Pengepungan Baitulmuqaddis (587 SM)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengepungan Baitulmuqqaddis
Sebahagian daripada Perang Yahudi–Babylon (601–586 SM)

Baitulmuqaddis terbakar (The Art Bible, 1896)
Tarikh589–587 SM
Lokasi
Keputusan

Kemenangan Babylonia

Perubahan
wilayah
Yehuda diilhakkan menjadi wilayah Babylonia
Pihak yang terlibat
Kerajaan Yehuda Empayar Babylon Baru
Komandan dan pemimpin
Zedekia Menyerah diri Nebuchadnezzar II
Kekuatan
Tidak diketahui Tidak diketahui
Kerugian dan korban
Ramai yang dibunuh, 4,200 yang lain menjadi tawanan Tidak diketahui

Pengepungan Baitulmuqaddis (sekitar tahun 589–587 SM) merupakan peristiwa terakhir dalam pemberontakan Yehuda terhadap Babylonia, yang mana Nebukadnezar II, raja Empayar Babylon Baru, mengepung Baitulmuqaddis, ibu kota Kerajaan Yehuda. Baitulmuqaddis jatuh selepas 30 bulan dikepung, selepas itu kota itu dan Kuil Salomo dimusnahkan oleh orang Babylonia secara sistematik.[1][2] Kerajaan Yehuda dibubarkan dan ramai penduduknya dibuang ke Babel.

Pada akhir abad ke-7 SM, Yehuda menjadi naungan Babylonia. Pada tahun 601 SM, Yoyakim, raja Yehuda, memberontak pemerintahan Babylon walaupun dibantah keras oleh Nabi Yeremia.[2][3] Yoyakim mati atas sebab-sebab yang tidak jelas, dan digantikan oleh puteranya, Yekhonya.[4][5] Pada 597 SM, orang Babylon mengepung Baitulmuqaddis dan kota itu menyerah.[2][6] Nebukadnezar menjarah Baitulmuqaddis dan mengusir Yekhonya dan orang-orang terkemuka lain ke Babylon; bapa saudara Yekhonya, Zedekia, ditabalkan sebagai raja.[2][7] Dengan galakan Mesir, Zedekia melancarkan pemberontakan kedua, dan tentera Babylon dihantar untuk merebut semula Baitulmuqaddis.[2]

Pada Tisha B'Av, hari berpuasa Yahudi yang jatuh pada Julai 587 atau 586 SM, orang Babylonia menawan Baitulmuqaddis, memusnahkan Kuil Pertama dan membakar kota itu.[1][2][8] Penempatan kecil yang mengelilingi kota itu, dan yang berdekatan dengan sempadan barat Baitulmuqaddis, juga musnah.[8] Menurut Alkitab, Zedekia cuba melarikan diri tetapi ditangkap berhampiran Yerikho. Baginda dipaksa melihat putera-puteranya dihukum bunuh di Riblah, dan mata baginda kemudiannya dicungkil.[9]

Kemusnahan Baitulmaqdis dan kuilnya mencetuskan krisis agama, rohani dan politik, yang telah menjejaskan kepustakaan nubuatan dan riwayat Alkitabiah.[9][8] Kerajaan Yehuda telah hapus dan diilhakkan sebagai wilayah Babylonia dengan pusatnya di Mizpah.[2][9][8] Golongan bangsawan Yehuda, termasuk keturunan Raja Daud, dibuang ke Babylon.[8] Selepas Babylon jatuh ke tangan Cyrus Agung, pengasas Empayar Hakhamaniyah Parsi, pada 539 SM, baginda membenarkan orang Yehuda yang dibuang pulang ke Sion dan membina semula Baitulmuqaddis. Kuil Kedua selesai dibina pada tahun 516 SM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Finkelstein, Israel; Silberman, Neil Asher (2002). The Bible Unearthed: Archaeology's New Vision of Ancient Israel and the Origin of Its Sacred Texts. New York: Free Press. m/s. 307. ISBN 978-0-684-86912-4. OCLC 44509358. Penggalian intensif di seluruh Baitulmuqaddis telah menunjukkan bahawa kota itu memang dimusnahkan secara sistematik oleh orang Babylonia. Kebakaran itu kelihatan amat besar dan meluas. Apabila orang mula tinggal di Kota Daud semula pada zaman Parsi, kejiranan-kejiranan baru di bukit barat yang berkembang maju sejak setidaknya zaman Hizkia tidak dihuni semula. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":4" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c d e f g Bickerman, E. J. (2007). Nebuchadnezzar And Jerusalem. Brill. ISBN 978-90-474-2072-9. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Malamat, A. (1975, Januari). The twilight of Judah: in the Egyptian-Babylonian maelstrom. Dalam Congress Volume Edinburgh 1974 (m/s 123-145). Brill.
  4. ^ Smit, E. J. (1994). "So how did Jehoiakim die?". Journal for Semitics. 6 (1): 46–56.
  5. ^ Begg, C. (1996). "The end of King Jehoiakim: the afterlife of a problem". Journal for Semitics. 8 (1): 12–20.
  6. ^ Wigoder, G. (2006). The Illustrated Dictionary & Concordance of the Bible Pub. Sterling Publishing Company, Inc.
  7. ^ Coogan, M. D. (peny.). (2001). The Oxford history of the biblical world. Oxford University Press. m/s 350.
  8. ^ a b c d e Lipschits, Oded (1999). "The History of the Benjamin Region under Babylonian Rule". Tel Aviv. 26 (2): 155–190. doi:10.1179/tav.1999.1999.2.155. Pemusnahan Baitulmuqaddis oleh orang Babylonia (586 SM) adalah peristiwa paling traumatik dalam riwayat Alkitab, dan ia telah mengubah sejarah bangsa Israel. Kemusnahannya meninggalkan kesan pada kepustakaan kenabian juga, dan kemusnahan Baitulmuqaddis dan Bait Suci begitu diratapi. [...] kebanyakan penduduk Yehuda kekal di sana selepas kemusnahan Baitulmuqaddis. Mereka berpusat terutamanya di wilayah Benyamin dan kawasan perbukitan Yudea utara. Kawasan ini tidak terjejas sebegitu teruk, dan menjadi wilayah Babylonia dan ibu kotanya adalah Mizpah. [...] Data arkeologi menyokong riwayat Alkitab, menunjukkan bahawa Baitulmuqaddis dan kawasan sekitarnya binasa teruk. Kebanyakan penempatan kecil musnah, tembok kota telah dirobohkan, dan bangunan-bangunannya telah dibakar. Data penggalian dan tinjauan menunjukkan bahawa sempadan barat kerajaan itu juga teruk diserang semasa orang Babylon mengepung Baitulmuqaddis. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":42" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ a b c Smith-Christopher, D. L. (1997-01-01), "Reassessing the Historical and Sociological Impact of the Babylonian Exile", Exile: Old Testament, Jewish, and Christian Conceptions, Brill: 7–21, doi:10.1163/9789004497719_008, dicapai pada 2022-05-24 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

31°46′59″N 35°13′01″E / 31.783°N 35.217°E / 31.783; 35.217