Pergi ke kandungan

Jun Maeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jun Maeda
Nama asal
麻枝 准
Lahir (1975-01-03) 3 Januari 1975 (umur 49)
Wilayah Mie, Japan
PekerjaanPenulis, komposer, penulis lirik, mangaka
WarganegaraJepun
GenreDrama, fantasi, romantik
Tandatangan

Jun Maeda (麻枝 准, Maeda Jun, lahir pada 3 Januari 1975) merupakan seorang lelaki Jepun yang bekerja untuk sebuah syarikat perisian iaitu Key; dia merupakan penyumbang yang besar sebagai penulis senario utama, penulis lirik dan penggubah muzik untuk judul-judul novel visual yang dihasilkan syarikat tersebut. Nama lahirnya dalam kanji ditulis sebagai Maeda Jun (前田 純), meskipun tiada perubahan dari segi sebutan.

Beliau berasal daripada Mie, Jepun. Beliau telah menamatkan pembelajarannya daripada sekolah menengah Kaisei dan kemudian telah menamatkan siswazahnya daripada Universiti Chukyo dalam bidang psikologi.[1] Sebelum membentuk Key, Maeda bekerja dengan sebuah syarikat iaitu Tactics di mana dia telah membantu dalam dua buah judul ciptaan untuk syarikat rersebut, iaitu Moon. dan One: Kagayaku Kisetsu e. Setelah menubuhkan Key, Maeda telah mula bekerja keras dalam penciptaan judul-judul terkenal seperti Kanon, Air dan Clannad. Selain itu, Maeda juga merupakan penulis kepada sebuah siri manga berjudul Hibiki's Magic.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Jun Maeda mula menulis pada usia muda iaitu semasa bersekolah di sebuah sekolah rendah, Maeda menulis buku permainan amatur pertamanya. Maeda pada mulanya diilhamkan oleh siri buku permainan Grailquest oleh JH Brennan, terutama dua buku pertama dalam siri The Castle of Darkness dan The Den of Dragons yang menurutnya sangat menarik.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 麻枝准 (2009-08-16). "開発日記其の五拾四". 麻枝准Angel Beats!開発日記 (dalam bahasa Jepun). Visual Art's . Dicapai pada 2010-04-20.
  2. ^ "Scenario Writer Special Talk". Colorful Puregirl (dalam bahasa Jepun) (Julai 2004). Dicapai pada 2004-07-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]