Pengguna:Kurniasan/Laman Utama
Rencana pilihan
Cicakman 3 adalah filem Adiwira berbahasa Melayu 2015 dari Malaysia. Ia merupakan sekual untuk filem Cicak-Man dan Cicakman 2 - Planet Hitam. Filem ini diarahkan bersama-sama oleh Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar serta diterbitkan oleh KRU Studios. Watak utama filem ini dilakoni oleh Zizan Razak yang menggantikan Saiful Apek. Filem ini mengisahkan mengenai Man (Zizan Razak),seorang bapa dan suami yang telah bercerai dengan isterinya, Linda, (Lisa Surihani). Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah kotak dimana dia diberi tanggungjawab untuk menjadi Cicakman yang baharu. Dia menerima tanggungjawab tersebut selepas 7 tahun kehilangan Cicakman yang asal dan kehadiran superhero baru, Super Bro. Filem ini telah ditayangkan pada 12 Mac 2015.
Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan Mei 2024. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang!
Tahukah anda...
- "... bahawa walaupun banyak perdebatan mengenai implikasi kesihatan terhadap pengambilan monosodium glutamat atau MSG, ia masih gagal dibuktikan sehingga sekarang?"
- ... bahawa Lebuhraya Pan Amerika ialah jalan raya kenderaan bermotor terpanjang di dunia?
- ... bahawa Perdana Menteri Kanada yang ke-23 ialah Justin Trudeau yang juga merupakan Ketua Parti Liberal?
- ... bahawa pasar malam merupakan sejenis pasar pada waktu malam dan hampir semua jenis barangan boleh didapati di sini?
- "... bahawa sistem matematik Babylon merupakan sistem angka perenam-puluhan (asas-60)?"
Berita terkini
- Nahas helikopter dekat Varzaqan, Iran mengorbankan Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta pegawai tertinggi kerajaan.
- 10 orang anggota tentera maut dalam perlanggaran udara melibatkan dua buah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut.
- Iran melancarkan serangan udara ke Israel sususlan serangan Israel terhadap konsulat Iran di Damsyik.
- Satu gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan bandar Hualien di Taiwan.
- Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik Mohammad Mustafa mengumumkan senarai 22 menteri kabinet baharunya.
Hari ini dalam sejarah
24 Mei: Hari Kemerdekaan di Eritrea (1993); Hari St. Cyril dan Methodius di Bulgaria, Macedonia dan Rusia.
- 1487 – Penyamar Lambert Simnel dimahkotakan di Katedral Christ Church, Dublin sebagai "Raja Edward VI".
- 1626 – Peter Minuit membeli Manhattan daripada penduduk asal Amerika Syarikat dengan barang dagangan berharga 60 gulden.
- 1883 – Jambatan Brooklyn di Bandar Raya New York dibuka sebagai jambatan gantung terpanjang di dunia.
- 1941 – Perang Dunia Kedua: Kapal tempur Jerman Bismarck menenggelamkan penjajap British HMS Hood (gambar) dalam Pertempuran Selat Denmark.
- 1948 – Perang Arab–Israel: Selepas lima hari bertempur, tentera Mesir menawan kibbutz Israel Yad Mordechai.
Gambar pilihan
Istana Saint George ialah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di bandar Rennes, Perancis. Ia dibangunkan pada 1670 bagi menggantikan bangunan biara yang lebih tua. Semasa Revolusi Perancis, biara ini telah ditutup dan hartanahnya telah disita oleh kerajaan. Sejak 1930, bangunan itu telah disenaraikan sebagai monumen bersejarah di Perancis. |
Projek Wikimedia yang lain
Wikikamus |
Wikiberita |
Meta-Wiki |
Wikiquote |
Wikibuku |
Wikispecies |
Wikisumber |
Wikiversity |
Commons |
Wikipedia dalam bahasa lain
English (Bahasa Inggeris) • Deutsch (Bahasa Jerman) • Français (Bahasa Perancis)
Polski (Bahasa Poland) • 日本語 (Bahasa Jepun) • Italiano (Bahasa Itali) • Nederlands (Bahasa Belanda) • Español (Bahasa Sepanyol) • Português (Bahasa Portugis) • Pyccкий (Bahasa Rusia)
Svenska (Bahasa Sweden) • 中文 (Bahasa Cina) • Norsk (Bokmål) (Bahasa Norway) • Suomi (Bahasa Finland) • Català (Bahasa Catalonia) • Українська (Bahasa Ukraine) • Magyar (Bahasa Hungary) • Česky (Bahasa Czech) • Română (Bahasa Romania) • Türkçe (Bahasa Turki) • 한국어 (Bahasa Korea) • Dansk (Bahasa Denmark) • العربية (Bahasa Arab) • Esperanto (Bahasa Esperanto) • Српски / Srpski (Bahasa Serbia) • Bahasa Indonesia • Tiếng Việt (Bahasa Vietnam) • Lietuvių (Bahasa Lithuania) • Volapük (Bahasa Volapuk) • Slovenčina (Bahasa Slovak) • עברית (Bahasa Ibrani) • Български (Bahasa Bulgaria) • فارسی (Bahasa Parsi) • Slovenščina (Bahasa Slovenia)