Muis Picho

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Haji Abdul Muis Picho
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – 27 September 2020
Digantikan olehHassan A. Gani Pg. Amir
Kawasan pilihan rayaSebatik
Butiran peribadi
Lahir (1957-07-20) 20 Julai 1957 (umur 66)
Kampung Bombalai, Tawau, Borneo Utara
(kini Sabah)
KewarganegaraanMalaysian
Parti politikUMNO (-2018)
WARISAN (2018-2020)
PPBM (2020-2022)
GAGASAN (2023-)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (-2018)
PN (2020-2022)
MN (2020-2022)
GRS (2023-)
PasanganHajjah Hanawiah binti Paressa
Anak-anak12
Alma materInstitut Teknologi Persekutuan
PekerjaanAhli politik

Haji Abdul Muis Picho (lahir 20 Julai 1957) adalah seorang ahli politik Malaysia dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Sebatik dari 2008 hingga 2020. Beliau merupakan salah satu Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Sebatik dan merupakan ahli utama bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) Cawangan Sebatik. Beliau juga merupakan Kelab penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Cawangan Kalabakan dan Ahli Penyatu Penyokong-penyokong GRS Kawasan Kunak.

Lahir di Kampung Bombalai, Tawau pada 1957, Muis pernah menuntut di SRK Bombalai, SMK Abaka dan SMK Holy Trinity.[1] Beliau kemudian belajar kejuruteraan automotif di Institut Teknologi Persekutuan.[1] Selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai CEO di Ladang Ternakan Manuk Maridari 1984 hingga 1993.[1]

Beliau pernah seorang ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak 1990-an dan memegang pelbagai jawatan dalam parti.[1] Beliau dipilih sebagai ADUN Sebatik pada pilihan raya 2008[1] dan dipilih semula pada 2013 dan pada 2018. Sesudah PRN 2018, beliau keluar dari UMNO dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) untuk memberi sokongan kepada Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri baru.[2][3]

Pada 29 Julai 2020, dilaporkan beliau salah seorang ADUN WARISAN-PH-UPKO menyokong Musa Aman sebagai Ketua Menteri baru.[4][5] Biarpun Musa mengakui beliau telah mendapat sokongan yang cukup (33/65) membentuk kerajaan baharu, Shafie meminta Yang di-Pertua Negeri membubarkan DUN dan mengadakan PRN awal.[6] Muis lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)[7] dan bertanding semula untuk Sebatik semula, namun dikalahkan oleh calon WARISAN, Hassan A. Gani Pg. Amir.[8]

Beliau mengahwini Hajjah Hanawiah binti Paressa dan dikurniakan 12 cahaya mata.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Muis Picho, bekerja untuk kepentingan rakyat". 28 Februari 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  2. ^ "Enam Adun BN sertai Warisan bentuk kerajaan negeri". 11 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2020.
  3. ^ "'Kami masuk WARISAN tanpa syarat'". 11 Mei 2018. Dicapai pada 30 September 2020.
  4. ^ "Musa Aman umum cukup majoriti bentuk kerajaan negeri baharu". 29 Julai 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  5. ^ "New Sabah government? Musa Aman claims to have simple majority". 29 Julai 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  6. ^ "DUN Sabah bubar hari ini". 30 Julai 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  7. ^ "Lompat parti - perjudian yang membawa penyesalan". 11 September 2020. Dicapai pada 30 September 2020.
  8. ^ "KEPUTUSAN TERKINI DUN N.73". Dicapai pada 30 September 2020.