Kemahkotaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lukisan oleh Jules Eugène Lenepveu yang memaparkan istiadat kemahkotaan Charles VII dari Perancis.

Kemahkotaan atau pemahkotaan ialah satu istiadat yang meletakkan mahkota di atas kepala seseorang raja.[1] Istilah ini secara umumnya juga merujuk bukan sahaja kepada pemahkotaan fizikal tetapi kepada upacara kemahkotaan itu berlaku, bersama-sama dengan persembahan alat-alat kebesaran yang lain bagi menandakan pengurniaan kuasa raja. Selain daripada istiadat meletakkan mahkota itu, suatu upacara kemahkotaan mungkin terdiri daripada banyak upacara-upacara lain seperti istiadat mengangkat sumpah oleh raja, pengurniaan dan persembahan alat-alat kebesaran diraja,[2] memberi penghormatan oleh rakyat kepada raja baharu dan pelaksanaan ritual lain yang mempunyai kepentingan khusus kepada negara atau negeri tertentu. Dalam sesetengah mazhab agama Kristian seperti Lutheranisme dan Anglikanisme, kemahkotaan merupakan suatu upacara (ritus).[3][4] Oleh itu, kemahkotaan gaya Barat selalunya termasuklah melumurkan minyak suci kepada raja;[2] ritual pelumuran itu menunjukkan kepentingan agama yang mengikuti contoh di dalam Bible. Pasangan raja juga boleh dimahkotakan sama ada secara serentak bersama raja atau dilakukan secara berasingan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "What is a Coronation?". Amanah Koleksi Diraja (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mac 2024. Dicapai pada 27 April 2024.
  2. ^ a b Franks, Josephine (2 Mei 2023). "What is a coronation, anyway? The meaning of the crowning ceremony explained" (dalam bahasa Inggeris). sky news. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2023. Dicapai pada 27 April 2024.
  3. ^ The Lutheran Standard, Volume 7 (dalam bahasa Inggeris). Augsburg Publishing House. 1967. m/s. 1967.
  4. ^ Lockwood, Frank E. (6 Mei 2023). "Coronation a religious rite for Anglicans" (dalam bahasa Inggeris). Arkansas Democrat-Gazette. Dicapai pada 7 Mei 2023.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • A. Macek, Bernhard (2010). Die Krönung Josephs II. zum Römischen König in Frankfurt am Main: Logistisches Meisterwerk, zeremonielle Glanzleistung und Kulturgüter für die Ewigkeit (dalam bahasa Jerman). Frankfurt am Main: Peter Lang. ISBN 978-3-631-60849-4. LCCN 2011500842. OCLC 701720185. OL 25196495M.
  • M. Bak, Janos, penyunting (1990). Coronations: Medieval and Early Modern Monarchic Ritual (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. ISBN 9780520066779. JSTOR jj.13167923. OCLC 44964273. OL 7709380M.
  • Zupka, Dušan (2010), "Power of rituals and rituals of power: Religious and secular rituals in the political culture of medieval Kingdom of Hungary", Historiography in Motion. Slovak Contributions to the 21st International Congress of Historical Sciences (dalam bahasa Inggeris), Institut Sejarah Akademi Sains Slovakia, m/s. 29–42