PIALA TAN SRI HAMZAH ABU SAMAH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengenalan

Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah atau lebih dikenali sebagai Piala Tan Sri Hamzah adalah piala kejohanan sukan kriket yang khusus di antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia.

Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah bermula pada tahun 1980 dengan menyaksikan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) menjadi Tuan Rumah Kebangsaan pertama. Piala ini dilancarkan bersempena dengan Tan Sri Hamzah Abu Samah yang bergiat aktif dalam industri sukan tanah air untuk memberi peluang kepada pemain-pemain kriket bersaing dalam pertandingan berprestij di antara pasukan-pasukan SBP terbaik di Malaysia, berobjektifkan mencungkil pemain-pemain kriket yang menyerlah untuk menyarung jersi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah diadakan buat pertama kali pada tahun 1980 di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan kejuaraan pertama dirangkul oleh tuan rumah, Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Maktab Tentera Diraja (MTD) ialah Sekolah Berasrama Penuh yang tidak terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi pihak Pengelola Pertandingan bersetuju memasukkan maktab tersebut dalam kejohanan ini. MTD kekal menyertai Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah hingga ke hari ini.

Format dan Penyertaan

Sukan kriket telah diiktiraf secara dasarnya sebagai salah satu daripada sukan teras Sekolah Berasrama Penuh (SBP) selain daripada sukan ragbi, hoki, bola keranjang dan bola jaring. Oleh yang sedemikian, kesemua sekolah SBP diwajibkan penyertaan ke atas sukan kriket untuk pasukan lelaki bagi merebut Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah. Pada tahun 2022, kejohanan untuk pasukan kriket perempuan buat julung kalinya diadakan oleh SBP dan telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Walaubagaimanapun, tiada piala khusus yang dipertandingkan untuk kategori perempuan.

Format permainan tidak diselaraskan dan bergantung kepada keadaan semasa, akan tetapi, kebiasaannya akan dimainkan pada peringkat Zon untuk memilih pasukan yang akan layak ke peringkat kebangsaan. Dahulunya, pusingan kebangsaan untuk Piala Tan Sri Hamzah ini dikenali sebagai Pesta Kriket dan Bola Keranjang Sekolah Berasrama Penuh sehingga tahun 1997. Pada tahun 1998 hingga 2005, hanya bola keranjang sahaja dipertandingkan pada temasya tersebut ekoran kegawatan ekonomi yang membantutkan sukan ini buat seketika.

Tahun 2006 menyaksikan kemunculan kembali Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah dipertandingkan dan dikelolakan oleh Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) untuk peringkat Kebangsaan. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (SAKTI) muncul sebagai pemenang pertama pada era baru piala berprestij tersebut.

Pada tahun 2022, era pasca pandemik Covid-19, kejohanan adalah dalam bentuk T20 kalah mati di antara SBP. Perlawanan akan diteruskan sehingga tinggal enam (6) sekolah terakhir yang akan dijemput untuk menyertai peringkat akhir kebangsaan secara liga satu pusingan. Format ini diilhamkan menerusi format “Gillette Cup New Zealand Secondary Schools Cricket” untuk mempertingkatkan kualiti pasukan-pasukan yang bersaing merebut Piala Tan Sri Hamzah.

Juara Piala Tan Sri Hamzah Abu Samah
TAHUN SEKOLAH
1980 Malay College Kuala Kangsar
1981 Maktab Tentera Diraja
1982 Malay College Kuala Kangsar
1983 Sekolah Muzaffar Syah
1984 Sekolah Menengah Sains Kelantan
1985 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1986 Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin
1987 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1988 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1989 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1990 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1991 Sekolah Tuanku Jaafar
1992 Sekolah Tuanku Jaafar
1993 Maktab Tentera Diraja
1994 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1995 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
1996 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
1997 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
1998-2005 TIADA PERTANDINGAN
2006 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2007 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2008 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
2009 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2010 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2011 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2012 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2013 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2014 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2015 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
2016 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
2017 TIADA PERTANDINGAN
2018 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2019 Sekolah Menengah Sains Dungun
2020-2021 TIADA PERTANDINGAN
2022 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2023 Sekolah Sultan Alam Shah
Juara Kriket SBP Perempuan
TAHUN SEKOLAH
2022 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan
2023 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Tuan Rumah Pusingan Akhir Kebangsaan
TAHUN SEKOLAH
1980 Malay College Kuala Kangsar
1981 Maktab Tentera Diraja
1982 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1983 Sekolah Tun Syed Sheh Shahabudin
1984 Sekolah Menengah Sains Machang
1985 Sekolah Menengah Sains Johor
1986 Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah
1987 Sekolah Muzaffar Syah
1988 Sekolah Raja Tun Azlan Shah
1989 Sekolah Alam Shah
1990 Sains Menengah Sains Dungun
1991 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
1992 Sekolah Menengah Sains Muar
1993 Sekolah Menengah Sains Selangor
1994 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
1995 Sekolah Menengah Sains Johor
1996 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
1997 Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud
1998-2005 TIADA PERTANDINGAN
2006 Sekolah Dato' Abdul Razak
2007 Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra
2008 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
2009 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
2010 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
2011 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak
2012 Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
2013 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
2014 Sekolah Menengah Sains Banting
2015 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
2016 Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa
2017 TIADA PERTANDINGAN
2018 Sekolah Menengah Sains Johor
2019 Sekolah Menengah Sains Machang
2020-2021 TIADA PERTANDINGAN
2022 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah &

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Bentong

2023 Sekolah Menengah Sains Muar
Senarai Pemain-Pemain SBP Mewakili Skuad Senior Kebangsaan
NAMA TAHUN SEKOLAH
Desmond Pragasam 1988 Sekolah Dato’ Abdul Razak
Thomas Mathew 1992 Sekolah Menengah Sains Selangor
Masrulnizam Masrom 2002 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Harbinder Singh 2005 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Aisya Eleesa 2023 Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah
Senarai Pemain-Pemain SBP Mewakili Skuad Peringkat Umur (U15/U16/17/U19/U20/U23) Kebangsaan
NAMA TAHUN SEKOLAH
Azeeley Atiman 1990 Sekolah Menengah Sains Johor
Radzmin Shah 1992 Sekolah Alam Shah
Mohd Nizam Mat Isa 1993 Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim
Helmi Harmain 1994 Sekolah Menengah Sains Selangor
Mohd Damak Syarie 1994 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Faris Jamean 1995 Malay College Kuala Kangsar
Ahmad Husni 1995 Malay College Kuala Kangsar
Zulkifli Che Omar 1995 Malay College Kuala Kangsar
Yadi Maryon 1996 Sekolah Menengah Sains Johor
Khairul Azrin Matsiah 1998 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Huzairy Uzair 1999 Sekolah Dato’ Abdul Razak
Arif Rashid 1999 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Mohd Yusairi Ahmad Johari 1999 Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Ahmad Ramdan Md Noor 1999 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Khirul Anuar 2000 Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar
Nasharuddin Mustaffa 2000 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Ahmad Saufi Salim 2000 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Ahmad Arif Yusuf 2023 Sekolah Sultan Alam Shah
Nor Fatahya Yasalmah 2023 Sekolah Menengah Sains Teluk Intan