Masjid Ahmadiah, Kampung Kepayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Ahmadiah
Maklumat am
Cabang/mazhabSunni
StatusBeroperasi
Maklumat pentadbiran
ImamImam Muda Muhammad Iqbal Alif bin Baba (Imam Besar)
Haji Yazid B Mat Ali (Timb. Imam Besar)
Imam Muda Muhammad Dzulkarnain bin Mohd Azhar
Encik Mohd Zin bin Mohd Nor
BilalHaji Ahmad Raduan bin Haji Yacob
Mohd Azmin bin Khairuddin
PengerusiHaji Mohd Sukri bin Hj Saad
Dimiliki olehNo. pendaftaran: MY-08-IPH-00157
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriPerak Darul Ridzuan
LokasiMasjid Ahmadiah, Jalan Sultan Nazrin Shah
Kampung Kepayang
Sungai Raya
Ipoh
Perak
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Bahan binaanSimen, kayu
Laman sesawang
Masjid Ahmadiah

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Ahmadiah merupakan sebuah masjid yang terletak di Jalan Sultan Nazrin Shah, Kampung Kepayang Sungai Raya Ipoh Perak.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Ahmadiah ini diberi nama sempena nama Toh Sedewa Diraja Ahmad. Beliau merupakan pembesar Melayu di kawasan ini dan juga Orang Besar Enam Belas.

Kegemilangan perlombongan bijih timah di Kampung Kepayang dan Simpang Pulai pada akhir abad ke-19 telah mencetuskan pembinaan masjid ini oleh Toh Sedewa Ahmad bagi menyatukan penduduk dikawasan Mukim Sungai Raya yang terdiri dari kampung tradisi iaitu Kampung Kepayang, Kampung Simpang Pulai, Kampung Sungai Ular, Kampung Tanjong dan juga Kampung Sindu yang kebanyakan orang Melayu. Masjid ini dibina pada 1905.

Bangunan masjid ini berbentuk segi empat panjang, mempunyai sebuah mihrab, dikelilingi dengan verendah dan memiliki sebuah dewan solat utama. Keunikan masjid yang diperbuat daripada papan dan kayu ini mirip akan Masjid Kampung Laut di Kota Bharu, Kelantan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Imam utama yang bertugas di masjid ini ialah Imam Muda Muhammad Iqbal Alif bin Baba.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masjid Ahmadiah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-25. Dicapai pada 2017-11-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]