Masnah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masnah (Arab: مَثْنَاة, rumi: mathnāh[1][2]) atau Misynah (Ibrani: מִשְׁנָה, rumi: mišnah, lit.'pengulangan'[3]) ialah himpunan tafsiran dan ulasan lisan rabai Yahudi terhadap isi kandungan Kitab Taurat pegangan mereka; ia karya besar pertama seumpamanya.[4] Kerja-kerja penghimpunan dan penyuntingan mula-mula dilakukan Yehuda ha-Nasi mungkin di Beit Syearim (tidak jauh dari Haifa) atau Safuriyah di Jalil dalam rantau Palestin[5] sekitar akhir abad ke-2 dan awal abad ke-3 TM[6][7] didorong keadaan gawat masyarakat Yahudi semasa yang ditindas ketika itu serta kekhuatiran mungkin terjejasnya penerusan kefahaman lisan kaum Farisi dari zaman Bait Kedua (516 SM – 70 TM).

Sebahagian besar Misynah ditulis dalam suatu laras khusus bahasa Ibrani tetapi beberapa bahagian dalam bahasa Aram Barat Palestin.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua kata mathnāh dalam bahasa Arab dan mišnah dalam bahasa Ibrani yang serumpun Samiah diturunkan dari kata Semitik Purba *šanat-, kata ini dibentuk dari akar th-n-y masing-masing menerbitkan kata kerja dasar ثَنَىthanā "melipat [ganda]; mengulang"[1] dan שָׁנָה šānāh "mengulang";[8] istilah mathnāh pernah digunakan umat Yahudi penutur bahasa Arab di rantau Hijaz pada zaman Nabi Muhammad.[2]

Enam susunan[sunting | sunting sumber]

Himpunan ini asalnya dimaksudkan kepada kaedah pengajaran yang menyusun topik-topik secara sistematik, berbeza dengan Midrasy, yang mengikut susunan Alkitab. Misynah, sebagai kompilasi bertulis, menyusun kandungannya mengikut subjek dan mengulas lebih banyak topik keagamaan daripada Midrasy, serta membincangkan setiap topik dengan lebih teliti.

Misynah terdiri daripada enam bahagian atau susunan (sedarim, mufrad seder סדר), setiap satu mengandungi 7–12 risalah (masekhtot, mufrad masekhet מסכת), 63 kesemuanya. Setiap masekhet terbahagi kepada bab (peraqim, mufrad pereq) kemudian perenggan (misynayot , mufrad misynah). Misynah dalam konteks ini bermaksud satu perenggan, iaitu unit terkecil Misynah, manakala Misynayot digunakan untuk keseluruhan himpunan ini.

Misynah kadangkala dipanggil Syas kerana ia terbahagi kepada enam susunan. Syas ialah singkatan untuk Syisya Sedarim – "enam susunan"), tetapi ini biasanya digunakan untuk merujuk pada seluruh Talmud.

Enam susunannya ialah:

  • Zeraim ("Benih"), membincangkan sembahyang dan ucap berkat, pembahagian sepersepuluh dan hukum-hakam pertanian (11 risalah)
  • Moed ("Perayaan"), berkaitan dengan hukum-hakam Sabat dan Perayaan (12 risalah)
  • Nasyim ("Wanita"), mengenai perkahwinan dan perceraian, beberapa bentuk sumpah dan hukum-hakam orang yang bernazar (7 risalah)
  • Nezikin ("Kerosakan"), berurusan dengan undang-undang sivil dan jenayah, fungsi mahkamah dan sumpah (10 risalah)
  • Kodasyim ("Perkara-perkara kudus"), mengenai upacara korban, Kuil Suci, dan hukum-hakam pemakanan (11 risalah) dan
  • Tohorot ("Kesucian/kemurnian"), berkaitan dengan hukum kesucian dan kenajisan, seperti kenajisan si mati, kesucian makanan, dan kesucian jasmani (12 risalah).

Talmud Babylon (Hagiga 14a) menyatakan bahawa terdapat 600 atau 700 susunan Misynah. Misynah dibahagikan kepada enam bahagian mengikut tema oleh pengarangnya, Yudah ha-Nasi.[9][10] Terdapat juga riwayat bahawa Jurutulis Uzair mengitlakkan bukan sahaja 24 kitab Tanakh daripada hafalan beliau tetapi juga 60 buku esoterik. Tidak diketahui jika ini merujuk kepada Misynah tetapi munasabah juga untuk mengatakan bahawa Misynah memang terdiri daripada 60 risalah. (Jumlahnya sekarang ialah 63 tetapi risalah Makkot asalnya adalah sebahagian daripada Sanhedrin, dan Bava Kamma (harfiah: "Gerbang Pertama"), Bava Metzia ("Gerbang Tengah") dan Bava Batra ("Gerbang Akhir") sering dianggap sebagai subbahagian satu risalah besar, berjudul Nezikin.)

Hukum-hakam yang tidak diulaskan[sunting | sunting sumber]

Pelbagai hukum penting tidak dijelaskan dalam Misynah. Ini termasuk hukum-hakam tzitzit, tefillin (filakteri), mezuzot, perayaan Hanukkah, dan hukum-hakam memeluk agama Yahudi. Ini kemudiannya dibincangkan dalam risalah-risalah kecil.

Nissim ben Yakob, seorang rabai dan pentafsir Talmud, berhujah dalam karya beliau bertajuk Hakdamah Le'mafteach Hatalmud bahawa Yehuda ha-Nasi tidak mengulaskannya kerana banyak hukum-hakam ini pengetahuan umum. Reuvain Margolies, sarjana Talmud, berpendapat disebabkan Misynah telah ditapis selepas pemberontakan Bar Kokhba, Yehuda tidak dapat memasukkan perbincangan tentang Hanukkah, yang memperingati pemberontakan Yahudi terhadap Empayar Seleukia (dan orang Rom akan menindas semangat nasionalisme begini). Pada masa itu juga terdapat beberapa perintah yang menyekat orang daripada memakai tanda identiti bangsa, seperti pengharaman pemakaian tefillin dan tzitzit; kerana memeluk agama Yahudi bertentangan dengan undang-undang Rom, Yehuda pasti tidak akan membincangkan hal ini.[11]

Sarjana Taurat dan rabai David Zvi Hoffmann menyatakan dahulu ada teks-teks purba yang digunakan sebagai kompilasi syariat Yahudi yang membincangkan hukum-hakam kehidupan seharian. Oleh itu, hukum-hakam ini tidak perlu difokuskan dalam Misynah.

Misynah, Gemara dan Talmud[sunting | sunting sumber]

Ulasan, perbahasan dan analisis rabai-rabai tentang Misynah sepanjang empat abad berikutnya, yang dibuat di bumi Israel dan di Babylonia, akhirnya disunting dan disusun menjadi kitab Gemara. Misynah dan Gemara bersama-sama membentuk Talmud. Terdapat dua Talmud utama: Talmud Babylonia (perkataan "Talmud" biasanya merujuk yang ini) dan Talmud Baitulmuqaddis. Misynah ditulis dalam bahasa Ibrani manakala Gemara kebanyakannya ditulis dalam bahasa Aram.

Kandungan dan tujuan[sunting | sunting sumber]

Pengajian Misynah, oleh Pinsk 1924.

Misynah menunjukkan bagaimana tradisi lisan digunakan dengan mengemukakan kes-kes sebenar yang dibawa untuk diberikan hukum. Ia biasanya mengandungi (i) perbahasan mengenai perkara itu, dan (ii) keputusan yang diberikan oleh seorang rabai yang berwibawa berdasarkan halakha (syariat), mitzvot (rukun-rukun), dan ajaran Taurat yang memandu keputusan mereka.

Dengan cara ini, Misynah menjadi garis panduan yang menjelaskan cara mengikut 613 Perintah daripada Taurat dalam hidup seharian. Ia merangkumi semua aspek kehidupan manusia, menjadi contoh untuk hukum-hakam masa depan, dan, yang paling penting, menunjukkan bagaimana hendak menerapkan hukum-hakam Alkitab. Garis panduan ini amat penting selepas pemusnahan Bait Suci Kedua pada tahun 70 TM. Oleh itu, Misynah ialah himpunan adat agama yang sedia ada, bukannya hukum-hakam baru.[12]

Istilah "Misynah" berkaitan dengan kata kerja "mengajar, mengulang", dan kata sifat yang bermaksud "kedua". Ia dinamakan begitu kerana ia sumber hukum-hakam agama yang kedua selepas Tanakh, digunakan untuk membuat keputusan, fatwa Yahudi, dan melengkapkan Tanakh dalam aspek-aspek tertentu.

Pengaitan dengan agama samawi lain[sunting | sunting sumber]

Ada sesetengah sejarawan yang memberi pendapat membandingkan peranan sampingan Masnah menyampingi kitab utama sepertimana hadis dalam kalangan umat Islam.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rujuk:
    • Lane, Edward William (1863–1893). "ثنى". Arabic-English Lexicon. 1. London. m/s. 360 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com. مَثْنَاة: ...[the Mishna,] which the learned men, and the recluses, of the Children of Israel, after Moses, composed after their own desire, from a source other than the Book of God...CS1 maint: date format (link)
    • Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 60. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Sinai, Nicolai (2023). Key Terms of the Qur’an: A Critical Dictionary. Princeton University. m/s. 222–32.
  3. ^ Makna yang sama ada pada perkataan Deuterosis ("penggandaan" atau "pengulangan" dalam bahasa Yunani Koine) yang digunakan dalam undang-undang Rom dan kepustakaan Patristik. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tidak jelas jika ia merujuk kepada Misynah atau Targum (terjemahan Alkitab Ibrani ke dalam bahasa Aram), yang boleh dianggap sebagai "menggandakan" bacaan Taurat.
  4. ^ Maimonides. "Commentary on Tractate Avot with an Introduction (Shemona perakim)". World Digital Library. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
  5. ^ "Mishnah". Dicapai pada 16 Julai 2022.
  6. ^ "Mishnah". Encyclopaedia Judaica. 14 (ed. 2). 2007. m/s. 319. ISBN 978-0-02-865942-8.. Heinrich Graetz, tidak bersetuju, percaya Misynah dihimpunkan pada tahun 189 TM (lihat: H. Graetz, History of the Jews, vol. 6, Philadelphia 1898, m/s 105 Diarkibkan 2022-11-02 di Wayback Machine). Tarikh lain dicadangkan oleh Rabai Abraham ben David dalam buku beliau Sefer HaKabbalah le-Ravad yang bersamaan dengan tahun 500 dalam era Seleuki.
  7. ^ Trachtenberg, Joshua (13 Februari 2004). "Glossary of Hebrew Terms". Jewish Magic and Superstition. Philadelphia: University of Pennsylvania Press (diterbitkan 2004). m/s. 333. ISBN 9780812218626. Dicapai pada 14 Mac 2023. Mishna—"Hukum-hakam Lisan" membentuk asas Talmud; disunting s. 220 TM oleh R. Yudah ha-Nasi.
  8. ^ Lipiński, Edward (2001). Semitic Languages: Outline of a Comparative Grammar. Peeters. m/s. 292. ISBN 9042908157.
  9. ^ "Maimonides on the Six Orders of the Mishnah". My Jewish Learning (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-29.
  10. ^ "The Mishnah | Reform Judaism". www.reformjudaism.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-29.
  11. ^ "יסוד המשנה ועריכתה" [Yesod Hamisynah Va'arikhatah] (dalam bahasa Ibrani). m/s. 25–28. Dicapai pada 9 Oktober 2018.
  12. ^ Scherman, Nosson; Zlotowitz, Meir, penyunting (2016). Shishah Sidre Mishnah = The Mishnah Elucidated: A phrase-by-phrase interpretive translation with basic commentary. Brooklyn, NY: Mesorah Publications. m/s. 3–16. ISBN 978-1422614624. OCLC 872378784.
  13. ^ Wegner, J. R. (1982). "Islamic and Talmudic Jurisprudence: The Four Roots of Islamic Law and Their Talmudic Counterparts". The American Journal of Legal History. 26 (1): 36–9. doi:10.2307/844605.

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

  • Shaye JD Cohen, Robert Goldenberg, Hayim Lapin (eds.), The Oxford Annotated Mishnah: A New Translation of the Mishnah With Introductions and Notes, New York, Oxford University Press, 2022.
  • Philip Blackman. Mishnayoth. The Judaica Press, Ltd., dicetak semula 2000 (ISBN 978-0-910818-00-1). PDF dalam talian di HebrewBooks: Zeraim, Moed, Nashim, Nezikin, Kodashim, Tehorot .
  • Herbert Danby. The Mishnah. Oxford, 1933 (ISBN 0-19-815402-X).
  • Jacob Neusner. The Mishnah: A New Translation. New Haven, cetakan semula 1991 (ISBN 0-300-05022-4).
  • Isidore Epstein (ed.). Soncino Talmud. London, 1935-1952. Termasuk terjemahan Mishnah untuk risalah tanpa Gemara.
  • Pelbagai editor. The Mishnah, terjemahan baharu dengan ulasan Yad Avraham. New York: Mesorah Publications, sejak 1990-an. (ArtScroll disebutkan di atas)
  • Yoseph Milstein, et al. The Mishnah, a new integrated translation and commentary based on Rabbeinu Ovadiah M'Bartenurah, Machon Yisrael Trust, tersedia dalam talian di eMishnah.com (diarkibkan).
  • Pelbagai editor. Sefaria teks penuh Mishnah dengan pelbagai terjemahan bahasa Inggeris sumber terbuka .

Kajian sejarawi[sunting | sunting sumber]

  • Shalom Carmy (Ed.) Modern Scholarship in the Study of Torah: Contributions and Limitations Jason Aronson, Inc.
  • Shaye J.D. Cohen, "Patriarchs and Scholarchs", Proceedings of the American Academy for Jewish Research 48 (1981), hlm. 57–87
  • Steven D. Fraade, "The Early Rabbinic Sage," in The Sage in Israel and the Ancient Near East, ed. John G. Gammie and Leo G. Perdue (Winona Lake, Indiana: Eisenbrauns, 1990), hlm. 417–23
  • Robert Goldenberg The Sabbath-Law of Rabbi Meir (Missoula, Montana: Scholars Press, 1978)
  • John W McGinley 'The Written' as the Vocation of Conceiving Jewishly ISBN 0-595-40488-X
  • Jacob Neusner Making the Classics in Judaism (Atlanta: Scholars Press, 1989), hlm. 1–13 and 19–44
  • Jacob Neusner Judaism: The Evidence of the Mishnah (Chicago: University of Chicago Press, 1981), hlm. 14–22.
  • Gary Porton, The Traditions of Rabbi Ishmael (Leiden: E.J. Brill, 1982), vol. 4, hlm. 212–25
  • Dov Zlotnick, The Iron Pillar Mishnah (Baitulmuqaddis: Bialik Institute, 1988), hlm. 8–9
  • Reuvain Margolies, Yesod Ha-Mishnah V'Arichatah (Heb.)
  • David Tzvi Hoffman, Mishnah Rishonah U'flugta D'tanna'e (Heb)
  • Hanokh Yalon, Mavo le-nikud ha-Mishnah [Pengenalan kepada tilawah Mishnah] (Baitulmuqaddis 1964) (Heb)
  • Robert Brody, Mishna and Tosefta Studies (Baitulmuqaddis 2014)

Tilawah[sunting | sunting sumber]

  • Frank Alvarez-Pereyre, La Transmission Orale de la Mishna. Satu kaedah analisis appliquee a la tradition d'Alep : Baitulmuqaddis 1990

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Projek Wikimedia[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Masnah di Wikimedia Commons
  • Karya berkenaan Masnah di Wikisumber
  •  Wikisumber Ibrani mempunyai teks asli berkaitan dengan rencana ini: משנה
  • Projek Misynah Terbuka Wikisource sedang membangunkan teks, ulasan dan terjemahan Misynah. Setakat ini, projek ini tersedia dalam empat bahasa: Ibrani (koleksi terbesar), Inggeris, Perancis dan Portugis.

Manuskrip didigitalkan[sunting | sunting sumber]

Teks elektronik lain[sunting | sunting sumber]

Kajian Misynah dan Misynah harian[sunting | sunting sumber]

  • Ahrend, Aaron (2004). "לימוד משנה וחברות משנה בעת החדשה" [Kumpulan Pengajian dan Pembelajaran Misynah pada Zaman Moden] (PDF). JSIJ – Jewish Studies, an Internet Journal (dalam bahasa Ibrani). 3.
  • Mishna Yomit di Wayback Machine (diarkibkan 10 Oktober 2011) – Satu Misynah setiap hari. (Nota: kitaran kajian ini mengikut jadual yang berbeza daripada jadual biasa; mengandungi arkib yang luas dalam bahasa Inggeris).
  • Mishnah Yomit – MishnahYomit.com menganjurkan penerbitan mingguan yang melengkapkan pembelajaran orang yang mempelajari program biasa. Ia termasuk artikel, soalan ulasan dan bahan bantu belajar.
  • Kehati Mishna di Wayback Machine (diarkibkan Jun 25, 2003) – Program dengan dua Mishnayot setiap hari. Pada masa ini tidak aktif, tetapi arkib mengandungi teks lengkap Kehati dalam bahasa Inggeris untuk Moed, Nashim, Nezikin dan kira-kira separuh Kodashim.
  • Daf Yomi Review di Wayback Machine (diarkibkan 29 Ogos 2018) – Program pembelajaran dan semakan tersuai untuk Misynah.
  • MishnaSdura – Edisi popular teks Ibrani (dengan huruf vokal), digunakan di banyak sekolah, diformatkan untuk menggalakkan semakan dan membantu ingatan. Jadual meringkaskan kandungan. Lagu dan rakaman Mishna. Artikel Wiki dalam bahasa Ibrani Mishna Sdura
  • Perek HaYomi (Ibrani) – Penganjur Shiurim, dan pembelajaran dan ulang kajian mengikut Perek HaYomi dalam Misynah yang dimulakan oleh Maharal.
  • 2 Mishnas A Day – Program pembelajaran dua mishnayot setiap hari. Tapak termasuk bahasa Ibrani dan Inggeris bersama-sama dengan pautan untuk audio untuk setiap hari.

Syarahan audio[sunting | sunting sumber]

Tradisi lisan dan sebutan[sunting | sunting sumber]