Pergi ke kandungan

Masjid Goripalayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Goripalayam ialah sebuah masjid besar di Goripalayam (sebahagian daripada bandar Madurai) yang mengandungi dua buah makam sultan Oman iaitu Sultan Alauddin Badusha razi dan Sulthan Shamsuddin dari Kesultanan Madurai. Terdapat juga sebuah makam limunan bagi Sultan Habibuddin razi yang juga dikenali sebagai Sultan Ghaibi[1]yang datang ke India untuk menyebarkan Islam. Kubahnya berdiameter 70 kaki (21 m) dan berketinggian 20 kaki (6.1 m) dan dibuat daripada sebuah blok batu tunggal yang dibawa dari Bukit Azhaga. Dikatakan bahawa ia dibina oleh Thirumalai Nayak untuk rakyatnya yang beragama Islam.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Dargah Gorippalayam semasa Urus.

Nama Gorippalayam berasal daripada perkataan Parsi gor yang bermaksud kubur. Kawasan ini dipanggil sebagai Goripalayam kerana makam dua orang wali yang terkenal dan pemerintah Madurai iaitu Sulthan Alauddin Badusha dan Sulthan Shamsuddin Badhusha terletak di sini. Sebuah makam berwarna hijau yang cantik dapat dilihat dari Jambatan A.V., yang terletaknya Dargah Gorippalayam di tebing utara Sungai Vaigai.

Orang ramai dari serata Tamil Nadu datang ke sini untuk memohon keberkatan. Dua orang pemerintah itu merupakan adik beradik yang memerintah bahagian utara Madurai setelah datang dari Oman semasa kurun ke-13 untuk menyebarkan Islam. Qadi Tajuddin, pengasas Masjid Besar Kazimar dan tinggal di Jalan Kazimar adalah qadi kerajaan bagi sultan-sultan itu. Keturunan Qadi Tajuddin masih lagi tinggal di Jalan Kazimar dan Masjid Besar Kazimar diselenggarakan mereka. Sejak zaman sultan-sultan itu, qadi-qadi Madurai dilantik dari kalangan keturunan Qadi Tajuddin dan tradisi ini diteruskan oleh pemerintah Pandiya, pemerintah Nayak, Nawab Carnatic dan pemerintah British. Malahan pada hari ini kerajaan negeri Tamil Nadu melantik qadi Madurai hanya dari kalangan keturunan Qadi Tajuddin. Satu inskripsi dalam bahasa Tamil purba dapat dilihat tertanam di kampus luar Maqbara di kampus dargah:[2]

Inskripsi[sunting | sunting sumber]

Keturunan Sultan Alauddin Badusha dan Sultan Shamsuddin Badusha telah membeli tanah Dargah Gorippalayam pada harga sekaki kepingan emas dan enam buah kampung (Bibi Kulam, Chokkikulam, Cholikudi, Chirudoor, Kannanendal, Thiruppalai) pada kadar 14,000 keping emas bagi penyelengaraan Dargah Gorippalayam. Semasa zaman pemerintahan Raja Veerappa nayakkar pemerintah Nayak Madurai, satu pertikaian tercetus antara Huqdar Dargah dengan pekerja-pekerja kerajaan Nayakkar berkenaan enam buah kampung itu. Kes itu dibawa kepada Raja Veerappa Nayakkar, yang menyiasat dan mengesahkan dokumen yang ditulis Raja Koo(n) Pandiya dan memberi keputusan pada tahun 1573 bahawa enam buah kampung itu dan tanah Dargah itu milik keturunan para sultan itu dan berada dalam perolehan mereka selagi matahari dan bulan wujud dan sesiapa yang melanggar kehendak ini akan menanggung dosa seberat dosa menyembelih lembu di tebing sungai Ganga.

Inskripsi ini dianggap sebagai satu bukti kewujudan Dargah itu sejak kurun ke-13.

Ulangtahun Festival Urus[sunting | sunting sumber]

Ulangtahun festival Urus dargah ini dilangsungkan pada malam ke-15 bulan Rabi'ul awwal setiap tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 9°55′47″N 78°07′45″E / 9.929764°N 78.129125°E / 9.929764; 78.129125 Templat:Mosques in India