Pergi ke kandungan

Perbincangan pengguna:Khalidjaafar

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selamat datang ke Wikipedia Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia: Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam!  — PM Poon 03:38, 16 Jun 2006 (UTC)

Tentang rencana Anwar Ibrahim

Hai Khalidjaafar, beberapa teguran.

Dalam rencana Anwar Ibrahim saya mendapati bahawa anda tidak mengikuti beberapa manual gaya penulisan yang diamalkan di Wikipedia ini, antaranya adalah Wikipedia:Nota kaki dan Wikipedia:Menyebut sumber-sumber. Sila ambil perhatian bahawa sebagai satu ensiklopedia, kami di Wikipedia Melayu diwajibkan memetik sumber dengan cara yang betul mengikuti apa yang terkandung dalam manual ini, yang berkuatkuasa melalui Polisi dan garis panduan. Harap maklum.

Kesalahan suntingan yang anda lakukan:

Anwar telah mengarang tiga buah buku. Menangani Cabaran,'Asian Renaissance, dan Gelombang Kebangkitan Asia

Cara ini adalah salah kerana ia merupakan kenyataan am. Jika anda hendak memasukan tajuk buku, anda dikehendaki mengikut gaya yang tertera dalam pemetikan sumber, antaranya dengan menyatakan;

  1. Tajuk buku
  2. Nama pengarang (pertama dan akhir)
  3. Penerbit
  4. Nama tempat terbitan
  5. Tahun terbitan

Anda sebaiknya menggunakan templat yang disediakan sebagai contoh di bawah;

{{cite book|title=Principles and practice in second language learning and acquisition|first=Stephen|last=Krashen|publisher=Pergamon|location=Oxford|year=1982}}

yang akan mengeluarkan ini:

Krashen, Stephen (1982). Principles and practice in second language learning and acquisition. Oxford: Pergamon.

Dari ini pembaca bolehlah mengetahui kesemua butiran sebagaimana dimahukan diatas. Ini sebaik-baiknya dilakukan dalam ruangan berasingan yang bernama "Rujukan" jika anda menggunakan petikan daripada buku berkenaan dalam rencana itu sendiri atau "Bacaan seterusnya" jika tidak dipetik dalam rencana berkenaan.

Juga, sila maklum akan fakta bahawa ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu, dan perkataan "Kategori" tidak seharusnya berbaca "Category" iaitu satu perkataan Inggeris. Penukaran anda yang sengaja ke perkataan Inggeris ini melanggar larangan penciplakan dalam Bahasa Inggeris.

Anda dinasihatkan mengikuti polisi dan garis panduan yang diamalkan di Wikipedia ini bagi mengelakkan tindakan selanjutnya diambil terhadap anda. Terima kasih!

Alistair 阿力斯特伊儿 12:29, 17 Jun 2006 (UTC)[balas]