Noraini Idris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Senator Datuk

Noraini Idris

PGDK, JP (Sabah)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah
Memegang jawatan
10 Disember 2021
Berkhidmat dengan Bobbey Ah Fang Suan
Didahului olehDonald Peter Mojuntin
Ketua Wanita UMNO Sabah
Memegang jawatan
2023
PresidenAnwar Ibrahim
Ketua Wanita UMNO PusatNoraini Ahmad
Butiran peribadi
LahirJudiet binti Fidilis
1969 (umur 54–55)
Penampang, Sabah
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Datuk Noraini Idris adalah ahli politik Barisan Nasional dan merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah pada 9 Disember 2021 bagi menggantikan Datuk Donald Peter Mojuntin dari Pakatan Harapan.[1] Beliau juga merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakubah Khan.[2]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Peguam[sunting | sunting sumber]

Noraini memulakan kerjaya di bidang perundangan apabila diterima masuk sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994. Beliau berpengalaman selama 27 tahun dari tahun 1994 hingga 2021 sebagai peguambela dan peguamcara. Selain daripada itu, beliau mempunyai firma guaman sendiri, Alamin Idris & Associates.

Politik[sunting | sunting sumber]

Mula berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai UMNO Sabah pada tahun 2001 dan merupakan pemimpin dalam Puteri UMNO Sabah apabila dilantik sebagai Setiausaha. Kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Penampang. pada tahun 2004, beliau telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.

Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.[3]

Pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.[4]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

 Sabah

Rujukan[sunting | sunting sumber]