Lestari (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lestari
Juga dikenali sebagai
Restu (1984-89)
Berasal dariKlang, Selangor Selangor, Malaysia Malaysia
GenreHeavy metal, hard rock, glam rock, slow rock, balada
PekerjaanKugiran
Tahun aktif1984–1998, 2000–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Stings, Kamal Halim, Kamal Bahrin, Lan Laga, Juwie, LY & Baiduri
AhliWan (ketua kumpulan) - vokalis
Amir - gitar utama, suara latar
Carlos - gitar bass, suara latar
Kanang - dram
Arbond - keyboard, suara latar
Bekas ahliKamal - gitar utama dan irama, suara latar
Hamzah - gitar irama
Ilham - gitar irama
Rehan - gitar bass, suara latar
John - gitar bass, suara latar
Sham - dram

Lestari merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Klang yang diasaskan oleh Kamal Bahrin dan Kanang. Setelah perubahan beberapa anggota awal sehinggalah kemasukan dua orang ahli baru iaitu Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi), nama 'Lestari' yang diilhamkan oleh Kamal Bahrin. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock balada Melayu.

Mereka telah menghasilkan lapan album studio dan empat buah album kompilasi. Mereka dikenali kerana mempunyai banyak koleksi lagu-lagu hits antaranya adalah lagu Mahligaimu Dari Air Mataku, Air Mata Saksi Cintaku, Wangian Cintamu, Sekelip Mata Kau Berubah, Airmata Dihari Persandinganmu, Biar Pedih Kasih Terhiris, Terserah Padamu, Tatirana dan banyak lagi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1985–1990: Era Restu (Sebelum kewujudan Lestari)[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya, kugiran Restu telah di asas dan ditubuhkan pada tahun 1984 di Klang, Selangor oleh Kamal (gitaris utama - asal Selangor), Kanang (dram - asal Selangor), Rehan (gitar bass - asal Kelantan), Ilham (gitaris irama - asal Johor) dan Man Kala (penyanyi - asal Johor). Mereka sempat berhibur di kelab-kelab malam, majls perkahwinan dengan menggunakan nama Restu.

Pada hampir tahun 1988, perpecahan melanda kumpulan ini apabila dua orang anggotanya iaitu Ilham (gitar irama) dan Man Kala (penyanyi) menarik diri. Tempat mereka kemudiannya digantikan oleh Hamzah (gitar irama) dan Wan (penyanyi). Ketika Hamzah dan Wan menyertai Restu pada hampir penghujung tahun 1988. Setelah empat tahun, Restu bersama Hamzah dan Wan buat pertama kali bertemu kembali ketika majlis perkahwinan kakak angkatnya Kamal. Ketika gabungan dua orang itulah Restu bersama Hamzah dan Wan tidak dapat menahan perasaan sebak, berpeluk-pelukan dan menitiskan airmata khususnya antara Wan dan Kamal yang buat julung kali berjumpa dan menegur di antara mereka semenjak Hamzah dan Wan menyertai kumpulan Restu pada tahun 1988. Dengan kesempatan pertemuan pertama dua orang itu Restu bersama Hamzah dan Wan bergabung untuk menghiburkan majlis perkahwinan tersebut dengan membawakan lagu Metallica, Guns N' Roses, Europe, Van Halen dan Bon Jovi. Ia menjadi kenyataan tepat oleh peminat-peminat. Dengan kata sepakat penggabungan dua orang Restu bersama Hamzah dan Wan telah menunaikan permintaan dari ramai pihak serta mengubati kerinduan peminat-peminat setia Restu.

Pada ketika itu, Kamal datang ke Selangor bersama kugiran Wings di mana Wings turut mengadakan persembahan yang disertai kugiran Restu. Pertemuan inilah yang menjadi titik tolak kepada penukaran nama Restu kepada Lestari. Pada mulanya, mereka tidak bersetuju dengan nama tersebut kerana mereka menyangkakan bahawa nama baharu Lestari tersebut yang bermaksud 'kekal abadi' yang tidak begitu unik. Namun apabila Kamal menulis nama tersebut dengan nama harapan baharu iaitu Lestari, mereka agak terkejut dan pada masa yang sama kagum dengan idea kreatif yang dicurahkan oleh Kamal. Di sinilah mereka menyedari bahawa Kamal adalah bukan calang calang insan kerana mampu menciptakan jalan baru untuk mereka dan mereka dengan rela hati meninggalkan jenama Restu (yang sememangnya negatif) kepada Lestari (yang lebih progresif)...

1990-1995 : Penciptaan Lestari serta Fieza Khalila[sunting | sunting sumber]

Ketika itu mereka menubuhkan menyertai pelbagai pertandingan muzik yang diadakan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pada tahun 1991, Lestari pada asalnya adalah beraliran heavy metal dan berpenampilan rambut panjang ala heavy metal dan glam rock metal. Mereka telah pulang ke ibu negara, Kuala Lumpur, Lestari telah mengikat kontrak sebagai artis rakaman oleh NSR Records seterusnya memulakan sesi rakaman untuk album pertama mereka. Namun, mereka cuma sempat menyiapkan 50% proses rakaman album studio pertama mereka telah selesai dengan bantuan dua pemuzik undangan iaitu Amir (gitar utama) dan John (bes). Bakat dan kemahiran mereka membuatkan mereka berjaya ditawarkan menjadi artis rakaman. Album studio pertama Lestari, Fieza Khalila telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air dengan lagu hitnya, Malang ciptaan Meran dan Zur'Ain (Ainol Jamal). Pengurus Lestari adalah Meran dari tahun 1984 hingga 1991. Namun di kala mereka mula mendapat tempat dalam hati peminat, Hamzah (gitar irama) dan Rehan (bes) telah mengambil keputusan untuk meninggalkan daripada kumpulan ini. Tempat Hamzah kemudiannya digantikan oleh Kamal diserap menjadi pemain gitar irama, manakala John dan Amir diserap menjadi dua orang anggota tetap yang turut telibat dalam pembikinan album Fieza Khalila sebagai pemuzik undangan. Lestari berjaya memasuki pertandingan akhir Pujaan 10-Nescafe anjuran RTM tiga tahun berturut-turut. Ternyata lagu-lagu dendangan Lestari diminati ramai bukan sahaja di tanah air, mahupun di negara-negara jiran seperti Brunei, Indonesia dan Singapura dan menjadikan Lestari antara kumpulan muzik yang amat popular pada era 90an.

Kemudian Lestari di ambil alih pula oleh Syazwan sebagai pengurus Lsstari. Lestari telah mengambil keputusan muktamad untuk memilih menjadi artis Musical Sound Organisation Sdn. Bhd. (MSO) Malaysia. Lestari berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Stings dan Leon. Album Tatirana muncul pada tahun 1993. Konsert Lestari yang menyerlah di tapak-tapak fun fair dan expo menjadikan kumpulan ini semakin meningkat popularitinya. Kejayaan memuncak walaupun lagu Sekelip Mata Kau Berubah sekadar naib juara dan lagu Tatirana di tempat ketiga di dalam pertandingan Muzik-Muzik 1994. Namun John ditabalkan anugerah sebagai pemain gitar bes terbaik negara di Singapura. Album studio ketiga Lestari berjudul Terima Kasih dikeluarkan pada tahun 1995. Lagu Terima kasih Segalanya sekaligus membawa Lestari menjadi kumpulan rock paling popular. Dalam daripada itu juga Lestari tidak ketinggalan untuk menghasilkan klip video lagu Tiada Akhirnya yang turut menjadi popular. Sejak album terima kasih dikeluarkan, Lestari tidak lagi layak untuk mengadakan konsert di tapak-tapak fun fair sebaliknya konsert mereka yang semakin bertaring dan berbisa, ia harus diadakan di tempat lebih besar. Dalam ketika itu Lestari secara tiba-tiba di landa dugaan apabila John yang tidak lama sebelum itu telah memenangi anugerah pemain gitar bes terbaik negara di Singapura mengambil keputusan untuk keluar dari Lestari kerana difahamkan John tidak berpuas hati dengan beberapa hal pengurusan Lestari. Berita lanjut tentang pengunduran John gagal ditemuramah oleh pihak wartawan. Tempat John digantikan oleh iaitu Carlos (bekas pemain gitar bes kumpulan Saturnine). Lestari telah berusaha membayar sejumlah RM7, 000 kepada sebuah syarikat rakaman untuk menebus perjanjian Carlos ialah bekas pemain gitar bes kumpulan Saturnine. Sesudah itu Wings mengambil bahagian dalam pertandingan Anugerah Juara lagu ke-5. Lagu Terima Kasih Segalanya berjaya memenangi kategori persembahan terbaik dan tempat ketiga kategori juara lagu dalam anugerah pertandingan tersebut.

1997-kini : Pertukaran Penyanyi Utama & Pemain drum dan Perkembangan Terkini[sunting | sunting sumber]

Pengunduran John pemain gitar bes telah mengundang kontroversi yang paling hebat. Rata-rata peminat dan penggiat seni menjangkakan kumpulan Lestari ini akan berkubur. Lebih uniknya album Terima Kasih yang dipasarkan pada tahun 1995 (album terakhir John bersama Lestari) telah terjual melebihi 340,000 unit. Ia satu pencapaian jualan album Lestari yang tertinggi dann terbaik sehingga kini.

Ketiadaan John memberi ruang kepada Carlos (bekas pemain gitar bes Kumpulan Cat Angels). Carlos telah mula menggantikan John untuk persembahan pentas pada sekitar tahun 1995 tidak lama selepas album Terima Kasih dikeluarkan dan dipasarkan. Kehadiran Carlos sedikit sebanyak telah meningkatkan kerancakan sokongan terhadap Lestari kerana beliau secara tidak langsung telah bersama-sama mempromosikan album Terima Kasih dan selepas itu secara tidak langsung juga meningkatkan jualan album Terima Kasih.

Sementara itu, John terpaksa meninggalkan Lestari atas sebab-sebab dalaman membuat para peminat berasa terkejut dan kecewa sama sekali. Akan tetapi Lestari menggunakan Carlos sebagai pemain gitar bes dan kemasukan Carlos berjaya menyelamatkan Lestari yang ketika itu hampir jatuh akibat pengunduran John. Kanang pula terlibat dalam satu kemalangan jalanraya menyebabkan kaki beliau mengalami kecederaan yang mendalam. Sham yang diperkenalkan oleh Amy (bekas pemain dram kumpulan Handy Black) kepada Lestari bersetuju menjadi pengganti Kanang buat sementara.

Konsert berskala besar dan malam rakaman yang berjudul Konsert Lestari Brutal di Stadium Negara Kuala Lumpur pada bulan April 1996 yang dianggotai oleh Wan, Amir, Kamal, Carlos dan Kanang telah mencatat sejarah kegemilangan mereka yang tersendiri apabila ada beberapa pihak dan para peminat menobatkan Lestari adalah kumpulan rock No. 1 Malaysia secara impak selepas era kegemilangan Search, Wings dan MAY apatah lagi Amy Search dan Awie tidak lagi menyertai kumpulan mereka tersebut masing-masing.

Namun Ali dan XPDC tetap merasa merendahkan diri bahawa tidak layak dinobatkan XPDC kumpulan rock nombor 1 Malaysia. XPDC juga dikenali sebagai Big 3 metal Malaysia pada ketika itu selain Cromok, FTG dan nyanyian garau Ali yang bertenaga sambil diiringi aksi 'Head Banging' ala "Helicopter" telah mencuri ramai perhatian dan keterujaan para peminat yang dilihat seperti kumpulan Metallica. Di tambah pula aksi Zua yang lagi brutal seperti berlari-lari, melompat-lompat dan mengiringan aksi Head banging bersama aksi hangguk kepala Izo dan Lola di atas pentas konsert bersama Ali membuat peminat-peminat menobatkan XPDC kumpulan rock nombor 1 Malaysia.

Ada peminat yang berpendapat belum ada lagi penyanyi rock yang mampu melakukan aksi 'Head Banging' seperti yang dilakukan oleh Ali. Inilah satu keistimewaan dan kelebihan Ali yang berjaya menarik perhatian para peminat dan berbagai pihak. XPDC semakin popular dengan perhatian aksi 'Head Banging'. Aksi 'Head Banging' Ali juga sesuai dikatakan dengan judul 'Brutal'. Selain itu, kebolehan vokal Ali yang garau dan tinggi telah menjadi faktor penting survival kumpulan XPDC pada ketika itu. Seumpama sebuah revolusi heavy metal (Tema Mael) kepada Thrash (Tema Ali), sekaligus menambahkan kreativiti dan membina identiti yang lebih besar kepada nama XPDC.

Konsert berskala besar (1998) ini juga adalah yang terbaik bagi XPDC yang ditonton hampir 10, 000 penonton tetapi XPDC kecewa dan terpaksa akur kerana hajat mereka untuk mengeluarkan album konsert itu dalam bentuk Video Cakera Padat (VCD) tidak mendapat kelulusan dari agensi pihak berkuasa kerajaan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) kerana terdapat banyak rakaman aksi XPDC dan penonton melakukan aksi-aksi luar budaya Malaysia yang melampaui batas dan di katogori aksi ganas dan lucah yang menyerupai aksi artis-artis kumpulan dari barat seperti aksi headbanging, hangguk kepala seperti khayal bahan terlarang, melompat-lompat, isyarat menegakkan jari tengah (Lagu 3 Kupang dan bergambar), dan aksi segelintir penonton tidak berbaju. Hanya pengeluaran dalam bentuk CD konsert dapat dikeluarkan.

Tetapi tidak lama kemudian, XPDC sekali lagi mendapat peluang untuk mengadakan konsert berskala besar dan malam rakaman yang di beri judul nama Konsert Raksasa XPDC Brutal Stadium Malawati Shah Alam Selangor. Konsert tersebut itu juga adalah yang terbaik dalam karier XPDC yang berjaya menarik penonton sehingga hampir 20, 000 penonton. Konsert rakaman itu berjaya dikeluarkan di dalam bentuk sistem video rumah(VHS) dan video cakera padat (VCD) telah mendapat keluluasan dari pihak berkuasa untuk memasarkan album konsert itu.

Tahun yang sama (1998) album studio pertama Ali sebagai penyanyi XPDC telah dipasarkan berjudul Samurai. Album studio pertama tanpa perjuangan Mael. Album tersebut berjaya terjual lebih 200,000 ribu unit. Satu pencapaian mengejutkan apabila Ali berjaya menaikkan nama dan mengecapi kegemilangan XPDC walaupun masih ada lagi sebahagian peminat setia mengkritik kumpulan ini tentang ketiadaan Mael.

Walaupun demikian, tidak dinafikan masih ramai peminat XPDC menghargai usaha dan jasa Ali sehinggakan begitu ramai yang mengikut 'Trend' rambut cukur tepi Ali. XPDC semakin sibuk seterusnya mengeluarkan klip video album Samurai. XPDC yang telah digelar sebagai kumpulan Rock no. 1 Malaysia sering menjadi perhatian dari banyak pihak media hiburan dan publisiti serta mendapat populariti aksi 'Head Banging' Ini Sekaligus membuktikan sokongan peminat kepada XPDC tidak pernah luntur bahkan meningkat kuantitinya.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Sebelum Lestari
Restu 1984 - 1988 :

  1. Man Kala - Vokal
  2. Kamal - Gitar utama, suara latar
  3. Ilham - Gitar irama
  4. Rehan - Bass, suara latar
  5. Kanang - Dram


Album:

Tiada


Setelah Lestari wujud
Lestari 1989 - 1991:

  1. Wan - Vokal
  2. Kamal - Gitar utama, suara latar
  3. Hamzah - Gitar irama
  4. Rehan - Bass, suara latar
  5. Kanang - Dram


Album:
Fieza Khalila (1991)


Lestari 1992-1995:

  1. Wan - Vokal
  2. Amir - Gitar utama, suara latar
  3. Kamal - Gitar irama, suara latar
  4. John - Bass, suara latar
  5. Kanang - Dram


Album:

  1. Tatirana (1993)
  2. Terima Kasih (1995)


Lestari 1996-1998:

  1. Wan - Vokal
  2. Amir - Gitar utama, suara latar
  3. Kamal - Gitar irama, suara latar
  4. Carlos - Bass, suara latar
  5. Kanang - Dram


Album:

  1. Aku Yang Terpilih (1996)
  2. Koleksi Hits (1997)
  3. Satu Hati (1997)
  4. Airmata Saksi Cintaku (1998)
  5. Koleksi Hits 2 (1998)
  6. Best Of Lestari (1999)

Lestari telah direhatkan seketika pada tahun 1998 dan kembali bersatu pada tahun 2000.


Lestari 2000-2006:

  1. Wan - Vokal
  2. Amir - Gitar, suara latar
  3. Kamal - Gitar, suara latar
  4. John - Bass, suara latar
  5. Syam - Dram


Album:

  1. Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
  2. Koleksi Emas (2002)
  3. Dua Jiwa Satu Cinta (2004)


Lestari 2007 - kini:

  1. Wan - Vokal
  2. Amir - Gitar, suara latar
  3. Arbond - Keyboard
  4. Carlos - Bass, suara latar
  5. Kanang - Dram

Lestari sudah diambang perpecahan kepada tiga orang iaitu Kamal, John dan Sham menarik diri dan digantikan oleh Carlos, Arbond dan Kanang telah menyertai kumpulan Lestari sehingga kini pada tahun 2007.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Fieza Khalila (1991)
  2. Tatirana (1993)
  3. Terima Kasih (1995)
  4. Aku Yang Terpilih (1996)
  5. Satu Hati (1997)
  6. Airmata Saksi Cintaku (1998)
  7. Jiwang, Lentoq, Syahdu... (2000)
  8. Dua Jiwa Satu Cinta (2004)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • Koleksi Hits (1997)
  • Koleksi Hits 2 (1998)
  • Best Of Lestari (1999)
  • Koleksi Emas (2002)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]