Perbincangan pengguna:Divvy

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang![sunting sumber]

Biskut untuk menyambut kedatangan anda!

Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu, Divvy! Saya Aplikasi dan telah menyunting di Wikipedia Bahasa Melayu ini untuk beberapa ketika. Terima kasih di atas sumbangan anda. Saya cuma mahu katakan hi dan menyambut ketibaan anda di Wikipedia Bahasa Melayu ini! Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tanpa segan silu meninggalkan mesej di laman perbincangan saya. Saya gemar membantu pengguna-pengguna yang baru, oleh itu jangan malu untuk meninggalkan saya sebarang mesej! Saya berharap anda menyukai tempat ini dan akan membuat keputusan untuk terus menyunting. Dibawah ini disenaraikan beberapa laman Wikipedia yang mungkin dapat sedikit sebanyak membantu anda dalam penyuntingan rencana:

Saya berharap anda gembira menyunting disini dan menjadi seorang Ahli Wikipedia! Apabila anda meninggalkan mesej di laman perbincangan anda juga perlu meninggalkan tandatangan dengan menaip empat tilde (~~~~); ini akan secara automatik menghasilkan nama pengguna anda berserta tarikh suntingan. Jika anda perlukan sebarang bantuan, sila rujuk pada Bantuan:Kandungan, ataupun anda juga boleh mengajukan soalan terus kepada saya di laman perbincangan pengguna saya. Selamat menyumbang dan sekali lagi selamat datang! 파한 Aplikasi 02:59, 13 April 2013 (UTC)[balas]

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013[sunting sumber]

PENGHARGAAN

Sekalung budi dan ucapan terima kasih ingin saya tujukan kepada mereka yang telah banyak membantu saya sepanjang kajian yang dijalankan.Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah SMK Convent Klang, Puan Hajah Rohimah bin Muhammad atas kesudian belaiu membenarkan saya menjalankan kerja kursus ini.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Geografi saya, Encik Mohamad Salleh Bin Manan, ata galakan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya juga ingin merakamkan rasa terhutang budi yang tidak terhingga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Ponnaalagu a/l Muthu dan Saroja a/p Nagan atas galakan, bantuan kewangan dan buah fikiran untuk memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Dharma Raj dan Encik Mahend Raj kerana memberi bantuan dan kerjasama kepada saya ketika berada di lapangan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya Shameni a/p Prakash Rao, Shamilah a/p Rajaendran dan Mogana kerana bekerjasama mencari dan mengumpul maklumat tentang pengangkutan awam bas di kawasan sama.



PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan pelajaran Geografi Tingkatan 3, semua pelajar tingkatan 3 wajib menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT). Tajuk kajian yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah Pengangkutan Awam. Saya telah memilih Pengangkutan Awam Bas.Saya telah memilih Telok Gadong sebagai kawasan kajian saya kerana kawasan ini mempunyai sebuah stesen bas yang berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Dalam kajian ini, saya ingin mempelajari tentang pengangkutan awam bas di Telok Gadong, Klang Selangor Darul Ehsan.Saya dan rakan-rakan saya telah bekerjasama dengan erat untuk memastikan kajian kami dapat dijalankan dengan cepat dan tepat.



Objektif Kajian

Objektif Kerja Kursus Kajian Geografi Tempatan ini dijalankan adalah untuk: (a) Memahami Konsep Pengangkutan Awam di Telok Gadong (b) Mengetahui Jenis-jenis Pengangkutan Awam di Telok Gadong (c) Memahami Kepentingan Pengangkutan Awam di Telok Gadong (d) Mengenalpasti Masalah di Telok Gadong (e) Memberi cadangan mengatasi masalah di Telok Gadong (f) Memupuk Nilai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar


Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang digunakan ialah: (a) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian tentang jenis-jenis pengangkutan awam di Telok Gadong. (b) Rujukan Saya telah merujuk pada Buku Teks Geografi Tingkatan 2 (c) Laman Sesawang Saya juga telah merujuk ke laman sesawang iaitu ke laman http://www.telokgadongklang.com.my (d) Temu bual Seramai 2 orang responden telah dipilih daripada kalangan penduduk di Telok Gadong untuk menjjawab soal selidik yang telah disediakan.


Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Telok Gadong yang terletak di daerah Klang.Kawasan ini berhampiran dengan beberapa stesen iaitu stesen bas, stesen teksi dan stesen kereta api. Jarak di antara Telok Gadong dan Bandar Klang ialah kira-kira 3 kilometer.Keseluruhan kawasan kajian terdiri daripada kawasan rata penuh dengan perumahan, kedai , sekolah dan juga klinik. Kawasan ini telah pesat membangun di mana di situ terdapat pasaraya Econmart, beberapa kedai runcit, pasar dan sebagainya.Kawasan kajian saya juga mempunyai Fustal Real Sport Arena dan juga Ban Hoe Leong Marine Supplies Sdn.Bhd. Kebanyakan daripada penduduk Telok Gadong bekerja di kawasan-kawasan di atas. Mereka menggunakan pengangkutan awam di Telok Gadong untuk pergi ke tempat kerja atau sesuatu tempat yang ditujui.

Konsep Pengangkutan Awam Di Telok Gadong

Berdasarkan wikipedia, pengangkutan awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak mengunakan kenderaan sendiri.Menurut kamus dewan pula, pengangkutan awam dapat didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas, dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan.Pada pendapat saya,pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam atau kerajaan yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran.Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan awam, biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa tempahan.Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan diantara kawasan perumahan mereka dan tempat kerja, pusat beli-belah atau pendidikan.


Jenis-jenis Pengangkutan Awam Di Telok Gadong

Melalui pemerhatian saya, terdapat perkhidmatan bas awam yang mengangkut penumpang melalui jalan ini.Antara bas yang menggunakan jalan ini ialah bas kilang, bas pekerja dan bas Cityliner.Bas -bas ini mengangkut penumpang di perhentian-perhentian bas yang telah disediakan mengikut jadual syarikat masing-masing.Kebanyakan penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas ini ialah penumpang yang ingin pergi ke kerja dan Bandar Klang.Terdapat juga pelajar sekoalh yang menggunakan perkhidmatan bas awam ini untuk ke sekolah-sekolah yang berdekatan. Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak perkhidmatan teksi yang terdapat di taman ini.Kebanyakan suri rumah menggunakan perkhidmatan ini untuk ke pasar yang berdekatan.Perkhidmatan teksi ini tidak mengira masa dan sentiasa melalui kawasan Telok Gadong ini.


KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TELOK GADONG KLANG

Diantara kepentingan-kepentingan perkembangan pengangkutan awam di TELOK GADONG, KLANG SELANGOR DARUL EHSAN ialah:- 1. Mengangkut Penumpang Berdasarkan pemerhatian saya, saya dapati kepentingan perkhidmatan bas awam dan teksi adalah mengangkut penumpang. Ini kerana kebanyakan pengguna perkhidmatan ini adalah pengguna yang tidak mempunyai kenderaan sendiri . Saya dapati juga penumpang-penumpang yang kerap meggunakan pengangkutan awam ini adalah penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang berdekatan. 2. Menjimatkan masa Menurut Encik Dharma Raj, jika ingin cepat sampai ke Bandar Klang dengan menggunakan teksi hanya mengambil masa hanya 10 minit sahaja. Walaupun perlu membayar kos yang tinggi namun masa dapat dijimatkan. Ini menyebabkan ramai penduduk di taman ini masih menggunakan perkhidmatan teksi untuk menyelesaikan urusan mereka. 3. Menjimatkan kos. Menurut Encik Mahend Raj pula, beliau suka menaiki bas. Ini kerana tambang menaiki bas lebih murah daripada tambang menaiki teksi. Perjalanan untuk ke Bandar Klang beliau hanya perlu membayar RM1.00 sahaja. Menurut anak beliau juga tambang bas dari sekolah ke rumah masing-masing pun murah, hanya RM0.50 sahaja. Sebab itulah mereka suka menaiki bas awam berbanding bas sekolah. 4. Mengurangkan Kesesakan Lalu Lintas Melalui pemerhatian saya, pengunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.Pengguna akan menikmati pengurangan kesesakan lalu lintas daripada perkhidmatan awam ini kerana pengangkutan awam ini mempunyai jumlah hentian yang terhad dan laluan khas di kawasan tol bagi melancarkan perjalanan. Selain itu, pengguna yang mengutamakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tidak mementingkan diri sendiri, Bagai Enau Dalam Belukar Melepaskan Pucuk Masing-Masing dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Kekurangan kenderaan persendirian di jalan raya secara langsungnya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Secara implisitnya, kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus.


MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI TELOK GADONG

Melalui pemerhatian saya, jumlah pengangkutan awam di kawasan kajian saya semakin bertambah dari sehari ke sehari menyebabkan berlakunya pencemaran udara daripada asap kenderaaan.Hal ini bertambah buruk apabila kenderaan menggunakan bahan api seperti diesel yang paling mengeluarkan asap hitam. Selain itu,kondisi bas yang telah lama boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin dan hon kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan penumpangnya. Melalui pemerhatian saya juga, pada musim perayaan, kita sering digegarkan dengan kes-kes kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas menjalankan tugasnya dengan berhemah dan bertanggungjawab. Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa berdiri di tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya kemalangan. Sesetengah pengangkutan awam seperti teksi mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi hanya menjadi pilihan ketika keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.Tambang bulanan bas atau van sekolah juga agak mahal. Contohnya untuk seorang anak, ibu bapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya RM200 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah, sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas dan van sekolah mencecah RM500. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi telah membawa padah kepada penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.Sikap tamak pemilik bas dan van sekolah yang hanya mementingkan keuntungan, telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan penumpangnya yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas dan van sekolah yang dinaiki oleh pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan. Melalui pemerhatian saya, pada waktu puncak iaitu di awal pagi 7.00 hingga 8.00 pagi dan waktu petang 4.00 hingga 6.00 petang perkhidmatan teksi dan bas gagal beroperasi dengan baik. Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di kawasan tertentu. Hal ini sebab iaitulah waktu pergi dan pulang dari kerja dan sekolah. Saya rasa bersyukur walaupun banyak masalah tetapi kami masih boleh menggunakan pengangkutan awam ini untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.