Mohd. Khusairi Abdul Talib
Dato' Mohd. Khusairi Abdul Talib DPMP (Perak) | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Slim | |
Dalam jawatan 21 Mac 2004 – 15 Julai 2020 | |
Didahului oleh | Junus Wahid (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Mohd Zaidi Aziz (BN-UMNO) |
Kawasan pilihan raya | Slim, Perak |
Butiran peribadi | |
Lahir | Mohd Khusairi bin Abdul Talib 20 Januari 1961 |
Meninggal dunia | 15 Julai 2020 Hospital Bentong, Pahang | (umur 59)
Tempat persemadian | Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Behrang, Slim River, Perak |
Parti politik | BN-UMNO |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Mohd. Khusairi bin Abdul Talib (Jawi: محمد خساءيري بن عبدالطالب; 20 Januari[perlu rujukan] 1961 – 15 Julai 2020) merupakan seorang ahli politik dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Slim, Perak. Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dilantik) dan bekas pengerusi bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).[1]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kerajaan | Undian | Pembangkang | Undian | Majoriti | % Mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,318 | Mohd Tarmizi Ab Rahman (PAS) | 3,443 | 4,875 | 72.27% | ||
2008 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,233 | Zulqarnain Hassan (PAS) | 4,707 | 3,526 | 75.52% | ||
2013 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 11,152 | Mosses a/l Ramiah (Bebas) | 200 | 3,853 | 85.20% | ||
Aminuddin Zulkipli (PAS) | 7,299 | |||||||
2018 | Mohd. Khusairi Abdul Talib (BN) | 8,327 | Mohd. Amran Ibrahim (PH) | 6,144 | 2,183 | |||
Muhammad Zulfadli Zainal (PAS) | 4,103 |
Kematian[sunting | sunting sumber]
Beliau telah meninggal dunia di Hospital Bentong akibat serangan jantung pada 15 Julai 2020.[2] Beliau rebah ketika sedang bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort pada pukul 2.30 petang sebelum dibawa ke Hospital Bentong 10 minit kemudian. Beliau disahkan mati pada pukul 4.15 petang.[3] Pada malam harinya, jenazah beliau dibawa ke rumah ibunya di FELDA Sungai Behrang, Slim River. Pada keesokan harinya, jenazah beliau disembahyangi di Masjid ar-Rahmaniah FELDA Sungai Behrang pada pukul 8.30 pagi lalu dikebumikan pada pukul 9.20 pagi di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Behrang.[4]
Kematian beliau telah mengakibatkan berlakunya sebuah pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan jawatan ahli Dewan Undangan Negeri Perak.[5]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Mohd Khusairi Dilantik Pengerusi Finas Baharu". mSTAR Online. Foto oleh BERNAMA. 21 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2020. Dicapai pada 16 Julai 2020.CS1 maint: others (link)
- ^ "ADUN Slim meninggal dunia". MalaysiaGazette. 15 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Julai 2020. Dicapai pada 15 Julai 2020.
- ^ BERNAMA (15 Julai 2020). "PM ucap takziah atas pemergian Khusairi". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2021. Dicapai pada 22 Januari 2021.
- ^ Balqis Jazimah Zahari (16 Julai 2020). "Jenazah ADUN Slim dikebumikan". BH Online. Foto oleh Sharul Hafiz Zaman. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2021. Dicapai pada 21 Januari 2021.
- ^ "Penamaan calon PRK DUN Slim hari ini". Astro Awani. 15 Ogos 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-22. Dicapai pada 22 Januari 2021.