Pergi ke kandungan

Perbincangan:Pliny the Elder

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cadangan menterjemahkan gelaran "the Elder"[sunting sumber]

Salam. Bukankah "the Elder" itu merupakan gelaran dalam bahasa Inggeris merujuk kepada kedudukannya yang lebih tua berbanding seorang ahli keluarganya yang juga bernama Plinius? Kalau diikutkan, gelarannya perlu diterjemahkan sekali ke dalam bahasa Melayu juga, sekurang-kurangnya rasa sejadi dan tiadalah rasa kekok apabila dibaca bersama teks yang sepenuhnya dalam Bahasa Melayu. Saya perhatikan halaman topik yang sama dalam bahasa Sepanyol ("Plinio el Viejo") dan bahasa Perancis ("Pline l'Ancien") menggunakan pendekatan sebegini, bahkan bahasa Indonesia yang serumpun pun menggunakan prinsip yang sama (sebagai "Plinius yang Tua").

Apakah pendapat kalian? Saya rasa kalau tiada bantahan, kita boleh saja terus pindahkan kandungan kepada tajuk yang diMelayukan itu ("Pliny yang Tua", sama seperti dalam bahasa Indonesia). Kita mungkin juga boleh pergi jauh lagi menukarkan namanya kembali daripada "Pliny" yang merupakan sebutan namanya yang diInggeriskan kepada gaya bahasa Latin yang asal iaitu "Plinius", sebagai mencerminkan bangsa dia sebagai orang Rom. Mana tahulah, bukan? --Anumengelamun (bincang) 19:42, 2 Ogos 2017 (UTC)[balas]

Setuju + dgn nama Rom asal. Yosri (bincang) 22:28, 2 Ogos 2017 (UTC)[balas]