Laga anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dog baiting ("Pengumpanan Anjing") oleh Azim Azimzade, 1938

Laga anjing atau adu anjing ialah sejenis sukan berdarah yang melagakan anjing game dan anjing laga dengan satu sama lain dalam pertarungan fizikal, yang kerap sehingga kematian, untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.[1] Di kawasan luar bandar, pertarungan kerap dilangsungkan di dalam bangsal atau serling luar; di kawasan bandar, pertarungan kerap dilangsungkan di dalam garaj, di tingkat bawah tanah, di dalam gudang, di laluan belakang bangunan, di dalam bangunan terbiar, di taman permainan kejiranan, atau di jalanan.[2][3] Laga anjing biasanya berlangsung sehingga salah seekor anjing diisytiharkan sebagai pemenang, yang berlaku apabila salah seekor anjing gagal mencakar, mati, atau melompat ke luar serling.[4] Kadang-kadang laga anjing tamat tanpa pengisytiharan pemenang; contohnya, pemilik anjing mungkin menamatkan pertarungan.[4]

"A Dog Fight at Kit Burn's" oleh Edward Winslow Martin (James D. McCabe). Amerika Syarikat, 1868
"Fighting dogs getting wind" oleh Sir Edwin Henry Landseer, 1818[5]

Laga anjing menjana hasil daripada yuran bapa anjing, yuran kemasukan, dan perjudian. Kebanyakan negara telah melarang laga anjing, namun ini masih tidak menyalahi undang-undang di sesetengah negara, seperti Honduras,[perlu rujukan] Jepun,[6] dan Albania.[7] Sukan ini juga popular di Rusia.[8]Templat:Update inline

Sejarah[sunting | sunting sumber]

A dogfight, oleh Paul Sandby, sekitar 1785
Pertarungan antara seekor anjing dengan Jacco Macacco, si monyet laga, di Westminster Pit, London. 1822
Iklan lipat Inggeris yang mengiklankan acara akan datang di Westminster Pit, London, yang menampilkan perlawanan antara si monkey, Jacco Macacco dengan seekor anjing, juga laga anjing, pengumpanan bejar, dan pengumpanan beruang, sekitar November 1821

Eropah[sunting | sunting sumber]

Sukan berdarah pada umumnya dapat dikesan kembali ke Empayar Rom.[9] Pada tahun 13 SM, contohnya, sarkas Rom purba membunuh 600 ekor binatang Afrika.[10] Laga anjing, lebih khusus, juga dapat dikesan ke zaman Rom purba. Pada tahun 43 AD, sebagai contoh, anjing berjuang bersama dengan orang Rom dan orang British dalam Penaklukan Rom akan Britain.[9] Dalam peperangan ini, orang Rom menggunakan baka yang berasal dari Greece yang dipanggil Molossus; orang Britain pula menggunakan mastif bermulut lebar, yang dianggap diturunkan daripada susur galur Molossus dan yang juga berasal dari Greece.[11] Walaupun orang British dikalahkan dengan jumlah dan akhirnya kalah dalam peperangan ini, orang Rom begitu kagum dengan mastif Inggeris sehingga mereka mula mengimport anjing ini untuk digunakan di Koloseum, serta untuk kegunaan semasa perang.[9] Semasa penonton menonton, mastif Inggeris import telah dilagakan dengan haiwan seperti gajah, singa, beruang, dan lembu, dan juga menentang gladiator.[9]

Kemudian, orang Rom membiakbakakan dan mengeksport anjing laga ke Sepanyol, ke Perancis, dan ke bahagian lain di Eropah sehingga akhirnya anjing ini kembali ke England.[9] Walaupun pengumpanan lembu dan pengumpanan beruang adalah popular sepanjang Zaman Pertengahan sehingga abad ke-19 di Jerman, di Perancis, di Sepanyol, di Portugal, dan di Belanda, orang British melagakan anjing dengan lembu dan beruang.[11] Di England pada abad ke-12 semasa era feudal, kebangsawanan bertanah, yang memegang kawalan ketenteraan langsung dalam sistem feudal terpencar, lantas memiliki haiwan yang diperlukan untuk melancarkan perang, memperkenalkan pengumpanan lembu dan pengumpanan beruang kepada selebih penduduk British.[11] Pada tahun-tahun kemudian, pengumpanan lembu dan pengumpanan beruang menjadi sumber hiburan popular untuk kerabat diraja British.[11] Sebagai contoh, Ratu Elizabeth I, yang bertakhta dari tahun 1558 hingga tahun 1603, ialah seorang pengikut tegar bagi pengumpanan lembu dan beruang; baginda membiakbakakan mastif untuk pengumpanan dan melayan tetamu asing dengan pertarungan setiap kali mereka melawat England.[11] Di samping pembiakbakakan mastif dan layanan tetamu asing dengan pertarungan, Ratu Elizabeth, dan kemudian pengganti baginda, Raja James I, membina sebilangan taman beruang di London.[12] Bangunan taman adalah bulat dan tanpa bumbung dan menempatkan bukan haya beruang, tetapi juga lembu dan haiwan liar lain yang dapat digunakan dalam pertarungan.[12] Kini, orang dapat melawat Bear Garden Museum dekat dengan Shakespeare Global Complex di Bankside, Southwark.[perlu rujukan]

Dengan kepopularan pengumpanan lembu dan beruang, beruang yang diperlukan untuk pertarungan sedemikian tidak lama lagi menjadi jarang.[11] Dengan kejarangan populasi beruang, harga beruang meningkat dan, oleh sebab ini, pengumpanan lembu menjadi lebih lazim di England seiring dengan masa.[11] Lembu yang terselamat dalam pertarungan disembelih selepas itu untuk daging, kerana ada kepercayaan bahawa pertarungan itu menyebabkan daging lembu menjadi lebih lembut.[11] Malah, jika lembu ditawarkan untuk jualan di pasaran tanpa diumpan pada hari sebelumnya, tukang daging boleh dikenakan denda banyak.[11] Pertarungan haiwan digantung buat sementara waktu di England apabila Oliver Cromwell merampas kuasa, tetapi dikembalikan semula selepas Pengembalian Takhta.[12] Laga anjing, pengumpanan lembu, dan pengumpanan beruang secara rasmi diharamkan di England oleh Akta Berperikemanusiaan 1835.[13] Larangan rasmi ke atas semua pertarungan, walau bagaimanapun, sebenarnya berfungsi untuk mempromosikan laga anjing di England.[12] Memandangkan sejumlah kecil ruang diperlukan untuk serling yang menjadi tempat laga anjing, berbanding dengan gelanggang yang diperlukan untuk pengumpanan lembu atau beruang, pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk menguatkuasakan larangan ke atas laga anjing.[12]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1817, baka silang bull and terrier dibawa ke Amerika dan laga anjing perlahan-lahan menjadi sebahagian daripada budaya Amerika.[1] Namun, walaupun catatan sejarah tentang laga anjing di Amerika dapat bertarikh kembali ke tahun 1750-an, hanya mulai penghujung Perang Saudara (1861–1865) minat dan penyertaan meluas dalam sukan berdarah bermula di Amerika Syarikat.[3] Sebagai contoh, pada tahun 1881, landasan kereta api Mississippi dan Ohio mengiklankan tambang istimewa untuk laga anjing di Louisville; forum awam seperti Kit Burns' Tavern, "The Sportman's Hall", di Manhattan kerap menganjurkan perlawanan.[1] Kebanyakan anjing ini yang dicampak ke dalam "serling profesional" yang berkembang pesat pada tahun 1860-an berasal dari England dan Ireland — di sana rakyat telah beralih kepada anjing apabila pengumpanan lembu dan pengumpanan beruang menjadi haram di negara mereka.[3]

Pada abad ke-20 Amerika, walaupun terdapat perluasan undang-undang untuk mengharamkan laga anjing, laga anjing terus subur secara tersembunyi.[3] Yang membantu dalam pengembangan laga anjing ialah pihak polis dan bomba, yang memandang laga anjing sebagai satu bentuk hiburan dalam kalangan mereka.[3] Malah, Warta Polis berfungsi sebagai sumber rujukan untuk maklumat tentang tempat untuk menghadiri pertarungan.[3] Apabila Henry Bergh, yang memulakan American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA), menyaksikan penglibatan pihak polis dalam pertarungan ini, beliau terdorong untuk mencari dan menerima kuasa agar Ejen Penguatkuasaan Undang-undang Berperikemanusiaan ASPCA mempunyai kuasa penahanan di New York.[3] Selain itu, semakan tahun 1867 oleh Bergh terhadap undang-undang kekejaman haiwan New York menjadikan semua bentuk laga haiwan haram.[3] Walau bagaimanapun, menurut tapak web ASPCA, jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Berperikemanusiaan ASPCA telah dibubarkan dan NYPD telah mengambil alih tugasnya.[3] Semakin undang-undang diluluskan untuk mengharamkan kegiatan itu, pertubuhan berprofil tinggi, seperti United Kennel Club, yang pernah menyokong sukan ini dengan merumuskan peraturan dan menyokong pengadil, menarik balik sokongan mereka.[1]

Pada 8 Julai 2009, salah satu serbuan laga anjing terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku. Penguat kuasa undang-undang merampas lebih 350 ekor anjing, kebanyakannya pitbul, dan menahan 26 orang di lapan buah negeri. Kebanyakan anjing itu dijangkakan perlu dieutanasia, kerana pembesaran keras anjing tersebut tidak menyediakan anjing tersebut untuk penempatan semula selamat di rumah adopsi.[14][15]

Asal usul baka[sunting | sunting sumber]

Fighting Dogs oleh George Morland, sekitar 1800

Menurut seorang sarjana, Richard Strebel, asas untuk anjing laga moden berasal daripada lima jenis anjing: mastif Tibet, mastif Inggeris (yang menurunkan dogue Bordeaux, buldog, dan pug[perlu rujukan]) anjing besar Denmark (yang menurunkan anjing Broholm dan bokser), anjing Newfoundland, dan anjing Santo Bernard (yang menurunkan anjing Leonberg).[12][16]:Jadual 1 Walau bagaimanapun, Dieter Fleig tidak bersetuju dengan Strebel dan menawarkan senarai berikut sebagai penyumbang kepada asas anjing laga moden: mastif Tibet, Molossus, bullenbeisser, anjing besar Denmark, mastif Inggeris, buldog, bull and terrier, dan buldog Chincha.[12][17][16]:Jadual 1 Jenis anjing awal lain yang digunakan untuk pertarungan termasuk terier biru Paul,[18] anjing laga Córdoba,[19] dan dogo Cuba.[20]

Baka asasi anjing laga ialah, dari segi penampilan luarannya, baka besar, rendah, berat dengan binaan berkuasa, kepala yang terbentuk dengan kuat, dan suara amat mengancam.[12] Selain itu, baka asasi ini juga dibiakbakakan untuk rahang berkuasa yang membolehkannya mempertahankan dan melindungi manusia, mengalahkan dan menarik haiwan besar semasa perburuan, dan mengawal haiwan bela jinak besar dan tidak terurus.[12] Anjing ini juga kadang-kadang dilengkapi dengan plat logam, rantai, dan kolar dengan pacak tajam atau pisau bercangkuk untuk digunakan dalam peperangan sepanjang sejarah.[12]

Apabila pengumpanan lembu menjadi popular di England kerana kekurangan beruang, pengumpan lembu tidak lama kemudian sedar bahawa anjing laga besar terbina dengan terlalu berat dan terlalu perlahan untuk jenis pertempuran ini.[11] Apabila melawan lembu, anjing dilatih untuk mencengkam hidung lembu dan menumpaskan kepala lembu ke tanah.[11] Jika anjing gagal melakukan ini, lembu bakal mencampakkan anjing keluar dari gelanggang dengan tanduknya.[11] Oleh itu, orang British membuat keputusan untuk membiakbakakan anjing laga secara terpilih untuk tungkai lebih pendek dan rahang lebih berkuasa.[11] Usaha ini menghasilkan buldog lama Inggeris.[11]

Walau bagaimanapun, apabila negara mula mengharamkan pengumpanan lembu dan beruang, pelawan anjing mula melagakan anjing dengan anjing lain.[11] Dengan kelaziman pertempuran sedemikian, pelawan anjing tidak lama kemudian lagi sedar bahawa buldog adalah tidak cukup dan mula membiakbakakan buldog dengan terier untuk ciri yang lebih diingini.[11] Terier paling berkemungkinan dibiakbakakan secara bersilang dengan buldog kerana "struktur tubuh yang lasak pada umumnya", kelajuan, agresi, dan "gameness sangat berkembang".[11] Namun, terdapat perdebatan mengenai jenis terier yang dibiakbakakan dengan buldog untuk mewujudkan bull and terrier. Sebagai contoh, Joseph L. Colby mendakwa bahawa terier putih lama Inggeris menurunkan bull and terrier, manakala Rhonda D. Evans dan Craig J. Forsyth berpendapat bahawa leluhurnya ialah terier tikus.[11] Carl Semencic pula berpendapat bahawa pelbagai terier menghasilkan bull and terrier.[11]

Akhirnya, daripada pembiakbakaan silang buldog dan terier, orang Inggeris mewujudkan bulterier Staffordshire.[3][21][22] Apabila bulterier Staffordshire tiba di Amerika pada tahun 1817, orang Amerika mula membiakbakakan anjing ini secara terpilih untuk gameness dan mewujudukan pitbulterier Amerika (yang pada asalnya dikenali sebagai pitbulterier), yang merupakan baka unik kerana ketiadaan paparan ancaman ketika bertarung.[11][23][22][24] Bulterier,[25][22] bulterier Staffordshire, pitbulterier Amerika, dan terier Staffordshire Amerika[26][22][24] kesemuanya merupakan baka yang lazimnya dilabel "pitbul".[27] Hakikat bahawa pitbul dari segi sejarah dibiakbakakan untuk melawan anjing, lembu, dan beruang telah digunakan sebagai salah satu justifikasi di sesetengah bandar raya Amerika Syarikat untuk melaksanakan perundangan spesifik baka.[28] Baka lain yang pada pelbagai peringkat sejarah bakanya kadang-kadang telah digunakan sebagai pelawan termasuk anjing Akita,[29] bully kutta,[30] ca de bou,[31] dogo Argentina,[32] gull dong,[perlu rujukan] gull terrier,[perlu rujukan] mastif Napoli,[33] mastif Sepanyol,[34] presa Canaria,[35] terier Boston,[16]:Jadual 1 dan anjing Tosa.[36][37]

Aspek kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Selepas menemu duga dengan 31 orang lelaki pemilik anjing dan menghadiri 14 acara laga anjing di Amerika Syarikat Selatan, Evans, Gauthier, dan Forsyth berteori tentang perkara yang menarik lelaki kepada laga anjing.[38] Dalam kajian mereka, Evans, dll., membincangkan daya tarikan laga anjing dari segi kelelakian dan imobiliti kelas.[38] Di Amerika Syarikat, kelelakian merangkumi kualiti kekuatan, agresi, persaingan, dan usaha untuk kejayaan. Dengan menjelmakan ciri-ciri ini, lelaki dapat memperoleh kehormatan dan status dalam masyarakatnya.[38] Namun, pekerjaan kelas pekerja, tidak seperti pekerjaan kelas pertengahan atau kelas atasan, memberikan peluang terbatas untuk mengesahkan takrifan kelekakikan yang diterima secara budaya ini.[38] Jadi, lelaki kelas pekerja mencari cara alternatif untuk mengesahkan kelelakian mereka dan memperoleh kehormatan dan status. Salah satu cara untuk melakukan ini adalah melalui laga anjing.[38] Ini disokong oleh penemuan oleh Evans, dll.: majoriti lelaki pemilik anjing yang komited kebanyakannya tergolong dalam kelas pekerja, manakala kelas pertengahan dan kelas atasan hampir tidak diwakili.[38] Lelaki daripada kelas pertengahan dan kelas atasan mempunyai peluang untuk menyatakan kelelakian mereka melalui pekerjaan mereka; Oleh itu, laga anjing hanyalah hobi untuk mereka sambil memainkan peranan penting dalam kehidupan lelaki kelas pekerja.[38]

Selain kenikmatan daripada sukan dan status, orang ramai juga tertarik dengan laga anjing kerana wang.[3] Malah, laga anjing rata-rata semudahnya dapat menjana lebih banyak wang daripada rompakan bersenjata atau siri transaksi dadah terasing.[39]

Haiwan umpan[sunting | sunting sumber]

Haiwan "umpan" ialah haiwan yang digunakan untuk menguji naluri pertarungan anjing; haiwan ini kerap didera atau dibunuh dalam proses itu. Banyak kaedah pelatihan melibatkan penyeksaan dan pembunuhan haiwan lain.[39] Selalunya haiwan "umpan" ialah haiwan peliharaan yang dicuri seperti anak anjing, anak kucing, arnab, anjing kecil, dan juga haiwan ternakan (pitbul yang diperoleh oleh gelanggang laga anjing yang kelihatan pasif atau kurang dominan).[40] Sumber lain untuk haiwan umpan termasuk haiwan liar atau jalang, haiwan yang diperoleh dari tempat perlindungan, atau haiwan yang diperoleh daripada iklan "percuma untuk rumah baik".[41] Muncung haiwan umpan kerap dibalut dengan pita pelekat untuk mengelakkannya daripada melawan balik dan ia digunakan dalam sesi latihan untuk meningkatkan daya tahan, kekuatan, atau keupayaan pertarungan anjing.[42] Gigi pada haiwan umpan juga mungkin dipatahkan untuk menghalangnya daripada melawan balik.[40] Jika haiwan umpan masih hidup selepas sesi latihan, ia biasanya diserahkan kepada anjing sebagai ganjaran dan anjing tersebut selesai membunuhnya.[39]

Jenis pelawan anjing[sunting | sunting sumber]

Pelawan jalanan[sunting | sunting sumber]

Dengan perkaitan kerap dengan kegiatan geng, pelawan jalanan melagakan anjing kerana penghinaan, pencerobohan wilayah, atau ejekan ringkas seperti "anjing aku mampu membunuh anjing engkau".[3] Pergaduhan sebegini kerap spontan; tidak teratur; dijalankan untuk wang, dadah, atau hak bercakap besar; dan berlaku di sudut jalan, di lorong belakang, dan di taman permainan kejiranan.[3] Pelawan jalanan bandar pada umumnya mempunyai beberapa ekor anjing yang berantai di halaman belakang, kerap di belakang pagar privasi, atau di ruang bawah tanah atau di garaj.[43] Selepas perlawanan jalanan, anjing kerap ditemukan oleh pihak polis dan pegawai kawalan haiwan sama ada dalam keadaan mati atau nazak.[3] Oleh sebab kespontanan dan kerahsiaan perlawanan jalanan, acara ini sangat sukar untuk dihadapi melainkan dilaporkan dengan segera.[3]

Pelawan hobi dan profesional kerap mengecam teknik yang digunakan oleh pelawan jalanan untuk melatih anjing mereka.[3] Teknik sedemikian termasuk pembuluran, pemaksaan dadah, dan penderaan fizikal terhadap anjing.[3]

Pelawan hobi[sunting | sunting sumber]

Pelawan hobi melagakan anjing untuk tujuan pendapatan sampingan dan hiburan.[3] Mereka biasanya mempunyai seekor anjing atau lebih yang menyertai beberapa pertarungan teratur dan berurusan terutamanya dalam rangkaian geografi tertentu.[3] Pelawan hobi juga berkenalan antara satu sama lain dan cenderung untuk kembali ke tempat pertarungan yang ditetapkan berulang kali.[43]

Pelawan profesional[sunting | sunting sumber]

Pelawan profesional membiakbakakan "anjing game" berkemahiran secara bergenerasi dan sangat berbangga dengan zuriat anjing mereka.[43] Pelawan ini membuat sejumlah besar wang dengan mengenakan yuran bapa anjing untuk membiakbakakan juara mereka, sebagai tambahan kepada yuran dan kemenangan yang dikumpulkan untuk melagakan anjing mereka.[43] Mereka juga cenderung untuk memiliki sejumlah besar anjing — kadang-kadang 50 ekor atau lebih.[3] Pelawan profesional juga menggunakan jurnal perdagangan, seperti Your Friend and Mine, Game Dog Times, The American Warrior, dan The Pit Bull Chronicle untuk membincangkan perlawanan terkini dan untuk mengiklankan jualan peralatan pelatihan dan anak anjing. Sesetengah pelawan berurusan di peringkat kebangsaan atau malah peringkat antarabangsa dalam rangkaian sangat rahsia.[43] Apabila anjing tidak berjaya dalam perlawanan, pelawan profesional mungkin menyingkirkannya dengan menggunakan pelbagai teknik seperti pelemasan, pencekikan, penggantungan, tembakan pistol, pembunuhan dengan renjatan elektrik, atau kaedah lain.[3] Kadang-kadang pelawan profesional dan pelawan hobi menyingkirkan anjing yang dianggap agresif terhadap manusia kepada pelawan jalanan.[3]

Kegiatan geng dan jenayah[sunting | sunting sumber]

Laga anjing ialah feloni di kesemua 50 buah negeri di Amerika Syarikat, di Daerah Columbia, di Puerto Rico, dan di Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.[44] Walaupun statut-statut laga anjing wujud secara bebas daripada statut-statut antikekejaman umum dan memperuntukan penalti-penalti lebih berat berbanding dengan statut-statut antikekejaman umum negeri, seseorang boleh didakwa di bawah kedua-duanya atau boleh didakwa di bawah salah satu, tetapi bukan yang lagi satu — bergantung pada bukti.[44] Sebagai tambahan kepada pertuduhan feloni untuk laga anjing, 48 buah negeri dan Daerah Columbia mempunyai peruntukan dalam statut-statut laga anjing masing-masing yang sejelasnya melarang kehadiran sebagai penonton di pameran laga anjing.[45] Memandangkan Montana dan Hawaii tidak mempunyai peruntukan sedemikian, seseorang boleh membayar yuran kemasukan untuk menonton laga anjing di salah sebuah daripada kedua-dua buah negeri dan tidak disabitkan di bawah statut-statut ini. Selain itu, 46 buah negeri dan Daerah Columbia menjadikan keberadaan dalam kehadiran, pemilikan, atau pemeliharaan anjing laga sebagai feloni.[46]

Walaupun laga anjing terlihat sebelum ini sebagai isu kebajikan haiwan terasing — dan, oleh itu, jarang dikuatkuasakan, dekad terakhir telah menghasilkan kumpulan bukti undang-undang dan empirikal yang semakin membesar yang telah mendedahkan hubungan antara laga anjing dengan jenayah lain dalam sesebuah komuniti, seperti jenayah terancang, percatutan, pengedaran dadah, dan/atau geng.[47] Dalam komuniti geng, anjing laga bersaing dengan senjata api sebagai senjata pilihan; sesungguhnya, utiliti serba gunanya dapat dikatakan mengatasi utiliti senjata api berpeluru dalam suasana jenayah tersembunyi. Pengedar dadah mengedarkan barangan haram mereka, pertaruhan dibuat, senjata disembunyikan, dan anjing mencacatkan satu sama lain dalam kegilaan berdarah sambil orang ramai bersorak untuk anjing tersebut.[43] Keganasan kerap meletus sesama penjudi yang biasanya bersenjata apabila hutang hendak dikutip dan dibayar.[43] Terdapat juga kebimbangan untuk kanak-kanak yang secara rutin terdedah kepada laga anjing dan terpaksa menerima keganasan sedia ada sebagai perkara biasa.[48] Pendedahan rutin kanak-kanak kepada penderaan dan pengabaian haiwan tanpa batasan ialah faktor penyumbang utama dalam penjelmaan penyelewengan sosial mereka kemudiannya.[48]

Kebajikan dan hak haiwan[sunting | sunting sumber]

Pembela haiwan menganggap laga anjing sebagai salah satu bentuk penderaan haiwan paling serius, bukan hanya kerana keganasan yang diharungi oleh anjing semasa perlawanan dan selepas perlawanan, tetapi kerana penderitaan yang kerap dialami dalam latihan, yang akhirnya dapat membawa kepada kematian.[perlu rujukan]

Menurut pemfailan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Richmond oleh para penyiasat persekutuan di Virginia, yang diperoleh di bawah Akta Kebebasan Maklumat dan diterbitkan oleh The Baltimore Sun pada 6 Julai 2007, anjing kalah atau anjing yang potensinya dianggap tidak boleh diterima menghadap kemungkinan "pembunuhan dengan pelemasan, pencekikan, penggantungan, tembakan pistol, pembunuhan dengan renjatan elektrik, atau kaedah lain".[49] Sesetengah pelatihan anjing laga mungkin melibatkan penggunaan haiwan kecil (termasuk anak kucing) sebagai mangsa untuk anjing.[perlu rujukan]

Status perundangan[sunting | sunting sumber]

Undang-undang mengenai laga anjing (pembiakbakaan, penganjuran, dan kehadiran) di seluruh dunia:
  Larangan seluruh negara terhadap laga anjing
  Sesetengah larangan bahagian negara terhadap laga anjing
  Laga anjing sah
  Tiada data

Laga anjing telah menjadi popular di banyak negara sepanjang sejarah dan terus diamalkan secara sah dan secara tidak sah di seluruh dunia. Pada abad ke-20 dan abad ke-21, laga anjing semakin menjadi kegiatan yang menyalahi undang-undang di kebanyakan bidang kuasa di dunia, walaupun pada hakikatnya dalam amalan kebudayaan, ini mungkin perkara lazim.[perlu rujukan]

Laga anjing adalah haram di seluruh Kesatuan Eropah dan kebanyakan negara Amerika Selatan.[50] Pitbulterier Amerika ialah baka paling lazim yang terlibat dalam sukan berdarah setakat ini. Dogo Cuba dan anjing laga Córdoba digunakan untuk pertarungan seabad lalu, tetapi kedua-dua baka ini telah pupus.[perlu rujukan]

Afghanistan[sunting | sunting sumber]

Sebelum ini dilarang oleh Taliban semasa pemerintahan mereka, laga anjing telah membuat kebangkitan semula di seluruh Afghanistan sebagai hobi lazim hujung minggu musim sejuk, terutamanya di Kabul, yang mempunyai perlawanan yang awam dan kerap dikawal oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan kepada penonton. Anjing tidak dilagakan sehingga mati, tetapi sehingga menyerah.[51]Templat:Update inline

Afrika Selatan[sunting | sunting sumber]

Laga anjing telah diisytiharkan haram di Republik Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, sukan ini masih sangat popular di dunia bawah tanah, sebagai jenayah sangat bersindiket dan tersusun. NSPCA (National Council of SPCAs) ialah pertubuhan kebajikan haiwan terbesar di Afrika dan kekal sebagai pertubuhan yang paling banyak melakukan serbuan dan pembongkaran, dengan yang paling terkini pada tahun 2013, yang melibatkan 18 orang yang ditangkap dan 14 ekor anjing. Laga anjing diamalkan di seluruh negara, di kawasan perbandaran yang mempunyai geng dan dadah yang kebanyakannya dikaitkan dengan laga anjing.[perlu rujukan]

Laga anjing telah didokumentasikan dengan baik di Afrika Selatan, khususnya di rantau Stellenbosch di Western Cape. Stellenbosch Animal Welfare Society (AWS; "Persatuan Kebajikan Haiwan Stellenbosch") kerap bergerak balas terhadap aduan tentang laga anjing malam di bandar Cloetesville, yang melibatkanya ratusan anjing yang bertarung. Kanak-kanak kecil mungkin digunakan untuk mengangkut anjing laga untuk mengelakkan penangkapan pemiliknya.[52][53]

Kes laga anjing Tsakane[sunting | sunting sumber]

Pada November 2013, NSPCA menahan 18 orang suspek yang ditangkap semasa melakukan tindakan laga anjing haram di Tsakane di East Rand. Suspek ditangkap dan didakwa atas laga anjing haram. Laga anjing ialah kesalahan jenayah dan boleh didakwa di Afrika Selatan. 14 ekor anjing jenis pitbul dirampas daripada hartanah dan digunakan untuk tujuan pertarungan. Sesetengah anjing itu cedera parah akibat pertarungan dan terpaksa dieutanasia secara berperikemanusiaan.[54] Pada 5 Februari 2018, keputusan bersalah dijatuhkan ke atas 17 orang suspek oleh Majistret memimpin di Mahkamah Rantauan Nigel. 10 orang lelaki didapati bersalah kerana menjadi penonton dalam laga anjing ini dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun di bawah tahanan rumah ketat (Benedict Ngcobo, Gift Nkabinde, Sabelo Mtshali, Thabiso Mahlangu, Bongani Skakane, Lehlohonolo Nomadola, Thulane Dhlosi, Mxolisi Khumalo, Nkosana Masilela Sipho Masombuka). Kesemua lelaki bersabit didapati tidak layak memiliki senjata api dan didapati tidak layak memiliki anjing dan, jika didapati memiliki anjing, akan dikenakan hukuman penjara 12 bulan terus. Sebagai lanjutan kepada keadaan tahanan rumah yang mengubah kehidupan, 10 orang penonton juga dijatuhi hukuman 360 jam khidmat masyarakat dan sejumlah R50 000 yang perlu dibayar kepada NSPCA. Sepanjang perbicaraan ini, salah seorang daripada yang tertuduh memilih untuk mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman R20 000 atau pemenjaraan 20 bulan, yang digantung selama lima tahun dengan syarat agar dia tidak melakukan kesalahan semula.[55]

Albania[sunting | sunting sumber]

Laga anjing telah menjadi sah di Albania selama lebih daripada 25 tahun dalam perlawanan profesional.[7]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Laga anjing ialah feloni di kesemua 50 buah negeri Amerika Syarikat, serta di Daerah Columbia, di Puerto Rico, dan di Kepulauan Virgin Amerika Syarikat.[44] Di kebanyakan Amerika Syarikat, penonton dalam laga anjing boleh didakwa dengan feloni, manakala sesetengah kawasan hanya menganggapnya sebagai kesalahan ringan. Di samping itu, Akta Kebajikan Haiwan persekutuan Amerika Syarikat melarang mana-mana orang untuk secara sedar menjual, membeli, memiliki, melatih, mengangkut, mengirimkan, atau menerima mana-mana anjing untuk tujuan agar anjing itu menyertai usaha laga haiwan. Akta itu juga melarang mana-mana orang daripada menggunakan perkhidmatan surat Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat atau mana-mana alat perdagangan antara negeri untuk ucapan komersial dengan sengaja bagi tujuan pengiklanan anjing untuk kegunaan dalam usaha laga haiwan, mempromosikan atau dengan apa-apa cara lain melanjutkan usaha laga haiwan, kecuali yang dilakukan di luar batas negeri-negeri Amerika Syarikat.[56]

Dalam serbuan laga anjing kedua terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat pada Ogos 2013, Mahkamah Daerah Amerika Syarikat untuk Daerah Tengah Alabama menjatuhkan hukuman penjara paling lama yang pernah dijatuhkan dalam kes laga anjing persekutuan: lapan tahun.[57]

Menurut kajian Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan yang diterbitkan pada tahun 2005, di Amerika Syarikat, laga anjing pernah benar-benar sah dan disokong dan digalakkan semasa zaman Kolonial melalui zaman Victoria dan sehingga abad ke-20. Pada separuh kedua abad ke-19, laga anjing mula dijenayahkan di Amerika Syarikat.[perlu rujukan]

Terdapat ganjaran AS$5,000 untuk melaporkan laga anjing kepada Humane Society of the United States[58] Daripada HSUS: Cara untuk mengesan tanda-tanda laga anjing dalam komuniti anda: sejumlah besar anjing jenis pitbul yang dibela di satu lokasi, terutamanya berbilang anjing yang dirantai dan kelihatan tidak tersosialisasi; anjing dengan parut pada muka, tungkai hadapan, dan di kawasan stifel (hujung belakang dan paha); peralatan pelatihan laga anjing, seperti "kayu patah" yang digunakan untuk mengangakan rahang anjing yang terkunci dalam pertarungan, yang sepanjang satu kaki, rata pada satu sisi dan kelihatan terasah; tayar atau "tiang spring" (biasanya spring besar dengan tali yang terikat pada kedua-dua hujungnya) yang tergantung pada dahan pokok; atau lalu lintas pejalan kaki luar biasa yang datang dan pergi dari lokasi pada waktu ganjil.

CNN pada tahun 2007 menganggarkan bahawa di Amerika Syarikat, lebih daripada 100,000 orang terlibat dalam laga anjing secara bukan profesional dan kira-kira 40,000 orang individu terlibat sebagai profesional dalam sukan laga anjing sebagai kegiatan komersial. Pertarungan teratas dikatakan melibatkan wang sebanyak $100,000 atau lebih.[59]

Argentina[sunting | sunting sumber]

Perkara 3.8 Undang-undang 14.346 mengenai Penganiayaan dan Perbuatan Kezaliman terhadap Haiwan 1954 sejelasnya melarang 'penganjuran awam atau persendirian bagi laga haiwan, laga lembu, atau parodi [bagi laga-laga tersebut], yang dalamnya haiwan terbunuh, tercedera, atau terganggu.'[60]

Australia[sunting | sunting sumber]

Laga anjing dan pemilikan sebarang peralatan laga yang direka untuk laga anjing adalah haram di semua negeri dan wilayah di Australia.[61] Sifat laga anjing yang menyalahi undang-undang di Australia bermakna bahawa anjing tercedera jarang mendapatkan rawatan veterinar, yang meletakkan kesihatan dan kebajikan anjing berkenaan pada risiko lebih besar.[61] "Anjing Baka Terbatas" tidak boleh diimport ke Australia. Ini termasuk dogo Argentina, anjing Tosa, fila Brazil, presa Canaria, dan pitbulterier Amerika. Daripada baka-baka ini, pitbulterier Amerika dan presa Canaria merupakan baka-baka yang diketahui wujud di Australia pada masa ini dan terdapat peraturan ketat tentang pemeliharaan baka ini, termasuk larangan pemindahan hak milik.[62]

Bolivia[sunting | sunting sumber]

Bolivia meluluskan undang-undang pada tahun 2003 atau tahun 2004 yang menjenayahkan laga anjing.[63]

Brazil[sunting | sunting sumber]

Di Brazil, Dekri Persekutuan 24.645 yang diisytiharkan pada tahun 1934 oleh presiden Getúlio Vargas secara khusus melarang daripada 'menyebabkan haiwan berlaga dengan yang lain'.[64] Selain itu, perkara 32 Undang-undang Jenayah Alam Sekitar Persekutuan (9.605 dari 12 Februari 1998) melarang penderaan dan kekejaman terhadap haiwan di bawah penalti pemenjaraan dari tiga bulan hingga satu tahun, dan denda.[65][64]

China[sunting | sunting sumber]

Laga anjing diizinkan di bawah undang-undang China, walaupun perjudian kekal terlarang.[66]

Costa Rica[sunting | sunting sumber]

Di Costa Rica, laga anjing adalah haram selama berdekad-dekad sebagai kesalahan ringan; sejak tahun 2014 dan selepas reformasi undang-undang, laga anjing menjadi feloni dan dikenakan hukuman sehingga tiga tahun pemenjaraan.[67][68]

Emiriah Arab Bersatu[sunting | sunting sumber]

Laga anjing adalah haram di Emiriah Arab Bersatu menurut Undang-undang Persekutuan Bil. 16 Tahun 2007 mengenai kebajikan haiwan dan pindaan-pindaannya dalam Undang-undang Persekutuan Bil. 18 Tahun 2016. Laga ini dianggap sebagai 'tindakan kekejaman terhadap haiwan' yang boleh dikenakan hukuman sama ada dengan pemenjaraan bagi tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau denda 200,000 dirham Emiriah Arab Bersatu, atau kedua-duanya.[69]

Filipina[sunting | sunting sumber]

Laga anjing adalah haram di Filipina dan mereka yang terlibat disabitkan di bawah undang-undang kekejaman terhadap haiwan.[70]

Guatemala[sunting | sunting sumber]

Perkara 62 §h dekri bil. 5-2017 – Akta Perlindungan dan Kebajikan Haiwan Guatemala, yang digubal pada April 2017, sejelasnya melarang promosi, penyertaan, dan penganjuran pertunjukan yang menyertakan pertarungan sesama anjing.[71]

Honduras[sunting | sunting sumber]

Laga anjing telah menjadi popular sebelum ini selama berdekad-dekad dalam kalangan penduduk termiskin di Honduras. Anjing pilihan paling lazim untuk para jurulatih ialah pitbulterier Amerika. Perlawanan dilangsungkan di bandar-bandar terpencil di Tegucigalpa, dengan pertarungan yang berlangsung di dalam serling pasir ringkas yang dikelilingi oleh bangku, kerap dengan hanya beberapa dozen penonton. Laga anjing adalah lebih kepada hobi tontonan untuk mereka yang hidup dalam kemiskinan berbanding dengan bentuk perjudian untuk penduduk tempatan.[72]

Pada 12 November 2015, Kongres Kebangsaan Honduras meluluskan Akta Kebajikan Haiwan yang melarang penggunaan dan pemilikan anjing laga. Sesiapa yang didapati melibatkan anjing kepada, membantu dalam pengurusan atau pengajuran sebarang bentuk pelatihan, perlawanan, atau program pembiakbakaan laga anjing boleh dipenjarakan selama 3–6 tahun.[73]

India[sunting | sunting sumber]

Laga anjing berleluasa di sesetengah bahagian di India, khususnya di negeri Haryana.[74] Amalan ini menyalahi undang-undang di bawah Akta Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan, 1960.[75]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Anjing laga Jepun, anjing Tosa

Menurut dokumen sejarah, Hōjō Takatoki, iaitu shikken (pemangku syogun) ke-14 Kesyogunan Kamakura diketahui terobsesi dengan laga anjing, sehingga beliau mengizinkan agar samurai beliau membayar cukai dengan anjing. Semasa tempoh ini, laga anjing dikenali sebagai inuawase (犬合わせ).[perlu rujukan]

Laga anjing dianggap sebagai cara untuk samurai mengekalkan kelebihan agresif mereka semasa zaman aman. Beberapa orang daimyō (tuan feudal), seperti Chōsokabe Motochika] dan Yamauchi Yōdō, kedua-duanya dari Wilayah Tosa (kini Wilayah Kōchi), diketahui menggalakkan laga anjing. Laga anjing juga popular di Wilayah Akita, yang merupakan asal usul baka anjing Akita.[perlu rujukan]

Laga anjing berkembang di Kōchi menjadi suatu bentuk yang dipanggil tōken (闘犬). Di bawah peraturan moden, anjing bertarung di dalam gelanggang berpagar sehingga salah seekor anjing menyalak, mengongoi, atau kehilangan semangat untuk bertarung. Pemilik diizinkan untuk mengaku kalah dan perlawanan dihentikan jika doktor menilai bahawa perlawanan adalah terlalu berbahaya. Keputusan seri biasanya berlaku apabila kedua-dua anjing tidak melawan atau kedua-dua anjing bertarung sehingga had masa. Terdapat pelbagai peraturan lain, termasuk peraturan yang menyatakan bahawa seekor anjing kalah jika mencuba untuk bersanggama. Anjing juara dipanggil yokozuna, seperti dalam sumo. Laga anjing tidak diharamkan di peringkat kebangsaan, tetapi Wilayah Tokyo, Wilayah Kanagawa, Wilayah Fukui, Wilayah Ishikawa, Wilayah Toyama, dan Wilayah Hokkaidō kesemuanya melarang amalan ini.[76] Buat masa ini, kebanyakan anjing laga di Jepun melibatkan baka anjing Tosa, yang asli di Kōchi.[perlu rujukan]

Kanada[sunting | sunting sumber]

Laga anjing telah menjadi haram di Kanada sejak tahun 1892; walau bagaimanapun, undang-undang semasa memerlukan agar pihak polis menangkap individu semasa perbuatan yang menyalahi undang-undang itu, yang kerap sukar.[77]

Kesatuan Eropah[sunting | sunting sumber]

Laga anjing adalah haram di seluruh Kesatuan Eropah.[50]

Bulgaria[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2019, penyiasatan oleh Hidden-in-Sight untuk League Against Cruel Sports ("Liga Menentang Sukan Kejam") dan BBC menyerlahkan perdagangan global bagi anjing laga yang berpusat di Bulgaria.[78] Selepas itu, pada bulan April, serbuan berlangsung sehingga 58 orang ditangkap di tapak dua serling laga.[79]

Greece[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2018, Vice.Gr mengeluarkan pendedahan tentang laga anjing di Greece dan di Balkan. Ini merangkumi perkaitan laga anjing dengan kumpulan terancang serius di negara itu. Liputan ini dinasihatkan oleh Hidden-in-Sight.[80]

Ireland[sunting | sunting sumber]

Laga anjing telah menyalahi undang-undang di Ireland selama lebih daripada 150 tahun, walaupun sukan ini masih popular di lingkungan bawah tanah.[81]

Korea Selatan[sunting | sunting sumber]

Laga anjing adalah haram di Korea Selatan.[50]

Kuwait[sunting | sunting sumber]

Laga anjing menjadi haram di Kuwait serta penderaan haiwan seperti yang dinyatakan "Undang-undang menetapkan penalti pemenjaraan sehingga satu tahun dan denda sebanyak KD 1,000 bagi sesiapa yang mendera, mengabaikan, atau menawarkan haiwan untuk dijual".[82]

Maghribi[sunting | sunting sumber]

Sesetengah baka anjing yang sebelum ini diimport dari Perancis di pasaran gelap kini dilarang. Walau bagaimanapun, laga anjing sebagai kegiatan tidak dilarang secara khusus.[83]

Mexico[sunting | sunting sumber]

Laga anjing menjadi haram di Mexico pada 24 Jun 2017.[84][85]

New Zealand[sunting | sunting sumber]

Selaras dengan Akta Kebajikan Haiwan 1999, laga anjing adalah haram di New Zealand. Pembiakbakakan, pelatihan, atau pemilikan anjing untuk laga juga adalah haram.[86]

Pakistan[sunting | sunting sumber]

Walaupun baru-baru ini telah dilarang oleh undang-undang, sukan ini masih diamalkan di luar bandar Pakistan, terutamanya di wilayah seperti Punjab, Azad Kashmir, Sindh, dan Khyber Pakhtoonkhwa. Kini Karachi ialah bandar raya paling popular tentang laga pitbul dengan peraturan tersusun. Terdapat sebanyak berjuta-juta rupee yang dipertaruhkan untuk pemilik anjing pemenang,[87] maka baka berlainan telah dibiakbakakan dengan teliti dan dipilih secara khusus untuk tujuan tersebut, seperti bully kutta.[perlu rujukan]

Panama[sunting | sunting sumber]

Undang-undang 308 mengenai Perlindungan Haiwan diluluskan oleh Dewan Undangan Kebangsaan Panama pada 15 Mac 2012. Perkara 7 undang-undang itu menyatakan: 'Laga anjing, perlumbaan haiwan, laga lembu – sama ada gaya Sepanyol atau Portugis – pembiakbakaan, kemasukan, kekekalan, dan operasi di wilayah kebangsaan bagi semua jenis sarkas atau pertunjukan sarkas yang menggunakan haiwan terlatih daripada mana-mana spesies, adalah dilarang.' Lumba kuda dan sabung ayam dikecualikan daripada larangan itu.[88]

Paraguay[sunting | sunting sumber]

Penganjurkan pertarungan sesama semua haiwan, di tempat awam dan di tempat persendirian, adalah dilarang di Paraguay di bawah Undang-undang Bil. 4840 mengenai Perlindungan dan Kebajikan Haiwan, yang diisytiharkan pada 28 Januari 2013. Khususnya:

  • 'Penggunaan haiwan dalam pertunjukan, pertarungan, perayaan popular, dan kegiatan lain yang membayangkan kekejaman atau penganiayaan, yang dapat menyebabkan kematian, penderitaan, atau menjadikannya objek perlakuan tidak semula jadi dan tidak wajar' adalah dilarang (Perkara 30).
  • 'Pelatihan haiwan bela jinak untuk menjalankan pertarungan berprovokasi, dengan matlamat untuk mengadakan pertunjukan awam atau persendirian' dianggap sebagai 'tindakan penganiayaan'. (Perkara 31)
  • 'Penggunaan haiwan dalam pertunjukan, pertarungan, perayaan popular, dan kegiatan lain yang membayangkan kekejaman atau penganiayaan, yang mungkin menyebabkan kematian, penderitaan, atau menjadikannya tertakluk kepada layanan tidak semula jadi atau memalukan' dianggap sebagai 'pelanggaran sangat serius' (Perkara 32), yang boleh dikenakan hukuman antara 501 dengan 1500 gaji harian minimum (jornales mínimos, Perkara 39), dan pelaku boleh dihalang daripada 'memperoleh atau memiliki haiwan lain selama tempoh yang mungkin sehingga 10 tahun' (Perkara 38).[89]

Rusia[sunting | sunting sumber]

Walaupun undang-undang kekejaman terhadap haiwan wujud di Rusia, laga anjing diamalkan secara meluas. Undang-undang yang melarang laga anjing telah diluluskan di tempat tertentu seperti Moscow atas perintah datuk bandar di sana. Di kebanyakan bahagian Rusia, laga anjing diadakan secara sah, pada umumnya dengan menggunakan anjing gembala Kaukasus, anjing gembala Georgia, dan anjing gembala Asia Tengah. Ujian perangai, iaitu bentuk laga anjing lazim dan agak ringan yang digunakan untuk tujuan pembiakbakaan, adalah agak lazim. Kebanyakan laga anjing merupakan pertandingan tradisional yang digunakan untuk menguji stamina dan keupayaan anjing pekerja yang digunakan untuk melindungi haiwan ternakan. Tidak seperti pertarungan dengan pitbul dan baka laga yang lain, doktor haiwan sentiasa hadir, pertandingan tidak pernah berlangsung sehingga kematian, dan kecederaan serius adalah sangat jarang. Kebanyakan pertarungan berakhir dalam beberapa minit apabila ada kejelasan tentang anjing yang lebih unggul. Pada penghujung tiga pusingan, pertandingan diisytiharkan seri.[90]

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Menurut Perkara 10 Undang-undang Perlindungan Haiwan Taiwan, sebarang "pertarungan sesama haiwan atau antara haiwan dengan orang melalui perjudian, hiburan, operasi, pengiklanan, dan tujuan tidak sah secara langsung atau tidak langsung" adalah dilarang dan boleh dikenakan denda antara NT$50,000 hingga NT$250,000.[91]

United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Laga anjing kekal menyalahi undang-undang di bawah undang-undang United Kingdom.[92] Walaupun terdapat pendakwaan berkala bagi laga anjing, walau bagaimanapun, pertempuran serling anjing haram berterusan selepas Akta Kekejaman terhadap Haiwan 1835 di England dan di Wales.[93] Akta Perlindungan Haiwan 1911 adalah khusus dalam pelarangan "laga atau pengumpanan haiwan".[94]

Jurnal sukan abad ke-18 dan abad ke-19 menggambarkan Black Country dan London sebagai pusat utama aga anjing Inggeris pada zaman itu.[95]

Pada 13 Februari 2019, BBC News mengeluarkan pendedahan tentang laga anjing global dengan pautan kuat dengan United Kingdom.[96] Penyiasatan bermula pada Jun 2016, dikendalikan oleh Hidden-in-Sight untuk League Against Cruel Sports ("Liga Menentang Sukan Kejam"), dan kemudian dengan BBC. Pendedahan itu tertumpu pada kumpulan laga anjing dari Bulgaria, yang telah mengirimkan anjing laga ke seluruh dunia ke lebih daripada 20 buah negara. Pendedahan ini ialah bahagian terakhir bagi kempen Project BLOODLINE yang didirikan untuk meningkatkan kesedaran tentang sukan kejam ini, pilihan hukuman lemah di United Kingdom buat masa ini, dan menunjukkan cara jenayah haiwan berkait rapat dengan keutamaan kepolisan sedia ada.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Espejo, Esther (2023). "Case report: First criminal conviction of dog fighting in Brazil: an international network organization". Fronitiers in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). 10. doi:10.3389/fvets.2023.1327436. PMC 10800658 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38260207 Check |pmid= value (bantuan).
  • Loeb, Josh (2024). "UK dog fighting ring had cross-Channel reach". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 194 (8): 292–293. doi:10.1002/vetr.4166. PMID 38639257 Check |pmid= value (bantuan).
  • Pierpoint, Harriet (2018). "Dog fighting: a role for veterinary professionals in tackling a harmful and illegal practice". Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). 183 (18): 563–566. doi:10.1136/vr.k4527. PMID 30413580.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Gitson, Hannah (2005). "Quick Summary of Dog Fighting". Animal Legal and Historical Center (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2015. Dicapai pada 22 Mei 2024.
  2. ^ Gibson 2005, section 1C.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v Boucher, B.G. (2011). Pitt Bulls: Villains or Victims? Underscoring Actual Causes of Societal Violence (dalam bahasa Inggeris). Lana'i City, Hawaii, Amerika Syarikat: Puff & Co Publishing. ISBN 978-0-9826964-7-7.
  4. ^ a b Forsyth, Craig J; Evans, Rhonda D (1998). "Dogmen: The Rationalization of Deviance" (PDF). Society and Animals (dalam bahasa Inggeris). 6 (3): 203–218. doi:10.1163/156853098x00159. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Mac 2021. Dicapai pada 22 Mei 2024.
  5. ^ "Sir Edwin Landseer" (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia, Amerika Syarikat: Muzium Seni Philadelphia. 4 Oktober 1981 – melalui Internet Archive.
  6. ^ Gibson 2005, section 3.
  7. ^ a b "Peshkopi, qeni fitues quhet... Obama" (dalam bahasa Albania). Dita. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Jun 2014. Dicapai pada 22 Mei 2024.
  8. ^ "Dogfighting latest Hobby of 'New Russians'". Russia Today (dalam bahasa Inggeris). Moscow, Rusia. 8 Februari 1999.
  9. ^ a b c d e Villavicencio, Monica (19 Julai 2007). "A History of Dogfighting". NPR (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2018. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  10. ^ Favre, David (16 Mei 2011). Animal Law: Welfare, Interests, and Rights (dalam bahasa Inggeris). Frederick, MD: Wolter Kluwer Law and Business. ISBN 978-1-4548-3398-7. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  11. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t Massey, Wil (2012). Bloodsport and the Michael Vick Dogfighting Case: A Critical Cultural Analysis (Tesis) (dalam bahasa Inggeris). East Tennessee University. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Mei 2024. (tesis sarjana tidak diterbitkan)
  12. ^ a b c d e f g h i j Fleig, Dieter (1996). The History of Fighting Dogs (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications.
  13. ^ Gibson 2005, section 2.
  14. ^ "Inside America's Biggest Dog-Fighting Bust" (dalam bahasa Inggeris). 9 Julai 2009.
  15. ^ "Historic Eight-State Dog Fighting Raid—July 2009". ASPCA (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2015. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  16. ^ a b c Hecht, Erin E.; Smaers, Jeroen B. (2019). "Significant Neuroanatomical Variation Among Domestic Dog Breeds" (PDF). The Journal of Neuroscience (dalam bahasa Inggeris). 39 (39): 7748–7758. doi:10.1523/JNEUROSCI.0303-19.2019. PMC 6764193. PMID 31477568. S2CID 201804417.
  17. ^ Morris (2001), m/s. 346.
  18. ^ Morris (2001), m/s. 348.
  19. ^ Morris (2001), m/s. 352.
  20. ^ Morris (2001), m/s. 369.
  21. ^ Fogle (2009), m/s. 181.
  22. ^ a b c d Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L. (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development". Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. PMC 5492993. PMID 28445722.
  23. ^ Fogle (2009), m/s. 176.
  24. ^ a b Lockwood, Randall (2013). Shelter Medicine for Veterinarians and Staff (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Dicapai pada 23 Mei 2024.
  25. ^ Fogle (2009), m/s. 182.
  26. ^ Alderton (1987), m/s. 32–33.
  27. ^ staff (2005). "Melvindale.Michigan BSL" (dalam bahasa Inggeris). Animal Legal and Historical Center di Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2013. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  28. ^ staff (2005). "Breed Specific Legislation: Related Ordinances" (dalam bahasa Inggeris). Animal Legal and Historical Center di Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 November 2013. Dicapai pada 22 Mei 2013.
  29. ^ Morris (2001), m/s. 357–358.
  30. ^ Symonds, Tom (24 Mei 2016). "Street dog fighting crackdown urged" (dalam bahasa Inggeris). BBC. Dicapai pada 23 Mei 2024.
  31. ^ Morris (2001), m/s. 355.
  32. ^ Fogle (2009), m/s. 248.
  33. ^ Fogle (2009), m/s. 249.
  34. ^ Alderton (1987), m/s. 102.
  35. ^ Morris (2001), m/s. 351–352.
  36. ^ Alderton (1987), m/s. 106–107.
  37. ^ Matsuu, Aya; Kawabe, Akemi (2004). "Incidence of Canine Babesia gibsoni Infection and Subclinical Infection among Tosa dogs in Aomori Prefecture, Japan". Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). 66 (8): 893–897. doi:10.1292/jvms.66.893. PMID 15353837. S2CID 26621025.
  38. ^ a b c d e f g Iliopoulou, Maria A.; Rosenbaum, Rene P. "Understanding Blood Sports". Journal of Animal & Natural Resource Law (dalam bahasa Inggeris). 9: 125–140.
  39. ^ a b c Gibson, Hannah. "Overview of Dog Fighting". Animal Legal and Historical Center (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2010. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  40. ^ a b "Michael Vick Sentencing Plea To Court Filed on Behalf of Pit Bull Victims, Dog Owners, ADOA, NAIS and Other Groups" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2008.
  41. ^ "U.S. Dog-Fighting Rings Stealing Pets for "Bait"". News.nationalgeographic.com. 28 Oktober 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2007. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  42. ^ "Congressional commentary to 7 U.S.C. §2156" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2008.
  43. ^ a b c d e f g Gibson 2005, section 4.
  44. ^ a b c Gibson 2005, section 8A.
  45. ^ Gibson 2005, section 9B.
  46. ^ Gibson 2005, section 9C.
  47. ^ Gibson 2005, section 1.
  48. ^ a b Gibson 2005, section 5B.
  49. ^ "Doggy Dans The Online Dog Trainer Reviews" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  50. ^ a b c Linzey, Andrew; Linzey, Clair (2018). The Palgrave Handbook of Practical Animal Ethics (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Palgrave Macmillan. m/s. 155. ISBN 9781137366719. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  51. ^ Motlagh, Jason. "The Dog Fighters of Kabul". Time (dalam bahasa Inggeris). Kabul. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 September 2013. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  52. ^ "Dog fights are back in the news… again" (dalam bahasa Inggeris). Animal-info.co.za. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2014. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  53. ^ Murphy, Caryle. "Hundreds of animals savaged in night-time dog fighting in Cloetesville" (dalam bahasa Inggeris).Templat:Dl
  54. ^ "18 arrested for dog fighting". News24 (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Februari 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  55. ^ "Justice in Tsakane Dog Fighting Case – NSPCA Cares about all Animals". NSPCA Cares about all Animals (dalam bahasa Inggeris). 20 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  56. ^ "The Animal Welfare Act" (dalam bahasa Inggeris). Kanun Amerika Syarikat. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2013. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  57. ^ "Strong Sentences Handed Down By Alabama Court in Historic Dog Fighting Case" (dalam bahasa Inggeris). American Society for the Prevention of Cruelty to Animals. 12 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2014. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  58. ^ "How To Spot Dog Fighting and Get $5000 For Reporting" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  59. ^ "Dogfighting a booming business, experts say". CNN (dalam bahasa Inggeris). 19 Julai 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 April 2013. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  60. ^ "Ley 14346 – Malos Tratos y Actos de Crueldad a los Animales" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Universiti Kebangsaan Litoral. 27 November 1954. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 Jun 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  61. ^ a b "Is dog fighting illegal in Australia?". RSPCA Australia Knowledgebase (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  62. ^ "Things you should know about restricted breed dogs" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). 4 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 September 2009. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  63. ^ Neil Trent, Stephanie Edwards, Jennifer Felt, and Kelly O’Meara (2005). "International Animal Law, with a Concentration on Latin America, Asia, and Africa" (dalam bahasa Inggeris). The Humane Society Institute for Science and Policy. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Januari 2022. Dicapai pada 24 Mei 2024.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  64. ^ a b Lane Azevedo Clayton (2011). "Overview of Brazil's Legal Structure for Animal Issues". Animal Legal & Historical Center (dalam bahasa Inggeris). Kolej Perundangan Universiti Negeri Michigan. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Oktober 2015. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  65. ^ "Lei nº 9.605 de 12 de Fevereiro de 1998". www.planalto.gov.br (dalam bahasa Portugis). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Februari 2015. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  66. ^ Moon, Louise (19 April 2018). "Police break up dog-fighting ring in China where dog fights are legal but gambling is not". South China Morning Post (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  67. ^ Diputados aprueban ley que castiga hasta con tres años de cárcel peleas de perros La Nación (Sepanyol)
  68. ^ Congreso de Costa Rica aprueba Legislación en contra de las peleas de perros (Sepanyol) Diarkibkan 5 Februari 2015 di Wayback Machine Humane Society International. 2014.
  69. ^ Ashley Hammond (27 Mei 2019). "Dog fighting in UAE? Incident of abused Rottweiler pup prompts ministry to issue warning". Gulf News (dalam bahasa Inggeris). Al Nisr Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Jun 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  70. ^ Strother, Jason (13 Februari 2015). "South Korean Dog Fighting Ring Organizers Return From Philippines". Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  71. ^ "Decreto Número 5-2017 – Ley de Protección y Bienestar Animal" (PDF). Diario de Centro América (dalam bahasa Sepanyol). Pemerintah Guatemala. 306 (87): 5. 3 April 2017. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Ogos 2017. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  72. ^ Dog Fighting On The Rise Among Poor Of Honduras|The Seattle Times (Inggeris)
  73. ^ Honduras Bans Use Of Animals In Circuses And Dog Fighting (Inggeris)
  74. ^ "युवक अपने पिटबुल डॉगी से करवाता है हमला:पूरा गांव परेशान; ग्रामीण बोले- स्ट्रीट डॉग्स से भी लड़वाता है, FIR दर्ज" [Pemuda buat anjing pitbulnya serang: seluruh kampung resah; "malah lawan dengan anjing jalanan" kata orang kampung, FIR didaftarkan]. Dainik Bhaskar (dalam bahasa Hindi).
  75. ^ "PETA India asks govt to crackdown on 'illegal dogfights'". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). 13 September 2022. ISSN 0971-8257. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  76. ^ "闘犬、闘鶏、闘牛等取締条例とは – わかりやすく解説 Weblio辞書". www.weblio.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2011.
  77. ^ "Canadian Federal Legislation regarding animal welfare" (dalam bahasa Inggeris). Cfhs.ca. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2011. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  78. ^ "Dog fighting in Bulgaria". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 13 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Februari 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  79. ^ "Незаконните боеве с кучета: Образувано е досъдебно производство срещу криминално проявен" (dalam bahasa Bulgaria). 17 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  80. ^ Θοδωρής Χονδρόγιαννος (5 Oktober 2018). "Το Παράνομο Εκτροφείο Pit Bull στο Λαύριο, οι Κυνομαχίες στην Κατερίνη, η Ατιμωρησία". Vice News (dalam bahasa Greek). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  81. ^ Hosford, Paul (19 Julai 2014). "ISPCA warns that casual dog fighting is on the rise". TheJournal.ie (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  82. ^ "Justice for animals" (dalam bahasa Inggeris). 9 April 2020.
  83. ^ Senoussi, Zoubida (9 Ogos 2018). "Moroccan Government Unveils Final List of Banned Dog Breeds". Morocco World News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  84. ^ "Dog fights as sport now illegal in Mexico". Mexico News Daily (dalam bahasa Inggeris). 24 Jun 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 24 Mei 2024. The blood sport of dog fighting became illegal today in Mexico.
  85. ^ Pacelle, Wayne (26 April 2017). "Mexico adopts felony-level penalties for dogfighting". Humane Society of the United States (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024. [Mexico's] Senate has put the final stamp of approval on a comprehensive law that bans all dogfighting in the country and establishes tough penalties, including imprisonment and fines, for anyone involved in dogfighting activities like organizing fights, owning or trading a dog, and attending a fight as a spectator.
  86. ^ "Animal Welfare Act 1999". www.legislation.govt.nz/ (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  87. ^ "Dog fighting in pakistan is alive and kicking" (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2012. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  88. ^ "Panamá prohíbe las corridas de toros" (dalam bahasa Sepanyol). Anima Naturalis. 15 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  89. ^ "Ley Nº 4840 / de Proteccion y Bienestar Animal". Leyes Paraguayas (dalam bahasa Sepanyol). Biblioteca y Archivo del Congreso de la Nación. 30 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2020. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  90. ^ Chivers, C. J. (9 Februari 2007). "A Brutal Sport Is Having Its Day Again in Russia". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2014. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  91. ^ "Taiwan – Cruelty – Taiwan Animal Protection Law | Animal Legal & Historical Center". www.animallaw.info (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2021.
  92. ^ Winter, Stuart (25 Mei 2018). "Dog News: Soaring numbers of dogs stolen and forced to FIGHT – make sure YOURS isn't next". Express.co.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  93. ^ Glaze, Ben (10 Mac 2018). "Mutilated dogs found dead at side of road were 'victims of fighting ring'". Daily Mirror (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2018. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  94. ^ "Protection of Animals Act 1911". www.legislation.gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Mei 2024.
  95. ^ Holt, Richard (1990). Sport and the British: A Modern History (dalam bahasa Inggeris). Clarendon Press. m/s. 58. ISBN 9780192852298. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oktober 2021. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  96. ^ "Inside the illegal world of organised dogfighting". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 13 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2019. Dicapai pada 24 Mei 2024.
  97. ^ Cumming, Geoff (23 June 2006). "The shadowy, paranoid world of dogfighting". NZ Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2018. Dicapai pada 22 Mei 2024 – melalui www.nzherald.co.nz.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Rencana berita[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengumpanan