Pergi ke kandungan

Kongkek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kongkek (IPA: /koŋkeʔ/) ialah sepatah perkataan bahasa pasar Malaysia yang bermaksud 'bersetubuh'. Perkataan ini lebih meluas digunakan di Semenanjung Malaysia berbanding di Malaysia Timur, di mana perkataan 'kentot' lebih kerap digunakan.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan kongkek berasal daripada perkataan kantonis 'kong-kik' (攻擊) yang bermaksud 'menyerang'.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Internet[sunting | sunting sumber]

Perkataan 'kongkek' digunakan dengan meluas dalam tajuk-tajuk cerpen berbahasa Melayu serta video lucah di Internet dengan jumlah hasil carian Google sebanyak 309,000 pautan setakat 13 Februari 2011.[1] 'Kongkek' mula sampai ke Internet pada 28 Disember 1998 dalam sebuah tulisan berkaitan politik dihoskan oleh Angelfire.[2] Pada 27 Mac 1999 pula, cerpen lucah berbahasa Melayu yang mengandungi perkataan 'kongkek' telah dimuat naik dan dihoskan oleh Tripod.com.[3] Perkataan 'kongkek' muncul sebanyak empat kali dalam cerpen tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Carian Google untuk kata kunci 'kongkek', Google. Diambil pada 13 Februari 2011.
  2. ^ 20 Kisah/Kerenah pemimpin UMNO yg kurang warak pada pandangan Dr. Mahathir, Reformasi:Mereka, "...tak padan ketot, kongkek betina sana sini, kebanyakannya di...", Biz2 di Angelfire. 28 Disember 1998. Diambil pada 14 Februari 2011.
  3. ^ Bob Pejabat. (1998). "Mula Menikmati Faraj" Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine, #Sexmelayu di Tripod.com. Diambil pada 14 Februari 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]