LRT Jabodebek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Transit Aliran Ringan Jabodebek
ترنسيت اليرن ريڠن جابوديبيك
Set kereta api LRT Jabodebek
Umum
Nama asalLintas Raya Terpadu Jabodebek
PemilikKementerian Perhubungan
Kawasan perkhidmatan
Jakarta, Bogor, Depok, Bekasi
LokasiKawasan metropolitan Jakarta dan Jawa Barat
Jenis transit
Alihan laju
Jumlah laluan/aliran
2
Jumlah stesen
18 (Fasa 1)
51 (Dalam perancangan)
Ibu pejabat
Harjamukti, Cimanggis, Jawa Barat
Laman sesawang
lrtjabodebek.adhi.co.id
Operasi
Operasi akan bermula pada
28 Ogos 2023; 7 bulan yang lalu (2023-08-28)
PengendaliPT Kereta Api Indonesia (melalui Divisyen LRT Jabodebek)
Ciri–ciriBertingkat
Jumlah kenderaan
31 set kereta api enam gerabak PT INKA
Jarak kepala
5-10 minit
Teknikal
Panjang sistem
47.3 km (29.4 bt) (Fasa 1)
130.4 km (81.0 bt) (Dalam perancangan)
Tolok landasan
1,435 mm (4 kaki 8 12 in)
Pengelektrikan750 V DC rel ketiga
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Transit Aliran Ringan Jabodebek[a] atau singkatannya LRT Jabodebek adalah sebuah sistem alihan laju di Indonesia. Sistem LRT ini akan memberi perkhidmatan di kawasan metropolitan Jakarta dan wilayah Jawa Barat. Akan dikendalikan oleh syarikat milik pemerintah PT Kereta Api Indonesia, LRT Jabodebek dirancang untuk menghubungkan pusat bandar raya Jakarta dengan kawasan pinggir kota seperti Bogor, Depok dan Bekasi, yang memberikan akronim "Jabodebek".[3]

Pada asalnya LRT Jabodebek disasarkan untuk mula beroperasi pada awal tahun 2019, namun mengalami kelewatan. Sistem ini kemudiannya disasarkan untuk beroperasi pada penghujung 2022 atau awal 2023,[4] dengan prapelancaran akan diadakan pada 17 Ogos 2022.[5]LRT Jabodebek mulai beroperasi pada Senin 28 Ogos 2023; 7 bulan yang lalu (2023-08-28).

Laluan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Setiausaha Kabinet Indonesia mengumumkan bahawa sistem LRT Jabodebek dirancang untuk terdiri daripada tiga buah jajaran.[2] Jumlah biaya pelaburan untuk projek ini mencecah Rp23.8 trilion (AS$1.8 bilion).[6] Terdapat dua laluan bagi sistem ini iaitu:[1]

Secara teknikal, terdapat tiga jajaran dibina (dengan jajaran Dukuh Atas–Cawang dikira sebagai laluan berasingan),[1] walau bagaimanapun hanya dua laluan akan beroperasi.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Indonesia sebagai Lintas Raya Terpadu Jabodebek atau Kereta Api Ringan Jabodebek.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Keputusan Menteri Perhubungan Republik Indonesia Nomor KM 207 Tahun 2019 Tentang Penetapan Trase Jalur Kereta Api Ringan atau Light Rail Transit Terintegrasi di Wilayah Jakarta, Bogor, Depok, dan Bekasi" (PDF) (dalam bahasa Indonesia). 26 Jun 2022. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 26 Jun 2022.
  2. ^ a b "Peraturan Presiden Republik Indonesia Nomor 98 Tahun 2015 Tentang Percepatan Penyelenggaraan Kereta Api Ringan / Light Rail Transit Terintegrasi di Wilayah Jakarta, Bogor, Depok dan Bekasi" (PDF). Setiausaha Kabinet Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 3 Oktober 2015. Dicapai pada 2 Oktober 2015.
  3. ^ "Rencana LRT di Jakarta". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Jakarta. 11 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Oktober 2015. Dicapai pada 21 September 2015.
  4. ^ "LRT Jabodebek to launch in December 2022: PT KAI" (dalam bahasa Inggeris). Coconuts Jakarta. 13 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 26 Jun 2022.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan detik1 tidak disediakan
  6. ^ Yoga Sukmana (8 September 2015). Bambang Priyo Jatmiko (penyunting). "Besok, Proyek LRT Akan Dimulai". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Jun 2022. Dicapai pada 26 Jun 2022.