Necon Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Necon Air
IATA ICAO Pengenal
3Z NEC[1] NECON AIR[2]
DitubuhkanSeptember 14, 1992
Bermula operasi1992
Operasi ditamatkan2003
Destinasi9 (ketika hendak ditutup)
Ibu pejabatNepal

Necon Air adalah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Nepal. Syarikat penerbangan ini adalah syarikat penerbangan persendirian Nepal pertama yang ditubuhkan pada 14 September 1992 dengan Hawker Siddeley HS 748 AVRO. Rancangan telah diumumkan untuk menambah dua pesawat sederhana Boeing atau Airbus pada September 2002. Penerbangan Necon Air digantung pada tahun 2003 akibat masalah kewangan.

Destinasi[sunting | sunting sumber]

Necon Air mengendalikan penerbangan ke Pokhara, Bhadrapur, Biratnagar, Bhadrapur, Simara, Bairawa, Janakpur, Nepalganj, Patna dan Varanasi di India.

Bilangan penumpang[sunting | sunting sumber]

Bilangan Penumpang Necon Air[3]

1995-96 1996-97 1997-98 1998-99 1999-2000
167,733 241,929 291,187 307,746 262,757

Rujukan[sunting | sunting sumber]