Parti Bersatu Sasa Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Bersatu Sasa Malaysia
PresidenDanial Bin Marnokaran Abdullah
Ditubuhkan23 Mar 2011
Ibu pejabatKuala Lumpur
AkhbarMybersama.com
Sayap beliaAzizan Halim
Keanggotaan (2024)564,790 orang
IdeologiNeo-Nationalisme- Progresif- Multiculturalism
Penggabungan kebangsaanMalaysia
WarnaMerah Putih
Laman sesawang
Partibersama.org


Parti Bersatu Sasa Malaysia dahulunya dikenali Sebagai Parti Setia

Parti Bersatu Sasa Malaysia ( singkatan: BERSAMA ) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang kini dipimpin oleh Presidennya, Danial Bin Marnokaran Abdullah. Ia ditubuhkan pada tahun 2011 dan merupakan sebuah Parti multiracial atau pelbagai kaum bertaraf kebangsaan dan pernah bertanding dibeberapa pilihanraya umum semenjak pertubuhanya.

Namun begitu sehingga kini, Parti Bersama belum pernah memenangi sebarang kerusi melalui pilihanraya ataupun mempunyai apajua lantikan di dalam kerajaan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) atau Malaysia United People's Party (MUPP) ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA). Pada mulanya parti SETIA ditubuhkan pada tahun 1994 oleh Shuhaiddin Langkap di negeri Sabah. Walaupun parti ini mempunyai platform etnosentrik Bumiputera, keahliannya adalah terbuka kepada semua kaum dan kepimpinannya mempunyai perwakilan berbilang kaum dan pernah bertanding sebagai pembangkang di dalam pilihan raya negeri Sabah. Parti SETIA telah menukar kepada nama baru BERSAMA pada 23 Mar 2011 apabila mengembangkan sayapnya ke semenanjung.

Pada tahun 2023, pimpinan parti telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan penting termasuk penstrukturan semula pimpinan parti, termasuk pemilihan semula pimpinan tertinggi melalui pelantikan dan pemilihan, kerana kebanyakan pimpinan asal bukan sahaja telah kehilangan kepercayaan kepada presiden ketika itu, Nazry Roy tetapi juga telah keluar daripada Parti dan tidak lagi melibatkan diri dengan Parti Bersama secara sepenuhnya. [1] [2]

Penstrukturan Semula Parti[sunting | sunting sumber]

BERSAMA telah melalui fasa penstrukturan semula semenjak bulan Ogos 2023 apabila ramai dari semenanjung Kuala Lumpur di bawah pimpinan Setiausaha Agung ketika itu, Danial, telah menyertai parti tersebut. Kemudian, Pimpinan Bersama telah memperbaharui dasar-dasar dalaman partinya demi kemajuan dan penstrukturan semula parti dari bawah akar umbi.

Perubahan Pimpinan Tertinggi BERSAMA[sunting | sunting sumber]

Presiden terdahuu, Nazry Roy, telah membuat perubahan yang drastic melalui pelantikan ahli pimpinan tertertinggi yang juga merupakan sebahagian daripada ahli majlis tertinggi parti tersebut demi menjayakan agenda reformasi dalaman parti pada ketika itu sebelum perletakan jawatanya secara rasmi sebagai Presiden parti Bersama sejurus selepas Persidangan Perwakilan Agung Parti yang ke-13 pada Bulan Disember 2023. [3]


Persidangan Khas Parti BERSAMA[sunting | sunting sumber]

Melalui satu Persidangan khas sekitar Disember 2023, Danial kemudianya telah dipilih sebagai Presiden baru parti BERSAMA demi memimpin parti kearah transformasi dan kemajuan parti sekaligus mengubah corak pimpinan Parti Bersatu Sasa Malaysia secara asas. [4] [5] [6] [7] [8] [9] [10] [11]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]