Maharaja Jed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Maharaja Jed/Giok
Jade Emperor in a Ming Dynasty ink and color painting on silk, 16th century
Bahasa Cina玉皇
Maksud harfiahMaharaja Jed/Giok
Second alternative Chinese name
Bahasa Cina天公
Maksud harfiahDatuk Langit
Third alternative Chinese name
Bahasa Cina玉皇大帝
Maksud harfiahMaharaja Jed/Giok Mulia

Maharaja Jed/Giok (Bahasa Cina: 玉皇; pinyin: Yù Huáng atau 玉帝, pinyin: Yù Dì), dalam kepercayaan Tao, ialah pemerintah Syurga dan segala alam kewujudan di bawahnya termasuk alam Manusia dan Neraka menurut mitos Cina. Maharaja inilah salah satu dewa yang terpenting dalam kepercayaan Tao Cina.

Menurut kitab Memahami Syurga dan Neraka (洞冥寶記) dan Jamuan Peach Abadi (蟠桃宴記), Maharaja Jed dipilih oleh satu barisan dewa-dewi yang perlu lulus satu ujian oleh pendahulunya. Maharaja Jed ialah salah satu tuhan yang penting dipercayai dalam alam-alam dewa Tao dan Konfusianisme Cina.

Sebuah kawah di Rhea, sebiji bulan planet Zuhal yang ditemui kapal angkasa Voyager 2, dinamakan sempena Maharaja ini.