Sayap belia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sayap belia atau sayap pemuda merupakan sebuah kumpulan subsidiari, berautonomi atau juga terikat secara berasingan dengan sebuah pertubuhan yang lebih besar (kebiasaannya parti politik tetapi wujud juga dalam pertubuhan-pertubuhan besar yang lain) yang terbentuk bagi mengumpulkan sokongan daripada anggota yang berusia muda bagi pertubuhan tersebut. Selain itu, ia dapat memberi tumpuan terhadap perkara-perkara dan isu yang lebih luas untuk belia pertubuhan tersebut. Sayapbelia juga menjadi tempat perbincangan bagi anggota dan penyokong dalam kalangan anak muda untuk membahaskan berkaitan ideologi dan dasar.

Parti politik[sunting | sunting sumber]

Istilah sayap pemuda kerap kali digunakan merujuk kepada sayap pemuda parti-parti politik. Dalam sayap pemuda tersebut, pemimpin yang mengetuai atau yang terkemuka sering dilihat akan menjadi pemimpin dalam organisasi utama pertubuhan selepas melebihi had usia pemuda. Hal ini menyebabkan munculnya persepsi sayap pemuda parti politik sebagai pintu masuk peluang pekerjaan dalam kerajaan untuk anggota muda, terutamanya bagi sistem negara yang mempunyai sebuah parti yang dominan yang dijamin kemenangan dalam pilihan raya atau sistem pentadbiran negara satu parti.

Sayap pemuda parti politik dianggotai oleh golongan remaja dan belia. Kelayakan umur bagi kebanyakan sayap pemuda parti politik kebiasaannya antara usia 15 tahun hingga 30 tahun (ada yang sehingga usia 40 tahun).[1][2]

Perbezaan[sunting | sunting sumber]

Dengan sayap pelajar[sunting | sunting sumber]

Sayap pemuda berbeza dengan sayap pelajar dari sudut pembentukannya yang tidak memerlukan atau tidak menumpukan isu pelajar secara esklusif.

Dengan kumpulan politik[sunting | sunting sumber]

Sayap pemuda kebiasaannya tidak dikira sebagai kumpulan parti politik, tetapi sebagai penghubung dasar dan ideologi parti yang menumpukan hal ehwal belia, berbanding mempunyai pendirian berasingan daripada parti politik. Walau bagaimanapun, kadang kala mereka akan mengemukakan permasalahan berbeza dalam ruang lingkup ideologi parti berbanding apa yang diketengahkan oleh parti politik itu sendiri.

Sayap pemuda parti politik Malaysia[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan parti politik utama di Malaysia mempunyai sayap pemuda bagi parti-parti tersebut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Political parties need to better integrate young members and give them the chance to influence policy. Democratic Audit. Published 11 July 2014. Retrieved 17 December 2018.
  2. ^ Youth wings carry politicians to greater heights. Swissinfo. Published 11 July 2014. Retrieved 17 December 2018.