Pengguna:Kurniasan/Laman Utama contengan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia,
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002.
Kini, kami mempunyai 372,759 buah rencana.
Soalan lazim · Kedai Kopi · Embassy · About Malay Rujuk fakta · Tanya soalan · Indeks A–Z

Rencana Pilihan Rencana pilihan

Gambar dari atas Takungan Abberton

Takungan Abberton ialah takungan simpanan air tawar yang dipam di timur England berhampiran pantai Essex, dengan keluasan 700 hektar (1,700 ekar). Kebanyakan airnya dipam masuk dari sungai Stour. Dibina antara tahun 1935 dan 1939, takungan ini dimiliki dan diuruskan oleh Essex and Suffolk Water dan terletak 6 km (3.7 bt) dari barat daya Colchester. Semasa Perang Dunia II, Takungan Abberton dipasang dengan periuk api laut untuk menghalang pencerobohan kapal terbang laut, dan ia digunakan oleh Skuadron No. 617 Tentera Udara Diraja British ("The Dam Busters") untuk latihan bagi pengeboman empangan-empangan Jerman di Ruhr. Satu projek bagi meningkatkan kapasiti Takungan Abberton kepada 41,000 megaliter (9.0×109 imp gal) telah disiapkan pada tahun 2013, bersama-sama dengan sambungan baharu untuk memindahkan air dari sungai Ouse di Norfolk ke Stour. Takungan air ini penting untuk pembiakan burung dendang air, langkau sejuk serta penyalinan bulu bagi unggas air dan burung hijrah. Takungan ini juga merupakan tanah bencah yang penting di peringkat antarabangsa yang ditetapkan sebagai tapak Ramsar, Tapak Kepentingan Saintifik Khas dan Kawasan Perlindungan Khas serta disenaraikan dalam karya A Nature Conservation Review. Sebahagian kecil tapak ini diuruskan oleh Amanah Hidupan Liar Essex. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini:

Gambar pilihan Gambar pilihan

Pembebasan Paris

Orang ramai berbaris di Champs-Élysées semasa Bahagian Perisai Ke-2 Perancis melancarkan perarakan dari Arc de Triomphe ke Place de la Concorde pada 26 Ogos 1944, berikutan pembebasan Paris. Diperintah oleh Jerman Nazi sejak menandatangani Gencatan Senjata Compiègne Ke-2 pada tahun 1940, Paris telah dibebaskan semasa perjuangan selama seminggu yang bertelagah dengan Pasukan Dalaman Perancis, Bahagian Perisai Ke-2 Perancis, dan Tentera Darat Tengah Amerika Syarikat menentang Jerman Bahagian Keselamatan Ke-325. Pertempuran berakhir dengan Jeneral Jerman Dietrich von Choltitz menyerah kalah kepada pasukan Perancis. Lebih daripada 1,700 tentera Perancis dan 3,200 tentera Jerman terbunuh dalam pertempuran itu.

Gambar: Jack Downey

Hal Semasa Berita terkini

Hari ini dalam sejarah Hari ini dalam sejarah

30 April: Hari Kemenangan di Vietnam; Hari Kanak-Kanak di Mexico.

George Washington

Hari-hari sebelum: 29 April28 April27 April

Tahukah anda? Tahukah anda...

  • ... bahawa nama bangunan Menara Jam ini bukanlah Big Ben? Nama sebenarnya ialah Menara Elizabeth. Big Ben ialah gelaran yang diberikan untuk loceng besar jam itu iaitu Great Bell
  • ... bahawa bebiji Coffea arabica yang mengandungi sangat sedikit kafeina ditemui di Habsyah pada 2004? 
  • ... bahawa batang dan buah kaktus beruang akan tercabut dari pokoknya lalu melekat pada baju dan kulit manusia walaupun dengan gosokan yang lembut. Sangat payah untuk ditanggalkan setelah melekat lebih-lebih lagi pada kulit.  
  • ... bahawa filem skinhead pertama di Malaysia ialah filem Ophilia, arahan Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin, yang telah ditayangkan pada 18 Disember 2014? 

Projek Wikimedia yang lain

Wikikamus
Kamus bebas

Wikiberita
Sumber berita bebas

Meta-Wiki
Penyelarasan projek Wikimedia

Wikiquote
Koleksi petikan kata

Wikibuku
Buku teks dan manual bebas

Wikispecies
Panduan spesies

Wikisumber
Perpustakaan bebas

Wikiversity
Bahan pelajaran bebas

Commons
Koleksi multimedia bebas

Wikipedia dalam bahasa lain

Lebih 1,000,000 rencana
English (Bahasa Inggeris)Deutsch (Bahasa Jerman)Français (Bahasa Perancis)

Senarai lengkap semua Wikipedia