Lee Ting Han

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee Ting Han
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Paloh
Memegang jawatan
21 April 2022
Didahului olehSheikh Umar Bagharib Ali
Butiran peribadi
Lahirc. 1990 (1990)
Chamek, Daerah Kluang, Johor, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikMCA
Sekutu gabungan
politik lain
BN
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Cambridge
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Yang Berhormat Lee Ting Han (lahir c. 1990) merupakan seorang peguam dan ahli politik Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Paloh sejak 12 Mac 2022.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau lahir di Chamek, Kluang.[1] Lee menghadiri Universiti Malaya di mana beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam undang-undang.[2] Beliau kemudian menuju ke United Kingdom dan menyambung pengajian pasca siswazahnya di Universiti Cambridge.[1][2]

Sebelum terbang ke United Kingdom, Lee bekerja sementara di Jabatan Perdana Menteri.[2] Beliau yang kini seorang ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga sebahagian Barisan Nasional (BN), beliau bertugas sebagai Pegawai Fungsi Khas kepada Dato Seri Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan sejak 2020.[3]

ADUN Paloh[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya negeri Johor 2022, Lee bertanding sebagai calon BN untuk Paloh dan menewaskan 3 calon-calon yang lain.[4] Beliau mengangkat sumpah sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Johor pada 26 Mac 2022.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Paloh BN candidate eyeing agro- and eco-tourism sector". 11 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.
  2. ^ a b c "Johor polls: Anyone can achieve their dreams with hard work, says Paloh state seat candidate". 8 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.
  3. ^ "Superior of Lee Ting Han". Dicapai pada 26 Mac 2022.
  4. ^ "PRN Johor 2022 : Keputusan Rasmi Terkini". Dicapai pada 26 Mac 2022.
  5. ^ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Dicapai pada 26 Mac 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]