Maarten Paes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maarten Paes
Maklumat peribadi
Nama penuh Maarten Vincent Paes[1]
Tarikh lahir (1998-05-14) 14 Mei 1998 (umur 25)
Tempat lahir Nijmegen, Belanda
Ketinggian 191 cm (6 ka 3 in)[2]
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
FC Dallas
Nombor 30
Kerjaya remaja
2009–2012 VV Union
2012–2016 NEC
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2016–2018 NEC 0 (0)
2018–2022 Utrecht 44 (0)
2018–2022 Jong Utrecht 18 (0)
2022– FC Dallas 77 (0)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Belanda B-19 2 (0)
2018 Belanda B-20 2 (0)
2019–2021 Belanda B-21 5 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Maarten Vincent Paes (lahir 14 Mei 1998) ialah seorang pemain bola sepak Indonesia yang kini bermain sebagai penjaga gol untuk kelab Major League Soccer FC Dallas.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

NEC[sunting | sunting sumber]

Pada musim perlawanan 2017–18, Paes bermain sebagai penjaga gol kedua selepas Joris Delle di NEC[3]

FC Utrecht[sunting | sunting sumber]

Pada 4 April 2018, Paes menanda tangani kontrak untuk membersamai Utrecht selama tiga tahun lamanya dan diberi pilihan boleh meneruskan di tahun ke-4.[4] Dia tampil di perlawanan Eredivisie untuk Utrecht pada 19 Ogos 2018 menentang PEC Zwolle.[5]

FC Dallas[sunting | sunting sumber]

Pada 20 January 2022, Paes menyertai FC Dallas selama enam bulan sebagai pemain pinjaman FC Utrecht.[6] Pada 24 Jun 2022, Dallas memberitahu niatan mereka agar Paes terus bermain di MLS. Bersama dengan kelabnya, dia telah berjaya menewaskan skuad semasa Inter Miami, beberapa pemain di kelab itu ialah bekas pemain bintang Eropah yaitu Lionel Messi, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Luis Suarez.[7]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Paes ialah bahagian daripada pasukan belia kebangsaan Belanda B-19 untuk UEFA Euro B-19 2016 dan UEFA Euro B-19 2017, tetapi ia hanya duduk di kerusi simpanan pada setiap perlawanan kejohanan. Pelatih belia Belanda semasa itu, Maarten Stekelenburg lebih memilih untuk memainkan Yanick van Osch dan Justin Bijlow.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Paes lahir di Nijmegen, Belanda pada 14 Mei 1998. Neneknya ialah orang Belanda yang lahir di Kediri, Jawa Timur.[8]

Pada 8 March 2024, FC Dallas mengisytiharkan bahawa tiga pemain asing mereka Maarten Paes, Alan Velasco, dan Tsiki Ntsabeleng telah mendapat Kad Hijau AS, yang bermakna bahawa mereka boleh bebas bermastautin di negara itu.[9] Pada 30 April 2024, Paes bertukar kewarganegaraan dari Belanda ke Indonesia dan memenuhi kelayakan tampil menyertai pasukan senior kebangsaan Indonesia.[10][11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "DPR Terima Berkas Naturalisasi Ragnar Oratmangoen, Thom Haye dan Maarten Paes" (dalam bahasa Indonesia). Inews. 5 March 2024. Dicapai pada 5 March 2024.
  2. ^ "Maarten Paes". FC Dallas. Dicapai pada 7 April 2024.
  3. ^ "Dordrecht v NEC Game Report by Soccerway". Soccerway. 28 April 2018.
  4. ^ "FC Utrecht Legt Maarten Paes Vast" (dalam bahasa Belanda). Utrecht. 5 April 2018.
  5. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 19 August 2018.
  6. ^ "FC Dallas Acquires Goalkeeper Maarten Paes on Loan from FC Utrecht | FC Dallas".
  7. ^ "Overgang definitief: Maarten Paes verkocht aan FC Dallas" (dalam bahasa Belanda). FC Utrecht. 24 June 2022. Dicapai pada 27 June 2022.
  8. ^ Mahar, Muhammad Ikhsan (2024-05-01). "Maarten Paes Resmi Jadi WNI, Tiga Celah Menang Gugatan di FIFA dan CAS". kompas.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-05-01.
  9. ^ "FC Dallas Goalkeeper Maarten Paes and Midfielders Alan Velasco, Katlego "Tsiki" Ntsabeleng Obtain Green Cards". FC Dallas. 2024-03-08. Dicapai pada 2024-05-01.
  10. ^ Bur, Ramdani (30 April 2024). "Breaking News: Maarten Paes Resmi Jadi WNI Hari Ini, Siap Perkuat Timnas Indonesia Lawan Irak?". Okezone Bola (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 30 April 2024.
  11. ^ "Target dan Harapan Maarten Paes Seusai Menjadi WNI". pssi.org (dalam bahasa Indonesia). 30 April 2024. Dicapai pada 1 May 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:FC Dallas squad