Milk Tea Alliance

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera dihasilkan para anggota "pakatan teh susu" menjadi simbol umum pergerakan ini: warna-warna jalur masing-masing datang dari warna teh susu yang ada di Thai, Hong Kong dan Taiwan.[1]

Milk Tea Alliance ("Pakatan Teh Susu", Cina Tradisional: 奶茶聯盟, Cina Ringkas: 奶茶联盟, pinyin: nǎichá liánméng atau 奶茶同盟 pinyin: nǎichá tóngméng) ialah sebuah gerakan aktivisme dan solidariti politik dalam talian berpusat antara warga-warga pengguna Interent di Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Myanmar[2][3][4] mendokong fahaman demokrasi. Ia turut mendapat penerimaan signifikan di Filipina, India, Malaysia, Indonesia, Belarus dan Iran.[5]

Nama ini diberikan sempena perlambangan minuman teh susu yang dikongsi sesama budaya-budaya masyarakat Hong Kong, Taiwan dan Thailand yang mengasaskan pergerakan ini.[6][7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Gambar luar
Ikon gambar Meme-meme Milk Tea Alliance yang diterbitkan oleh Facebook "奶茶通俗學 Milktealogy"[1]

Pada April 2020, Vachirawat “Bright” Cheeva-aree, seorang pelakon Thailand mengirimkan suatu gambar dalam akaun profil Twitter beliau di mana kapsyen tersebut menyebut Hong Kong sebagai sebuah "negara" dan bukannya suatu kawasan pentadbiran khas Republik Rakyat China sepertimana yang dipersetujui di medan antarabangsa. Perkara ini membangkitkan kemarahan sebahagian peminatnya di China yang mengenalinya dari siri drama 2gether yang begitu terkenal di sana; warga-warga Internet di China menyerangnya sambil menyeru suatu pemboikotan terhadap siri drama dilakonkan beliau.

Bright meminta maaf dan memadam kiriman tersebut, namun para warga maya ini turut menemukan kiriman bertarikh 2017 dari teman wanitanya, Weeraya “New” Sukaram yang menyatakan sokongan kepada kemerdekaan Taiwan.[4] Para pengguna Internet China ini mula melontarkan banyak ujaran menghina Raja Vajiralongkorn dan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha[4][8] sementara pengguna di Thailand membela Weeraya dengan sanggahan dan tanda pagar untuknya di media sosial mereka. Hal ini diketahui Kedutaan Besar China di Bangkok yang menerbitkan pernyataan panjang di Facebook mengecam kritikan dan "pertempuran digital" ini.

Dengan demikian, dukungan Thailand terhadap perjuangan Hong Kong dan Taiwan melawan China telah menyatukan kelompok-kelompok terpisah dari para penunjuk perasaan pro-demokrasi dengan sentimen anti-Beijing yang menjadi sebahagian dari platform anti-autoritaritan mereka. Para pengguna Twitter di Taiwan dan Hong Kong kemudian menyatu usaha dengan para pengguna Thai mewujudkan suatu pergerakan politik, akhbar The Telegraph menggambarkan situasi ini sebagai suatu "saat solidarii serantau langka".[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "【我們信靠奶茶】「泰幽默」擊退「小粉紅」 泰港台三地網民籲組「奶茶聯盟」齊抗中國網軍" (dalam bahasa Cina). Stand News 立場新聞. 16 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2020. Dicapai pada 13 September 2020.
  2. ^ Tanakasempipat, Patpicha. "Young Thais join 'Milk Tea Alliance' in online backlash that angers Beijing". mobile.reuters.com. Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 August 2020. Dicapai pada 18 April 2020.
  3. ^ Bunyavejchewin, Poowin. "Will the 'Milk Tea War' Have a Lasting Impact on China-Thailand Relations?". thediplomat.com. The Diplomat. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2020. Dicapai pada 4 May 2020.
  4. ^ a b c Chan, Christina. "Milk is thicker than blood: An unlikely digital alliance between Thailand, Hong Kong & Taiwan". hongkongfp.com. Hong Kong Free Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2020. Dicapai pada 18 August 2020.
  5. ^ "'Milk Tea Alliance' pushes for democracy vs China's authoritarianism". ABS-CBN News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 April 2021.
  6. ^ "What is the Milk Tea Alliance?". The Economist. 2021-03-24. ISSN 0013-0613. Dicapai pada 2021-04-09.
  7. ^ Deol, Taran. "'We conquer, we kill': Taiwan cartoon showing Lord Rama slay Chinese dragon goes viral". theprint.in. The Print. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Jun 2020. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  8. ^ Teixeira, Lauren. "Thais Show How to Beat China's Online Army". Foreign Policy (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Februari 2021.
  9. ^ Smith, Nicola (3 Mei 2020). "#MilkTeaAlliance: New Asian youth movement battles Chinese trolls". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2020. Dicapai pada 18 Ogos 2020.