dalam jawatan 18 Disember 2007 – 27 Ogos 2009 | |
Butiran peribadi | |
Lahir | 2 September 1947 Pasir Mas, Kelantan |
Meninggal dunia | 27 Ogos 2009 (61 tahun) |
Tempat persemadian | Kajang, Selangor |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu |