Kuda Indian Amerika
Ciri-ciri unggul: | Jenis kuda Penjajah Sepanyol yang tahan lasak, boleh didapati dalam pelbagai warna |
Negara asal: | Amerika Syarikat |
Nama gelaran biasa: | Kuda padi lembu, kuda kerbau, kuda padi Indian, "Mustang", cayuse, kuda padi Sepanyol |
Standard baka | |
Daftar Kuda Indian Amerika: | Standard baka |
Kuda (Equus ferus caballus) |
Kuda Indian Amerika seperti ditakrifkan oleh daftar bakanya adalah seekor kuda yang mungkin membawa genetik leluhur kuda Barb Sepanyol, Arab, Mustang, atau "Foundation" Appaloosa.[1] Ia merupakan keturunan kuda-kuda yang asalnya dibawa masuk penjajah Sepanyol dan diperolehi oleh orang-orang Asli Amerika.[2] Daftar ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 apabila beberapa para pembiak kuda berdarah Kuda Penjajah Sepanyol menganggap para pembiak kuda Mustang Sepanyol menjauhi phenotaip "kuda Indian" asli.[3] Pertubuhan ini dimulakan "untuk tujuan mengumpul. merekod dan memelihara latar belakang Kuda Indian Amerika."[4] Pendaftar ini juga membenarkan "hibrid [sic] dan keturunan" Kuda Penjajah Sepanyol asli untuk didaftarkan.[5] Kuda-kuda yang telah didaftarkan dengan pendaftar-pendaftar lain akan didaftar dua kali dengan pendaftar ini sekiranya ia memenuhi syarat-syarat bentuk umum.[1]
Kegunaan[sunting | sunting sumber]
Kuda Indian Amerika ditunggang dalam kelas daya barat dalam pertunjukan kuda dan pertandingan kelajuan Gymkhana.[5] Ia juga diguanakan bagu untuk tunggangan liburan dan tunggangan trek.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "What is an American Indian Horse?". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
- ^ "American Indian Horse History". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
- ^ Lynghaug, Fran (2009). The Official Horse Breeds Standards Guide. MBI Publishing Company. m/s. 16–23. ISBN 9781616731717. Dicapai pada 23 February 2015.
- ^ "About". indianhorse.com. Dicapai pada 23 February 2015.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamanationals