Cenderawasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Paradisaeidae)

Burung Cenderawasih
Raggiana bird-of-paradise (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Paradisaeidae
Vigors, 1825
Genera

15 genera, 42 spesies

Cenderawasih atau burung dewata (Bac.[1]) atau manuk dewata (Mal.[2]) ialah sejenis burung dalam ordo Passeriformes keluarga Paradisaeidae. Ia terdapat di kawasan Utara Malaysia, Timur Indonesia, New Guinea dan Tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Jenis burung ini yang paling terkenal adalah dari spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis cenderawasih besar atau Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Burung ini pernah mendiami di kawasan Bukit Lagi atau turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih di negeri Perlis,Malaysia

Jenis spesies[sunting | sunting sumber]

genus: Lycocorax

genus: Manucodia

genus: Phonygammus

genus: Paradigalla

genus: Astrapia

genus: Parotia

genus: Pteridophora

genus: Lophorina

genus: Lophorina

genus: Epimachus

genus: Drepanornis

genus: Cicinnurus

genus: Semioptera

genus: Seleucidis

genus: Paradisaea

genus: Paradisornis

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini. Orang Papua percaya burung cenderawasih yang nyawa-nyawa ikan akan terbang tinggi menuju matahari sehingga gugur mati kepenatan.[3]

Antonio Pigafetta ketika singgah di pulau Bacan dalam pelayaran balik rombongan Ferdinand Magellan yang terbunuh pada 1521 merakam bahawa "burung dewata" ini dipercayai penduduk datang daripada kayangan yang turun ke bumi dan hanya terbang saat angin bertiup, sepasang bangkai burung ini yang terawet dihantarkan Sultan Alauddin I (yang menyambut mereka ketika itu) sebagai kurniaan persahabatan kepada Raja Carlos I di Sepanyol, Alfred Russel Wallace berabad-abad kemudian menerangkan jelas bagaimana pengawetan ini dilakukan setelah diburu mati dengan panah mata tumpul:[1]

The native mode of preserving them is to cut off the wings and feet, and then skin the body up to the beak, taking out the skull. A stout stick is then run up through the specimen coming out at the mouth. Round this some leaves are stuffed, and the whole is wrapped up in a palm spathe and dried in the smoky hut. By this plan the head, which is really large, is shrunk up almost to nothing, the body is much reduced and shortened, and the greatest prominence is given to the flowing plumage. Some of these native skins are very clean, and often have wings and feet left on; others are dreadfully stained with smoke, and all give a most erroneous idea of the proportions of the living bird.
("Cara tradisi mengawet bangkai-bangkai ini adalah mengerat kepak dan kaki kemudian mengeluarkan kulit dari badan sampai paras paruh sambil mencabut tengkoraknya. Sebatang kayu kontot dijolok masuk mulutnya ke dalam badan. Badannya disumbatkan dedaun, dan seluruhnya dibalut dalam seludang kelapa dan diasapkan dalam pondok asap. Dengan cara ini kepala bangkai ini yang dahulunya besar mengecut ketara, badannya mengontot, dan bebulu panjangnya dijaga penuh perhatian. Sebahagian bangkai yang dipersiapkan ini sangat bersih dan dikekalkan sayap dan kakinya; ada sebahagiannya yang hitam asap sampai [boleh] memberi sangkaan buruk kadar rupa burung asal ketika ia masih hidup.")

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Harrison, Thomas P. (1960). "Bird of Paradise: Phoenix Redivivus". Isis. 51 (2): 173–180. doi:10.1086/348872. S2CID 145329486.
  2. ^ Wallace, Alfred Russel (1869). The Malay Archipelago. Macmillan. m/s. 387
  3. ^ Valentijn, François (1724). Oud en nieuw Oost-Indiën, ‘Beschryving der Moluccos’, jilid 3, buku 1 Dordrecht/Amsterdam: Joannes van Braam, Gerard Onder de Linden. m/s. 311

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Laman, Tim; Scholes, Edwin (2012). Birds of Paradise, Revealing the World's Most Extraordinary Birds. National Geographic Society.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Birds-of-paradise