Nikko Hotels

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hotel Nikko Kochi, terletak di Kochi, Jepun

Nikko Hotels International (ニッコー・ホテルズ・インターナショナル, Nikkō Hoteruzu Intānashonaru) ialah sebuah rangkaian hotel antarabangsa yang memiliki hartanah Hotel Nikko (ホテル日航, Hoteru Nikkō) di Asia, Eropah, Amerika Utara, dan Pasifik Selatan. Rantaian ini dimiliki oleh Okura Hotels.[1] Nikko Hotels International (NHI) mulanberoperasi pada tahun 1972 sebagai jenama hotel global dari Japan Airlines,[2] dengan milikan pertamanya terletak di Jakarta.[3] Hotel pertama yang dikendalikan oleh NHI di Jepun dibuka pada tahun 1973.[3] Sementara milikan Nikko yang lain dimiliki ataupun dikendalikan oleh entiti lain. Salah satu milikan tertua Nikko ialah Ginza Nikko, yang dibuka pada tahun 1959.[4][5]

Nikko Hotels International dimiliki oleh Japan Airlines Development Company Limited, dan pada deka. 1990-an, namanya diubah menjadi JAL Hotels.[1] Pasca pemerolehan pada tahun 2010, Nikko menjadi anak syarikat Okura Hotels.[1] Ahli gabungan Hotel Nikko antara lain milikan Hotel Royal di Asia Tenggara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "JAL Hotels fact sheet". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-14. Dicapai pada 2019-12-16.
  2. ^ "Japan Airlines Company, Ltd". fundinguniverse.com.
  3. ^ a b Nikko Hotels International - Nikko History
  4. ^ Japan encyclopedia By Louis Frédéric
  5. ^ Ginza Nikko Hotel After 50th Anniversary Renovation