Pekan Air Panas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil dalam Daerah Segamat, Johor, Malaysia. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).

Majoriti penduduk di sini ialah kaum Melayu dan juga komuniti masyarakat Cina. Selain daripada itu juga disini terdapat beberapa perkampungan orang asli seperti Bekok dan juga di pekan ini terdapat ladang buah mata kucing yang banyak.

Asal nama[sunting | sunting sumber]

Pekan Air Panas ini diambil bersempena dengan air panas yang terdapat disini. Pekan ini juga dikenali sebangai' Tenang. Pekan ini telah dibuka pada hari Khamis, 3 Disember 1806. Nama Tenang telah diberi oleh penduduk pertama yang membuka tempat ini iaitu Tuan Haji Kamarul Arifin Bin Aladin atau juga dikenali sebagai "Tok Tenang". Namun begitu, pekan ini telah dengan rasminya dinamakan Pekan Air Panas.