Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Kerina yin

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Kerina yin! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang! ...Aurora... (b) 15:01, 27 Mac 2009 (UTC)[balas]

License for a few files[sunting sumber]

Hi! These 3 files does not have a license:

Perhaps you could pick one? --MGA73 (bincang) 11:17, 3 Julai 2011 (UTC)[balas]

Hi! Sorry for the trouble. Thanx for the letting me know. Licenses have been chosen for each picture. Honestly, i thought i've already chosen the license upon upload.
P/S: Will be away from July 4th to 17th, so if there are any works of mine without license, it's safe to know i'll definitely go for the Public Domain license. Reason is: someone wanting to use the picture will not have to waste time waiting for my permission to use the files; instead, they can use it straight away :)
And i also wish to change any previous license that are other than Public Domain and change them to Public Domain. Haven't got the time to look into it yet though. Kerina yin (bincang) 18:54, 3 Julai 2011 (UTC)[balas]

Hi Kerina yin,
If you have any doubt on certain info, can you please tag the info with this tag {{ref}} instead of removing it. The contributor need some time to trace the original info / other user might be able to supply the necessary references.
Terdapat 3 spesies yang digelar mempening, antaranya adalah Lithocarpus, Quercus, dan Trigonobalanus. Lihat Tree flora of Malaya: a manual for foresters, Volume 1, Pusat Penyelidekan Hutan (Malaysia), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Yosri (bincang) 11:19, 12 Disember 2012 (UTC)[balas]

Maaf. Terima kasih. Sebaik-baiknya penyumbang maklumatlah yang memasukkan tag berkenaan sebab saya tidak tahu kalau maklumat itu adalah fakta, vandalisme atau godam (If you leave ur account open, I will change ur status, and it wont be nice). Pada pandangan awal saya, tindakan memasukkan semula nama "asam susur" adalah vandalisme (maklumat palsu) atau mungkin juga godam kerana nama tersebut sudah saya maklumkan tiada maklumat mengenainya dalam ruang perbincangan. Kerina yin (bincang) 13:54, 12 Disember 2012 (UTC)[balas]
ps. Rujukan itu adalah buku rujukan (manual) dari jabatan perhutanan. Anda boleh rujuk kepada mereka bagi sebarang penjelasan lanjut. Yosri (bincang) 15:49, 20 Disember 2012 (UTC)[balas]
Maaf, saya tiada akaun facebook. Saya undurkan kerana ada rujukan mengenainya. Kelewatan mengisi pautan akibat aktiviti hidup sebenar (kerja). Untuk penjelasan mengenai tag {{ref}} lihat http://en.wikipedia.org/wiki/Template:Citation_needed / http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:FAQ/Organizations#The_article_on_me.2Fmy_organization_is_an_attack._What_can_I_do.3F Yosri (bincang) 15:56, 12 Disember 2012 (UTC)[balas]
Terima kasih. Saya meragui kredibiliti artikel yang dijadikan rujukan untuk nama asam susur setelah melihat artikel tersebut turut menyenaraikan nama asam paya sebagai salah satu nama am bagi Hibiscus sabdariffa, sedangkan nama saintifik untuk asam paya yang didaftarkan di Pusat Rujukan Persuratan Melayu ialah Zalacca conferta [1]. Sehingga ditemui rujukan-rujukan lain yang dapat menyokong/menolak nama asam susur, saya anggap itu faedah kesangsian (benefit of the doubt). Lihat juga Wikipedia:Silly Things/Slow Blind Driveway. Kerina yin (bincang) 20:19, 12 Disember 2012 (UTC)[balas]

Nama penyanyi[sunting sumber]

Saya baru terperasan bahawa anda membuang nama penyanyi 60an dari senarai penyanyi. Saya kira anda alihkan pada daftar lain mungkin. Saya tidak setuju dengan susunan itu kerana penyanyi 60an masih bergiat pada 70an dan 80an dan 90an. Pengelasan 60an, 70an sebaiknya dihadkan pada kategori kerana kategori membolehkan seseorang penyanyi dimasukkan kedalam beberapa kategori. Harap maklum. Yosri (bincang) 15:42, 20 Disember 2012 (UTC)[balas]

60-an yang mana satu yang anda maksudkan tu?
Kerina yin (bincang) 05:36, 21 Disember 2012 (UTC)[balas]
Maksud saya dari senarai penyanyi. Anda alih keluar.
Rasanya mungkin saya dah tersalah ganti Kategori:Penyanyi Malaysia dengan subkategori Kategori:Penyanyi lelaki Malaysia atau Kategori:Penyanyi wanita Malaysia. Sepatutnya subkategori tu ditambah. Kerina yin (bincang) 14:46, 21 Disember 2012 (UTC)[balas]
Maaf, mungkin saya kurang jelaskan. Senarai penyanyi Malaysia patut menyenaraikan kesemua penyanyi dari semua zaman. http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_penyanyi_Malaysia#A Kenapa penyanyi 60an ada daftar asing? Kenapa tidak diasing penyanyi 70an 80an. Sepatutnya kategori digunakan bagi mengkategori penyanyi sebagai 60an 70an. Dengan itu seorang penyanyi boleh muncul dalam beberapa kategori. Yosri (bincang) 15:15, 21 Disember 2012 (UTC)[balas]
Ooo... Maksud anda, "Kenapa tak digabungkan saja Senarai penyanyi solo dengan Senarai penyanyi solo 1960-an?" Senarai penyanyi solo dan penyanyi 1960-an memang sudah tersedia asing sebelum saya kemas kini rencana. Ini semakan sebelum saya memulakan apa-apa suntingan pada rencana tersebut: 19:07, 23 September 2012‎ Yosri [2]. Kerina yin (bincang) 06:51, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Jika anda maksudkan senarai 60-an belum disisih itu bermakna ia perlu di susun dalam senarai penyanyi induk. Yosri (bincang) 07:13, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Ya, saya maksudkan 60-an belum disisih. Anda yang mewujudkan judul tu: 17:45 14 Jun 2007 Yosri. Saya telah mengubah kedudukan judul tu dalam rencana (04:32, 19 Disember 2012‎) dan mengemaskinikan judul tu menjadi Senarai penyanyi solo 1960-an (20:25, 19 Disember 2012‎). Sekarang adakah anda bermaksud: "Senarai penyanyi solo dan Senarai penyanyi solo 1960-an perlu digabungkan menjadi satu senarai sahaja"? Kerina yin (bincang) 08:25, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Sebenarnya saya dah lupa pun. Memang benar, saya bermaksud menggabungkan keduanya, kerana senarai 60'an itu saya cipta ketika membuat penyelidikan/mencipta rencana, dan bermaksud menggabungkannya. Tetapi anda boleh juga memasukkan nama 60'an ke dalam senarai penyanyi keseluruhan (master list) dan kekalkan 60-an sebagai senarai lain (sub topic). Ia boleh digunakan dalam rencana penyanyi 60'an nanti. Yosri (bincang) 09:26, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Haa?! Mungkin anda telah lupa juga bahawa anda telah mewujudkan rencana Penyanyi tahun 1960-an (23:11, 14 Ogos 2004‎ Yosri). Cadangan saya (mengikut turutan):
  1. Batalkan penghapusan rencana Penyanyi tahun 1960-an.
  2. Salinkan Senarai penyanyi solo 1960-an ke rencana Penyanyi tahun 1960-an.
  3. Gabungkan Senarai penyanyi solo dan Senarai penyanyi solo 1960-an menjadi satu senarai.
  4. Pada rencana Senarai penyanyi Malaysia, masukkan pautan ke rencana Penyanyi tahun 1960-an bawah judul Lihat juga.
  5. Selenggara kedua-dua rencana Penyanyi tahun 1960-an dan Senarai penyanyi Malaysia.
Kerina yin (bincang) 11:32, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya sokong Senarai penyanyi Malaysia. Tentang Penyanyi tahun 1960-an, yang saya cipta 2004, ```terpulang pada anda. ```Yosri (bincang) 11:56, 22 Disember 2012 (UTC) :o[balas]
Sebelum saya membuat apa-apa rombakan, saya nak pastikan dulu apa yang anda maksudkan dengan:
Tetapi anda boleh juga memasukkan nama 60'an ke dalam senarai penyanyi keseluruhan (master list)...
Ini sama dengan cadangan #3 saya, kan?
* Ya.Yosri (bincang) 23:52, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
... dan kekalkan 60-an sebagai senarai lain (sub topic).
Apa maksud anda? Adakah anda bermaksud: Masukkan Senarai penyanyi solo 1960-an ke dalam Senarai penyanyi solo tapi pada masa yang sama kekalkan kewujudan Senarai penyanyi solo 1960-an dalam rencana Senarai penyanyi Malaysia?
* Ya.Yosri (bincang) 23:52, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Ia boleh digunakan dalam rencana penyanyi 60'an nanti.
Rencana apa/mana yang anda maksudkan?
* Penyanyi tahun 1960-anYosri (bincang) 23:52, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Kerina yin (bincang) 12:55, 22 Disember 2012 (UTC)[balas]
Saya tak setuju dengan dan kekalkan 60-an sebagai senarai lain (sub topic). Itu lewah. Senaraikan sekali sahaja dalam rencana Senarai penyanyi Malaysia kemudian tandakan (*) untuk penyanyi 1960-an. Tak perlu buat kerja dua kali.
Senarai khusus untuk penyanyi 1960-an sebaiknya dibuat terus dalam rencana berasingan (merujuk kepada rencana Penyanyi tahun 1960-an). Kerina yin (bincang) 02:34, 23 Disember 2012 (UTC)[balas]
Apabila saya kata terpulang pada anda, anda boleh putuskan sendiri tanpa merujuk pada saya lagi. Yosri (bincang) 03:14, 23 Disember 2012 (UTC)[balas]

Pautan luar[sunting sumber]

Saya minta anda tidak memindahkan pautan luar di akhir rencana ke kotak maklumat. Pautan luar di kotak maklumat sepatutnya untuk yang berkait langsung dengan rencana sahaja (misalnya laman rasmi dia sahaja, bukan laman rasmi tadika dia). Selain itu, bagi pembaca menggunakan paparan mudah alih, pautan luar yg banyak di kotak maklumat akan menambah semak. Terima kasih. ...Aurora... (b) 09:38, 17 Disember 2013 (UTC)[balas]

1. Maaf. Tak ada pautan luar di akhir rencana yang dipindahkan ke dalam kotak maklumat, melainkan itu adalah pautan rasminya sendiri, yang entah kenapa diletakkan di situ, dan yang entah kenapa tidak diletakkan dalam kotak maklumat. (Maksud saya: Pautan rasmi diletakkan di Pautan luar, sedangkan pada masa sama kotak maklumat dibiarkan kosong tanpa laman rasmi; yang itu baru saya pindahkan.) Adapun rencana tanpa pautan rasmi, yang itu saya pergi cari. Manakala rencana yang sudah ada pautan rasmi, saya tambah kalau ada jumpa lagi pautan rasmi yang lain.
2. Kalau rencana Don Daniyal Don Biyajid yang dimaksudkan, ada:
  • satu laman peribadi yang dikongsi kepada umum (Daniyal Biyajid),
  • dua laman dengan perkataan rasmi (30 Minit Ustaz Don, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour),
  • satu laman dengan perkataan official (Tadika Ustaz Don), dan <------- Itu animasi 3D; animasi macam Upin & Ipin
  • selebihnya pautan untuk apa yang diusahakannya (contoh: Saya sedang usahakan ladang buah; ini pautan rasminya. Saya sedang usahakan ladang ternakan; ini pautan rasminya. Saya sedang usahakan perumahan bawah laut; ini pautan rasminya)
Mahu letak laman peribadi dalam kotak maklumat dan selebihnya di Pautan luar, atau macam mana?
Macam mana pula untuk rencana seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia? Mereka ada laman web rasmi, akaun Facebook rasmi, dan akaun Twitter rasmi.
Mahu letak laman web dalam kotak maklumat dan selebihnya di Pautan luar, atau macam mana?
Harap ada yang pantau senarai pautan di Pautan luar sebab di situ memang ada yang meletakkan pautan ke akaun palsu atau laman web penyamar.
3. Semak adalah perkara yang subjektif (bukan objektif), dan adalah tertakluk kepada individu. Kerina yin (bincang) 13:19, 17 Disember 2013 (UTC)[balas]
  1. Itulah yg saya maksudkan. Anda nak tambah ke kotak maklumat, boleh, tapi jangan buang pautan yg ada di bahagian "Pautan luar" itu. Memang itu tempatnya. Tak salah letak dua pautan rasmi di rencana, contohnya seperti saya buat di Michelle Bachelet.
  2. Ya, memang rencana itu yg saya perasan. Tak kisahlah beliau popular sebab rancangan apa, atau beliau ada perniagaan apa, rencana itu tentang beliau (orang). Jadi letaklah pautan mengenai diri beliau (lazimnya laman peribadi) di kotak maklumat. Pautan lain di bahagian "Pautan luar" cukuplah.
    Kalau dia (atau mana2 pertubuhan) ada laman web dan juga laman sosial pula, fikirlah, yg mana ada biodata beliau (maklumat, sejarah dll.), lazimnya laman web. Laman sosial selalunya memuatkan apa yg berlaku sehari2. Jadi laman web lebih diutamakan di kotak maklumat.
  3. "Semak" memang subjektif. Tapi saya berani jamin 6 pautan lebih semak daripada 1 pautan.
Anda digalakkan membaca en:WP:ELOFFICIAL. ...Aurora... (b) 09:00, 18 Disember 2013 (UTC)[balas]
1. Okey. Faham. Cuma alangkah baiknya kalau dari awal lagi ditulis biar jelas dan terang maksud yang anda hendak sampaikan. Senang urusan dan jimat masa.
2. Okey. Faham. Terima kasih.
3. 6 atau 1, berani jamin atau tidak; semak tetap subjektif dan tetap tertakluk kepada individu. Memandangkan anda sendiri akui bahawa semak adalah subjektif, maka jamin anda adalah subjektif dan tertakluk kepada anda seorang. Apapun, terima kasih. Kerina yin (bincang) 14:31, 18 Disember 2013 (UTC)[balas]

{{subst:cfd-notify|1=Kategori:Penyanyi Malaysia 1960-an}} Alexander Iskandar (bincang) 12:10, 18 Ogos 2017 (UTC)[balas]

Jika ini adalah rencana pertama yang anda mencipta, anda mungkin mahu membaca panduan untuk mencipta rencana pertama anda.

Pertimbanglah juga penggunaan Bestari Rencana untuk membantu anda mencipta rencana.

Helo, dan selamat datang ke Wikipedia. Ini adalah sebuah notis untuk memberitahu anda bahawa sebuah teg telah diletakkan pada Gencana yang memohonkan supaya ia dihapuskan dari Wikipedia dengan segera. Ini telah diperbuat di bawah bahagian R3 kriteria untuk penghapusan segera, kerana ia adalah sebuah rencana tanpa sebarang kandungan, atau kandungannya mengandungi sahaja pautan luar, bahagian "lihat juga", rujukan buku, teg kategori, teg templat, pautan interwiki, gambar atau percubaan untuk menghubungi subjek rencana tersebut. Sila lihat Wikipedia:Rencana tunas (Inggeris) untuk piawai maklumat minumum kami untuk rencana pendek. Juga, sila notakan bahawa rencana-rencana mestilah tentang subjek-subjek yang layak dan patut memberikan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai yang mengesahkan kandungannya.

Jika anda merasakan laman ini tidak patut dihapuskan atas sebab ini, anda boleh melawankan pencalonan dengan melawati laman tersebut dan mengeklik butang berlabel "Lawankan penghapusan segera ini". Ini akan memberikan anda peluang untuk menjelaskan mengapa anda percaya laman tersebut tidak patut dihapuskan. Walau bagaimanapun, notakan bahawa selepas sesebuah laman telah ditandakan untuk penghapusan segera, ia boleh dikeluarkan dengan serta merta. Sila jangan keluarkan teg penghapusan segera dari laman itu sendiri, tetapi jangan teragak-agak untuk menambah maklumat yang selaras dengan dasar dan garis panduan Wikipedia. Jika laman tersebut telah dihapuskan, dan anda ingin mendapatkan semula bahan yang dipadam untuk rujukan atau perbaikan masa depan, sila menghubungi penyelia yang menghapuskkannya, atau jika anda sudah berbuat demikian, anda boleh meletakkan permohonan di sini. Alexander Iskandar (bincang) 13:45, 27 Ogos 2017 (UTC)[balas]

Jika ini adalah rencana pertama yang anda mencipta, anda mungkin mahu membaca panduan untuk mencipta rencana pertama anda.

Pertimbanglah juga penggunaan Bestari Rencana untuk membantu anda mencipta rencana.

Helo, dan selamat datang ke Wikipedia. Ini adalah sebuah notis untuk memberitahu anda bahawa laman yang anda mencipta telah diteg sebagai sebuah laman cubaan di bawah bahagian U2 kriteria untuk penghapusan segera dan telah atau tidak lama lagi akan dihapuskan. Sila gunakan kotak pasir untuk apa-apa cubaan lain anda mahu membuat. Rujuk kepada laman selamat datang jika anda mahu mempelajari lebih banyak tentang menyumbang ke ensiklopedia kami.

Jika anda merasakan laman ini tidak patut dihapuskan atas sebab ini, anda boleh melawankan pencalonan dengan melawati laman tersebut dan mengeklik butang berlabel "Lawankan penghapusan segera ini". Ini akan memberikan anda peluang untuk menjelaskan mengapa anda percaya laman tersebut tidak patut dihapuskan. Walau bagaimanapun, notakan bahawa selepas sesebuah laman telah ditandakan untuk penghapusan segera, ia boleh dikeluarkan dengan serta merta. Sila jangan keluarkan teg penghapusan segera dari laman itu sendiri, tetapi jangan teragak-agak untuk menambah maklumat yang selaras dengan dasar dan garis panduan Wikipedia. Jika laman tersebut telah dihapuskan, dan anda ingin mendapatkan semula bahan yang dipadam untuk rujukan atau perbaikan masa depan, sila menghubungi penyelia yang menghapuskkannya, atau jika anda sudah berbuat demikian, anda boleh meletakkan permohonan di sini. Alexander Iskandar (bincang) 03:08, 26 Oktober 2017 (UTC)[balas]

Freely licensed file(s)[sunting sumber]

Hi! You have uploaded one or more files with a free license. I have added an information template to the file(s) if there were none. You can see all free files in Kategori:Unidentified subjects in Malaysia and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if all the information is there and in the right place. If not please add or move the information.

If information is not there and if it is not possible to add it then nominate for deletion.

Once all the information is there the file can probably be moved to Commons. You can do so if you know how. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 14:09, 21 Februari 2021 (UTC)[balas]