Kehamilan remaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kehamilan remaja
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Kehamilan bawah umur, kehamilan kanak-kanak
Lukisan seorang perempuan remaja yang dihimpit dengan kemiskinan mengendong anaknya di Boston pada tahun 1884.
PengkhususanObstetrik
GejalaKehamilan bawah umur 20 tahun[1]
KerumitanIbu: Eklampsia, anemia sewaktu kehamilan, jangkitan selepas kelahiran, fistula obstetrik[2][3]
Bayi: Kelahiran pramatang, berat lahir rendah, lahir mati[3]
Tahap pendidikan rendah, kemiskinan, perkahwinan bawah umur, kekurangan akses terhadap teknik kawalan kelahiran, kehidupan di bawah jagaan asuhan, penyalahgunaan bahan, keagamaan, penderaan seksual[4][3][5]
PencegahanPendidikan jantina dan kekeluargaan yang komprehensif, akses terhadap pelbagai cara kawalan kelahiran, serta mencegah diri daripada melakukan hubungan seks[6][5]
Kekerapan21 juta setiap tahun (negara membangun)[4]
KematianPunca kematian utama (dalam kalangan perempuan berusia antara 15 hingga 19 tahun)[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kehamilan remaja merupakan kehamilan yang berlaku dalam kalangan perempuan yang berumur kurang daripada 20 tahun.[1] Kehamilan terjadi apabila berlakunya hubungan seks selepas permulaan pengovulan yang boleh berlaku sebelum datangnya haid pertama (menarke).[7] Dalam kalangan kanak-kanak perempuan yang berkhasiat, haid biasanya bermula sekitar umur 12 atau 13 tahun manakala di negara berpendapatan rendah pula permulaan haid biasanya lewat sedikit sekitar 14 tahun.[1][8]

Kehamilan remaja menyebabkan peningkatan risiko yang ketara dari segi eklampsia, anemia sewaktu kehamilan, kelahiran bayi pramatang, jangkitan selepas bersalin, fistula obstetrik, dan lahir mati.[4][3][2] Komplikasi kehamilan adalah punca utama kematian pada kanak-kanak perempuan berumur di antara 15 hingga 19 tahun.[9][2] Bagi mereka yang berumur di bawah 15 tahun, risiko kematian ibu mungkin lima kali ganda lebih tinggi.[10] Walaupun mencegah diri dari daripada melakukan hubungan seks telah menyebabkan kadar yang lebih rendah di Amerika Syarikat, program pendidikan penghindaran dari melakukan persetubuhan tidak berkesan untuk menghalang kehamilan remaja.[5][11]

Faktor pencetus kehamilan remaja ialah berkaitan dengan tahap pendidikan yang rendah serta kemiskinan.[4] Antara beberapa risiko lain yang menyebabkan kehamilan remaja termasuklah perkahwinan bawah umur, kekurangan akses kepada kaedah kawalan kelahiran, kehidupan di rumah kebajikan, penyalahgunaan bahan, faktor kepercayaan atau keagamaan, serta penderaan seksual.[4][3][5] Dua jenis intervensi (iaitu intervensi pendidikan berkaitan jantina dan kekeluargaan serta intervensi pengaksesan pelbagai jenis kaedah kawalan kelahiran) jika bergabung dapat mengurangkan kehamilan remaja yang tidak diingini.[6][12]

Kira-kira 20% populasi remaja di seluruh dunia telah mempunyai anak.[3] Pada tahun 2023 sahaja, 43 per 1,000 populasi perempuan mempunyai anak di bawah umur 20 tahun.[4] Kadar tersebut adalah lebih tinggi di Afrika iaitu bernilai 97 per seribu, manakala kadar tersebut lebih rendah di Eropah pada nilai 13 per seribu.[4] Kadar kehamilan remaja telah menurun di Amerika Syarikat sejak tahun 1990.[5] Di negara membangun kira-kira 21 juta remaja berumur 15 hingga 19 tahun hamil dengan 12 juta antara mereka yang hamil tersebut mempunyai anak setiap tahun.[4] Manakala 6 juta lagi di kalangan 21 juta yang hamil tersebut melakukan pengguguran, dan kebanyakannya menggugurkan kandungan secara tidak selamat.[3] Kesan negatif lain yang boleh berlaku terhadap kalangan "ibu remaja" mungkin termasuk stigma sosial, masalah kewangan, dan pemberhentian daripada meneruskan pendidikan.[3][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Adolescent Pregnancy (PDF). World Health Organization. 2004. m/s. 5. ISBN 978-9241591454. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 18 February 2018. Dicapai pada 28 July 2017.
  2. ^ a b c d "Early childbearing and teenage pregnancy rates by country". UNICEF DATA. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2024. Dicapai pada 31 March 2024.
  3. ^ a b c d e f g h Maheshwari, MV; Khalid, N; Patel, PD; Alghareeb, R; Hussain, A (June 2022). "Maternal and Neonatal Outcomes of Adolescent Pregnancy: A Narrative Review". Cureus. 14 (6): e25921. doi:10.7759/cureus.25921. PMID 35844352 Check |pmid= value (bantuan).
  4. ^ a b c d e f g h "Adolescent pregnancy". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2018. Dicapai pada 31 March 2024.
  5. ^ a b c d e f "About Teen Pregnancy | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 November 2021. Dicapai pada 31 March 2024.
  6. ^ a b Oringanje, Chioma; Meremikwu, Martin M; Eko, Hokehe; Esu, Ekpereonne; Meremikwu, Anne; Ehiri, John E (3 February 2016). "Interventions for preventing unintended pregnancies among adolescents". Cochrane Database of Systematic Reviews (dalam bahasa Inggeris). 2016 (2): CD005215. doi:10.1002/14651858.cd005215.pub3. PMC 8730506 Check |pmc= value (bantuan). PMID 26839116.
  7. ^ "Can a Girl Get Pregnant if She Has Never Had Her Period?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-11. Dicapai pada 2022-01-26.
  8. ^ Ibitoye, Mobolaji; Choi, Cecilia; Tai, Hina; Lee, Grace; Sommer, Marni (7 June 2017). "Early menarche: A systematic review of its effect on sexual and reproductive health in low- and middle-income countries". PLOS ONE. 12 (6): e0178884. doi:10.1371/journal.pone.0178884.
  9. ^ "Adolescent and young adult health". www.who.int (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2020. Dicapai pada 31 March 2024.
  10. ^ Mayor S (2004). "Pregnancy and childbirth are leading causes of death in teenage girls in developing countries". BMJ. 328 (7449): 1152. doi:10.1136/bmj.328.7449.1152-a. PMC 411126. PMID 15142897.
  11. ^ Ott, Mary A; Santelli, John S (October 2007). "Abstinence and abstinence-only education". Current Opinion in Obstetrics and Gynecology. 19 (5): 446–452. doi:10.1097/GCO.0b013e3282efdc0b. PMC 5913747. PMID 17885460.
  12. ^ International technical guidance on sexuality education: An evidence-informed approach (PDF). Paris: UNESCO. 2018. m/s. 18. ISBN 978-92-3-100259-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-11-13. Dicapai pada 2022-01-26.