Pengguna:Ahmad adnan fadzil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anak kelahiran Tambun Tulang, Arau, Perlis. Mendapat pendidikan awal menengah di Sekolah Menengah Agama Alawiyah, Arau, Perlis (1986-1989). Kemudian melanjutkan pengajian di Koleh Islam Klang (1989-1992). Seterusnya ke Universiti Al-Azhar, Mesir (1992) hingga tamat pengajian Ijazah Pertama (B.A) dalam Fakulti Syari’ah dan Undang-undang (Bahagian Perundangan Islam) pada penghujung tahun 1997. Seterusnya beliau melanjutkan lagi pengajian di peringkat Dirasah ‘Ulya (Pra M.A) berkembar INSANIAH-Al-Azhar selama dua tahun di Fakulti Syari’ah, Institut Pengajian Tinggi Islam Kerajaan Negeri Kedah (INSANIAH) dan berjaya memperolehi Diploma Dirasah ‘Ulya (Pengajian Peringkat Tinggi) dalam pengkhususan Fiqh pada tahun 2004.

AKTIVITI ILMIAH; 1. Bergiat sepenuh masa dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah Islam dan telah menghasilkan lebih 50 buah buku yang diterbitkan. Buku-buku beliau diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd., Mustread Sdn. Bhd dan Iman Firdausi Enterprise. 2. Imam Masjid Nurus-Salam (Behor Mentalon, Tambun Tulang, Arau, Perlis). 3. Mu’allim (Tenaga Pengajar) pengajian umumi di MATIN (Maahad Tahfiz Imam Nawawi, Kangar, Perlis) dan di beberapa masjid serta surau di Negeri Perlis. 4. Penasihat syari’ah Syarikat Perniagaan HPA Sdn Bhd.

BUKU-BUKU YANG TELAH DITERBITKAN; 1. Kenali Rasul Kita (Telaga Biru) 2. 101 Hadis Pengubatan Nabi (Telaga Biru). 3. Israk dan Mikraj (Telaga Biru) 4. 30 Hadis Sifat Wudhuk Nabi (Telaga Biru) 5. Sifat Solat Nabi (Iman Firdausi Enterprise) 6. Fiqh Muamalat Harta (Iman Firdausi) 7. Asas-Asas Memahami Ilmu Faraid (Pustaka Darus Salam) 8. Rahsia Kematian dan Alam Barzakh (Telaga Biru) 9. Fiqh Ibadah Korban (Iman Firdausi) 10. Solat-Solat Sunat (Mustread) 11. Merawat Hati (Mustread) Dan banyak lagi.

LAMAN WEB;

1) ilmudanulamak.blogspot.com (Soal-Jawab Agama).