Lomaq Kris
Lomaq Kris | |
---|---|
Kelahiran | Musa bin Mohd Taib |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Lomaq, Lomaq Kris, Lomaq Mega |
Pekerjaan | Pemuzik |
Tahun aktif | 1988-kini |
Ibu bapa | Taib Othman (bapa) |
Saudara | Rahim Othman (bapa saudara) Kid Search (adik) Din Search (abang) Thambi Dejavu (abang) Ajid G.E.T (saudara tiri) Hafiz UG14 (saudara tiri) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock |
Instrumen | Bass |
Syarikat rakaman | Jojo's Production (1989) Gong Productions (1990-1994) Life Rekod (1990-1994) |
Pengkarya berkait | Kumpulan Kris, Kumpulan Mega |
Musa bin Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Lomaq merupakan pemain bass kumpulan Kris yang mencipta nama dengan lagu hit Tiara pada awal tahun 90-an. Sebelum menyertai Kris, Lomaq merupakan bekas pemain bass kumpulan Mega yang ketika itu terkenal dengan lagu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara pada tahun 1989 di mana beliau meninggalkan kumpulan ini di tengah-tengah proses rakaman. Beliau juga adalah anak kepada komposer terkenal Allahyarham Taib Othman, anak saudara kepada komposer terkenal Allahyarham Rahim Othman dan juga saudara kandung kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama) dan Din (gitar irama).