Mukim
Mukim ialah sejenis pembahagian pentadbiran yang digunakan di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Biasanya mukim merupakan sub-pembahagian daerah (daerah kecil) serta ia dipecahkan pula kepada beberapa kampung.
Penggunaan[sunting | sunting sumber]
Malaysia[sunting | sunting sumber]
Di Malaysia, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 198 mukim di Malaysia. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu
Brunei[sunting | sunting sumber]
Di Brunei, mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas daerah. Terdapat 38 mukim di Brunei. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti mukim ialah penghulu.
Singapura[sunting | sunting sumber]
Di Daerah Pulau Singapura, Mukim ialah pembahagian pentadbiran peringkat kedua selepas Daerah. Terdapat 34 Mukim di Singapura. Mukim pula dipecahkan kepada beberapa kampung. Ketua bagi komuniti Mukim ialah Penghulu Mukim.
Indonesia[sunting | sunting sumber]
Di Aceh, mukim ialah sebahagian dari kecamatan (setaraf pekan), dan terdiri daripada beberapa gampong (setaraf kampung).[1]