Mieloma berbilang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mieloma berbilang
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
PengkhususanHematologi Sunting ini di Wikidata
Ujian darah atau air kencing, biopsi sumsum tulang, pengimejan perubatan[1]
PrognosisKadar kelangsungan hidup 5 tahun 52% / kadar jangka hayat 6 tahun (USA)[2]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Mieloma berbilang ( MM ), juga dikenali sebagai plasma sel myeloma ataupun hanya myeloma, ialah kanser sel plasma, sejenis sel darah putih yang biasanya menghasilkan antibodi . [1] Kerapnya, tidak ada sebarang simptom awal yang dapat dikesan. [3] Apabila ia mula berkembang, sakit tulang, pendarahan, jangkitan yang kerap dan anemia mungkin berlaku. [3] Komplikasi mungkin termasuk amyloidosis . [4]

Punca terjadinya mieloma berbilang tidak diketahui secara umum. [5] Faktor yang menyumbang kepada risiko penyakit ini antaranya obesiti, pendedahan radiasi, sejarah keluarga dan bahan kimia tertentu. [6] [7] [8] Mieloma berbilang boleh berkembang daripada gammopati monoklonal yang berkembang kepada mieloma yang meradang . [9] Sel plasma yang tidak normal ini akan menghasilkan antibodi yang tidak normal, yang akhirnya akan menyebabkan berlakunya masalah buah pinggang dan darah yang terlalu tebal . [3] Sel plasma tidak normal ini juga akan bercantum dan membentuk jisin didalam sumsum tulang atau tisu lembut. [3] Tumor yang wujud ini akan dipanggil plasmacytoma ; apabila ia wujud lebih daripada satu, maka ia dipanggil mieloma berbilang. [3] Mieloma berbilang didiagnosis berdasarkan ujian darah atau air kencing yang bagi mengesan antibodi yang tidak normal, biopsi sumsum tulang akan dibuat untuk mencari sel plasma yang mempunyai kanser, dan pengimejan perubatan mencari lesi tulang. [1] Satu lagi penemuan biasa ialah tahap kalsium darah tinggi . [1]

Mieloma berbilang secara amnya dianggap boleh dirawat, namun ia tidak boleh diubati sepenuhnya. [4] Keradangan ataupun kesan penyakit ini boleh dikurangkan dengan mengunakan steroid, kemoterapi, terapi sasaran dan pemindahan sel stem . [4] Bifosfonat dan terapi sinaran kadangkala digunakan untuk mengurangkan kesakitan akibat lesi tulang. [4] [1]

Seluruh dunia kira-kira 488,000 orang menghadapi mieloma berbilang, 101,100 meninggal pada 2015. [10] [11] [2] Ia biasanya berlaku sekitar umur 60 tahun dan lebih kerap berlaku pada lelaki berbanding wanita. [1] Ia jarang berlaku sebelum umur 40 tahun. [1] Tanpa rawatan, kelangsungan hidup biasa ialah tujuh bulan. [4] Dengan rawatan yang sedia ada, kelangsungan hidup biasanya 4-5 tahun. [4] Kadar kelangsungan hidup lima tahun adalah kira-kira 49%. [2] Perkataan mieloma berasal dari bahasa Yunani myelo- bermaksud "sumsum" dan -oma bermaksud "tumor". [12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g Raab MS, Podar K, Breitkreutz I, Richardson PG, Anderson KC (July 2009). "Multiple myeloma". Lancet. 374 (9686): 324–39. doi:10.1016/S0140-6736(09)60221-X. PMID 19541364.
  2. ^ a b c "SEER Stat Fact Sheets: Myeloma". NCI Surveillance, Epidemiology, and End Results Program. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2016. Dicapai pada 8 August 2016.
  3. ^ a b c d e "Plasma Cell Neoplasms (Including Multiple Myeloma)—Patient Version". NCI. 1980-01-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2016. Dicapai pada 8 August 2016.
  4. ^ a b c d e f "Plasma Cell Neoplasms (Including Multiple Myeloma) Treatment (PDQ®)–Health Professional Version". NCI. July 29, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 July 2016. Dicapai pada 8 August 2016.
  5. ^ World Cancer Report 2014. World Health Organization. 2014. m/s. Chapter 5.13. ISBN 978-9283204299.
  6. ^ World Cancer Report 2014. World Health Organization. 2014. m/s. Chapter 2.3 and 2.6. ISBN 978-9283204299.
  7. ^ "Plasma Cell Neoplasms (Including Multiple Myeloma) Treatment". National Cancer Institute. 1980-01-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-09. Dicapai pada 28 November 2017.
  8. ^ Ferri, Fred F. (2013). Ferri's Clinical Advisor 2014 E-Book: 5 Books in 1. Elsevier Health Sciences. m/s. 726. ISBN 978-0323084314. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-17. Dicapai pada 2020-08-06.
  9. ^ "Diagnosis, risk stratification and management of monoclonal gammopathy of undetermined significance and smoldering multiple myeloma". International Journal of Laboratory Hematology. 38 Suppl 1: 110–22. 2016. doi:10.1111/ijlh.12504. PMID 27161311.
  10. ^ GBD 2015 Disease and Injury Incidence and Prevalence, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national incidence, prevalence, and years lived with disability for 310 diseases and injuries, 1990-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1545–1602. doi:10.1016/S0140-6736(16)31678-6. PMC 5055577. PMID 27733282.
  11. ^ GBD 2015 Mortality and Causes of Death, Collaborators. (8 October 2016). "Global, regional, and national life expectancy, all-cause mortality, and cause-specific mortality for 249 causes of death, 1980-2015: a systematic analysis for the Global Burden of Disease Study 2015". Lancet. 388 (10053): 1459–1544. doi:10.1016/s0140-6736(16)31012-1. PMC 5388903. PMID 27733281.
  12. ^ Diepenbrock, Nancy H. (2011). Quick Reference to Critical Care. Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 292. ISBN 9781608314645. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21.