Lawak Seleb

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lawak Seleb
Kulit novel grafik Lawak Seleb
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Utopia
FormatHitam & Putih
Tarikh penerbitan1 Jun 2003
Pasukan kreatif
KaryaKeith & Zelo

Lawak Seleb merupakan komik lawak Malaysia yang menampilkan selebriti-selebriti sebagai watak utama yang mempunyai pelbagai ragam. Komik ini diterbitkan di majalah terbitan Kumpulan Art Square iaitu Utopia.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Koleksi ini dibukukan dari sebuah komik strip popular yang diterbit secara bersiri di majalah Utopia. Dengan menampilkan selebriti-selebriti terkenal antarabangsa sebagai watak cerita, Lawak Seleb membawa kisah satira melalui polemik budaya pop yang mewarnai dunia hiburan. Selain menyatukan karya dua kartunis iaitu Keith dan Zelo, novel grafik ini turut didatangkan dengan komik eksklusif yang membentangkan permulaan ruangan ini.

Legasi[sunting | sunting sumber]

Hasil kejayaan komik ini membawa kepada penciptaan komik Lawak Kampus, juga dihasilkan oleh Keith. Menggunakan format yang sama, jilid pertama dihasilkan bersama Zelo pada tahun 2003. Apabila Zelo melanjutkan pelajarannya, Keith meneruskan karyanya secara solo. Berkat kegigihannya, sebanyak 43 jilid dihasilkan dan dijual di pasaran. Jilid ketujuh memaparkan perbezaan ketara apabila komik ini mula beralih kepada edisi berwarna pada tahun 2010.