Pergi ke kandungan

Pamit (album Broery)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pamit adalah merupakan album studio kedua puluh satu karya penyanyi pop Indonesia Broery Marantika yang diterbitkan dibawah label HP Records pada tahun 2000. Album ini juga ialah merupakan album studio rakaman terakhir sepanjang hayatnya.

Pamit
Album studio oleh
Dilancarkan pada2000
GenrePop
BahasaIndonesia
SyarikatHP Records
BMG
PenerbitHP Records
Musica
Kronologi Broery Marantika
Pop Keroncong
(1999)
Pamit
(2000)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Trivia album[sunting | sunting sumber]

  • Beliau sempat untuk menyiapkan album ini pada penghujung tahun 1999 sebelum beliau menghidapi penyakit angin ahmar yang kedua kalinya dimana ianya meragut keupayaannya untuk bernyanyi lagi. Selamat Tinggal adalah merupakan lagu terakhir yang disampaikannya juga seakan pesanan terakhir beliau kepada peminat yang mencintai dan meminatinya.
  • Album ini telah diterbitkan dalam dua versi berbeza dimana album ini berjudul Selamat Tinggal bagi pasaran Malaysia, manakala bagi pasaran Indonesia pula ianya berjudul Pamit. Manakala kulit albumnya juga ada terdapat sedikit perbezaan untuk kemudian dipromosikan kedua-dua negara tersebut.
  • Semasa saat-saat terakhir hayatnya, hanya lagu Selamat Tinggal ini sahaja sempat dipromosikan dan diterbitkan dalam sebuah video klip sebelum beliau meninggal dunia pada 7 April 2000 akibat serangan angin ahmar yang kedua kalinya.

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No.TajukMasa
1."Selamat Tinggal"4:10
2."Rembulan Merah"4:28
3."Semua Pergi"5:05
4."Juwita"5:07
5."Surat Untuk Kekasih"4:46
6."Diantara Kita"4:12
7."Kau yang Pendiam"4:45
8."Intan Baiduri"5:31
9."Sesaat Aku Lupa"4:53
10."Tak Ingin Sendiri"4:25


Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Acara Kategori Karya tercalon Keputusan
2000 Anugerah Musik Indonesia
(AMI)
Album Pop Terbaik Album Pamit Menang
Trivia
  • Pada malam anugerah AMI 2000, album ini telah memenangi anugerah bagi kategori Album Pop Terbaik dan adik mendiang, iaitu Helmi Pesulima telah mewakilkan dirinya sebagai penerima anugerah tersebut ketika itu berikutan acara ini diadakan selang beberapa bulan sesudah pemergian Broery Marantika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]