Kolitis ulseratif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolitis ulseratif
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Endoskopi imej kolon dijangkiti Kolitis ulseratif. Permukaan dalaman kolon bertompok dan pecah. Penyakit yang sederhana teruk.
PengkhususanGastroenterologi
GejalaSakit perut, cirit-birit bercampur dengan darah, berat badan, demam, anemia[1]
KerumitanKolon membengkak, radang mata, sendi, atau hati, kanser kolon[1][2]
Permulaan biasa
15–30 tahun atau > 60 tahun[1]
TempohJangka masa panjang[1]
PuncaTidak diketahui[1]
Kolonskopi dengan biopsi tisu[1]
Disentri, penyakit Crohn, kolitis iskemia[3]
RawatanPerubahan diet pemakanan, ubatan, pembedahan[1]
Rawatan perubatan
Sulfasalazine, mesalazine, steroid, imunosupresan seperti azathioprine, terapi biologi[1]
KekerapanSehingga 5 per 1000 orang[4]
Kematian47,400 dengan penyakit Crohn's (2015)[5]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kolitis ulseratif ( KU ) keadaan kronik jangka masa panjang yang mengakibatkan keradangan dan ulser pada kolon dan rektum . [1] [6] Gejala utama penyakit ini adalah sakit perut dan cirit-birit bercampur darah . [1] Penurunan berat badan, demam, dan anemia juga mungkin berlaku. [1] Kebiasaanya, gejala berlaku secara perlahan lahan dan boleh berkisar diantara ringan sehingga sangat teruk. [1] Gejala yang berlaku selalunya berselang-seli, dimana wujud ketika dimana tiada gejala berlaku. [1] Komplikasi mungkin termasuk megakolon, keradangan mata, sendi atau hati, dan kanser kolon . [1] [2]

Punca KU masih tidak diketahui. [1] Teori wujud dengan mengaitkan dengan disfungsi sistem imun, genetik, perubahan dalam bakteria usus normal, dan faktor persekitaran. [1] [7] Terdapat kecederungan tinggi ia berlaku dinegara membangun, dengan teori mengaitkan berkaitan kurangnya pendedahan kepada masalah usus dan diet yang tidak sihat dinegara Barat. [6] [8] Pembuangan apendiks pada awal usia mungkin membantu. [8] Diagnosis biasanya melalui kolonoskopi dengan biopsi tisu . [1] Ia adalah sejenis penyakit radang usus (IBD) bersama-sama dengan penyakit Crohn dan kolitis mikroskopik . [1]

Dengan mengubah diet, seperti menjaga diet tinggi kalori atau tanpa laktosa, mungkin akan membantu mengubati simptom. [1] Antara ubatan yang digunakan untuk merawat simptom dan mengurangkan penularan, termasuklah aminosalicylates seperti mesalazine atau sulfasalazine, steroid, imunosupresan seperti azathioprine dan terapi biologi . [1] Pembuangan kolon melalui pembedahan mungkin diperlukan jika penyakit itu teruk, tidak bertindak balas terhadap rawatan, atau jika komplikasi seperti kanser kolon berkembang. [1] Pembuangan kolon dan rektum secara amnya membantu penyembuhan. [1] [8]

Sekitar 11.2 juta orang telah terjejas setakat tahun 2015 . [9] Setiap tahun, sekitar 1 hingga 20 individu untuk setiap 100,000 orang, atau 5 hingga 500 setiap 100,000 individu terjejas. [6] [8] Penyakit ini lebih biasa di Amerika Utara dan Eropah berbanding kawasan lain. [8] Kebiasanya, ia dapat dilihat pada individu berumur 15 hingga 30 tahun, atau lebih pada 60 tahun. [1] Tiada perbezaan dalam jumlah jangkitan diantara lelaki dan perempuan. [6] Ia juga menjadi penyakit yang biasa berlaku sekitar tahun 1950-an. [6] [8] [10] Dengan rawatan yang sesuai risiko kematian dapat dikurangkan. [2] Kes pertama kolitis ulseratif berlaku sekitar tahun 1850-an. [8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w "Ulcerative Colitis". NIDDK. September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2016. Dicapai pada 3 Ogos 2016.
  2. ^ a b c Wanderås MH, Moum BA, Høivik ML, Hovde Ø (May 2016). "Predictive factors for a severe clinical course in ulcerative colitis: Results from population-based studies". World Journal of Gastrointestinal Pharmacology and Therapeutics. 7 (2): 235–41. doi:10.4292/wjgpt.v7.i2.235. PMC 4848246. PMID 27158539.
  3. ^ Runge, Marschall S.; Greganti, M. Andrew (2008). Netter's Internal Medicine E-Book (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 428. ISBN 9781437727722. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 August 2021. Dicapai pada 27 July 2020.
  4. ^ Molodecky NA, Soon IS, Rabi DM, Ghali WA, Ferris M, Chernoff G, Benchimol EI, Panaccione R, Ghosh S, Barkema HW, Kaplan GG (January 2012). "Increasing incidence and prevalence of the inflammatory bowel diseases with time, based on systematic review". Gastroenterology. 142 (1): 46–54.e42, quiz e30. doi:10.1053/j.gastro.2011.10.001. PMID 22001864.
  5. ^ Wang H, Naghavi M, Allen C, Barber RM, Bhutta ZA, Carter A, dll. (GBD 2015 Mortality and Causes of Death Collaborators) (October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  6. ^ a b c d e "Ulcerative colitis". BMJ. 346: f432. February 2013. doi:10.1136/bmj.f432. PMID 23386404.
  7. ^ "Promising biological therapies for ulcerative colitis: A review of the literature". World Journal of Gastrointestinal Pathophysiology. 6 (4): 219–27. November 2015. doi:10.4291/wjgp.v6.i4.219. PMC 4644886. PMID 26600980.
  8. ^ a b c d e f g "Ulcerative colitis". The New England Journal of Medicine. 365 (18): 1713–25. November 2011. doi:10.1056/NEJMra1102942. PMID 22047562.
  9. ^ "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990–2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. October 2016. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  10. ^ Adams, James G. (2012). Emergency Medicine E-Book: Clinical Essentials (Expert Consult – Online) (dalam bahasa Inggeris). Elsevier Health Sciences. m/s. 304. ISBN 978-1455733941. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2020. Dicapai pada 27 Julai 2020.