Pengguna:26 Ramadan/Laman Utama/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Poster promosi Cicakman 3

Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.


Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!

8 Mei: Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia; Hari Kemenangan di Eropah.

Antoine Lavoisier

Hari-hari sebelum: 7 Mei6 Mei5 Mei
  • ... bahawa jika anda melihat terus dari bawah permukaan air, anda dapat melihat fenomena tetingkap Snell, iaitu anda dapat melihat langit dan imej pantulan dasar lautan secara serentak pada bentuk lensa mata ikan 
  • ... bahawa siput laut Thuridilla vataae mengumpul dan menyimpan giginya yang tumpul dalam kantung di dalam mulutnya? 
  • "... bahawa Tentera Dumbledore (DA) ditubuhkan "kerana" Menteri Sihir takut ia akan ditubuhkan?" (cereka) 
Wikipedia dihoskan oleh Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bukan untung yang juga mengendalikan beberapa projek pelbagai bahasa yang lain.


Wikipedia adalah sebuah ensiklopedia dalam talian yang boleh disunting dan dibina secara kerjasama dengan menggunakan perisian wiki. Terdapat lebih daripada 270 bahasa, Wikipedia dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Matlamatnya iaitu selain untuk memberikan pengetahuan, Wikipedia juga memasukkan maklumat yang lebih kerap dikaitkan dengan almanak dan jurnal serta perkara semasa. Kandungan Wikipedia dibina sepenuhnya oleh para penggunanya dan diterbitkan dibawah perlesenan "Creative Commons CC-BY-SA".

Selamat mencuba!


Gambar Hari Ini di Commons

Kubur bukit Tinghøjen yang terletak di antara Randers dan Viborg di Denmark. Gambar diambil pada 8 Januari 2010.


Petikan di Wikisumber

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
  • memelihara satu cara hidup demokratik;
  • mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan


Perkataan di Wikikamus

Perkataan: Sembilan (9)

Takrifan :

  • angka kesembilan, 9; bilangan sepuluh kurang satu, (jumlah yang besarnya sama dengan) bilangan lapan ditambah atau dicampur satu; bilangan di antara lapan dengan sepuluh.

Sebutan :

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang "Wikikamus"