Perbincangan pengguna:Attakiri

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia: Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Welcome to the Malay Wikipedia!

The following are relevant wiki links for users based here mainly for InterWiki purposes. See also our list of local administrators. Should you require any assistance here, you may contact me or any one of our ambassadors listed at our embassy. You may also leave a message there for the attention of the whole Malay Wikipedia community. Should the assistance you require be technical in nature, please leave a note with one of our administrators. To sign your message, please type four tildes (~~~~) after it if you are using your local Malay Wikipedia account, or the InterWiki link {{:[Wikipedia language code]: [Name of your page] | [Your personal ID] }}, followed by five tildes (~~~~~) to allow for the date to accompany your message if you are using your foreign Wikipedia account. It would be preferable if you could indicate which Wikipedia language version you are from (meaning the one you most regularly use) to simplify any referencing or liaison that may follow. Enjoy your stay here at the Malay Wikipedia. Cheers!

ArrazzazBot 22:00, 26 Mac 2008 (UTC)[balas]

[[Imej:]]AL-USTAZ MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI

Pensyarah Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM & Pengerusi serta Pengasas DARUL FUQAHA. Berkelulusan B.A dan Master Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti of Jordan dan Aal Bayt Univ, Jordan dan sedang menyiapkan Phd di UKM.

KELAHIRAN

Dilahirkan di Kg Seberang Takir, K. Trg pada 1973. Anak sulong daripada 16 orang adik-beradik.

PENDIDIKAN

Pendidikan menengah awal di Sek. Men Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, K. Trg pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Kelang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sek. Men. Agama Sultan Zainal Abidin, K. Trg. Trg yang merupakan sekolah agama terbaik menghimpunkan pelajar-pelajar terbaik sekolah-sekolah agama di Terengganu. Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, hati lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 dengan biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia ke Universiti of Jordan diterima.


Alhamdulillah, berjaya mendapat Bachelor dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Univ. of Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian diperingkat Master diteruskan dan berjaya mendapat Master di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Aal al-Bayt University, Mafraq,Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis Master ialah دلالة حروف العطف والجر عند النحاة والأصوليين وأثرها في فهم النص التشريعي Maksudnya: Signifikan partikel setara dan genetif di sisi sarjana sintaksis dan sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syara`

Seterusnya melanjutkan pengajian Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dan sekarang sedang menunggu proses pemeriksaan tesis Phd.di UKM bertajuk: "Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu."

PENGALAMAN BERTUGAS

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di CELPAD, UIA. Setelah mendapat Master di awal 2000 dilantik sebagai Pensyarah Bahasa. Mendapat tawaran sebagai pensyarah Bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana hati lebih terpikat dengan UKM setelah diadakan beberapa kali istikharah. Seterusnya bertugas sebagai Tutor bermula pada tahun 2002 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM.


TUGAS SEKARANG

Sekarang bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM

AKTIVITI PENGLIBATAN

Pengerusi & Pengasas Darul Fuqaha, Pengerusi & Pengasas Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha, Presiden dan Pengasas Kolej UPITAF,Pengerusi dan Pengasas SRIP Tahfiz Kajang dan ALP SRIP Tahfiz K. Trg, Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuan Muslim, Exco Persatuan Ulama Malaysia, Pengerusi Sekreteriat Penerbit & Pengedar Buku Islam Malaysia (SPEEDI) dan Ahli Majlis Buku Islam Malaysia. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, tv dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

PENULISAN BUKU


Antara buku beliau bertajuk: 1) Hukum Berurusniaga Dengan Yahudi Dunia 2) Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam 3) Adab-Adab Berdoa Dalam Islam 4) Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30 5) Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud 6) Perspektif Islam 7) Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis 8)Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam

PERHUBUNGAN

Beliau boleh dihubungi di talian 013 3621236, 03 89267762 Fax 03 89266092, email attakiri@ukm.my / attakri@yahoo.com. Artikel dan tulisan beliau boleh dilayari di http://www.syeikh-takiri.blogspot.com, http://www.darulfuqaha.com & www.ceramahkhairuddin.com